Halaman

Isnin, 20 Ogos 2018

Punca rakyat tidak gembira dengan kerajaan PH

Menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan tempoh hari, banyak page di Facebook yang membuat undian untuk mengukur tahap kepuasan dan kegembiraan rakyat di alam maya atau netizen terhadap 100 hari pemerintahan kerajaan Malaysia hari ini. Hasil undian ini, rata-rata majoriti netizen tidaklah begitu gembira dan tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan hari ini selepas 100 hari.


Berikut adalah antara keputusan undian kepuasan terhadap kerajaan baru ini yang dianjurkan oleh page-page FB yang mempunyai ramai Likers dan Followers seperti Kelab Maya Mahathir, Suara Rakyat, Otai Bersih, The Patriots, The Malaysian Insight dan TTKM.



Nak kata yang undi ini kebanyakannya penyokong atau ahili pembangkang pun tidak juga, kerana beberapa page yang membuat tinjauan ini adalah page yang pro kepada pembangkang terdahulu yang kini sudah menjadi kerajaan, dan ada juga page yang neutral yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Walaupun kajian Merdeka Center menunjukkan 2/3 rakyat berpuas hati dengan kerajaan pilihan mereka PH, namun tinjauan di media sosial menunjukkan keputusan yang sebaliknya yang tidak memihak kepada kerajaan.

Malah mengikut kepada kajian yang dilakukan oleh Ilham Center pula, kurang 50% pengundi Melayu yang merasakan Malaysia kini di landasan yang betul.

Maka kenapa berlaku yang sedemikian?
Kenapa majoriti rakyat yang kurang berpuas hati pada pentadbiran kerajaan baru?
Mengapa berlaku penurunan sokongan dari orang Melayu terhadap kerajaan baru ini?

Faktornya banyak, cuma aku gariskan 3 punca yang utama sahaja.

1. Kakitangan awam ramai tidak berpuas hati

Terdapat lebih kurang 1.6 juta penjawat awam yang berstatus tetap di negara kita yang terdiri dari pegawai pentadbiran, kakitangan sokongan, guru, anggota keselamatan dan sebagainya, juga beberapa ribu kakitangan berstatus kontrak.

Ramai di kalangan mereka ini merupakan pengundi Pakatan Harapan pada PRU14 yang lepas kerana merasakan PH mampu membawa perubahan kepada kehidupan mereka dari sudut kebajikan dan juga penuruna kos sara hidup.

Namun setelah PH menang, apa yang diharapkan tidaklah kesampaian. Kenaikan satu tahun gaji tahunan yang dirancang oleh PM Najib sebelum itu dibatalkan, bonus raya pula dikurangkan dah diterhadkan hanya kepada pegawai gred 41 ke bawah, perbelanjaan jabatan dipotong dan disuruh berjimat cermat.

Malah ada kakitangan berstatus kontrak yang ditamatkan perkhidmatan mereka, menyebabkan mereka rasa kepercayaan yang mereka berikan kepada PH telah dikhianati. Tambah lagi kos sara hidup tidak banyak menurun apabila kerajaan tidak meneruskan pemansuhan tol, menurunkan harga minyak dan sebagainya.

Maka sebab itu ramai kakitangan awam pada hari ini tidaklah begitu gembira dengan kerajaan yang ada pada hari ini.

2. Orang melayu ramai tidak berpuas hati

Kaum melayu dan bumiputera merupakan penduduk majoriti di negara ini. Jika dilihat pada pola pengundian ramai yang tidak berpuas hati, tak salah jika aku katakan majoriti orang yang mengundi untuk tidak berpuas hati itu adalah orang melayu, terutama orang melayu dari golongan bawahan dan pertengahan.

Ini kerana dalam tempoh 100 hari ini agak banyak isu yang mengusik sensitiviti orang melayu dan agama Islam, antaranya isu bahasa kebangsaan, isu sekolah kebangsaan, pelantikan jawatan tinggi dalam kerajaan di kalangan orang bukan melayu, melayu pendatang, pengiktirafan UEC, pembelaan terhadap golongan minoriti LGBT dan sebagainya.

Malah golongan melayu dari golongan bawahan dan pertengahan ini lah yang merasa terkesan apabila kos sara hidup itu tidaklah menurun seperti yang diharapkan. Golongan ini juga yang termasuk dalam golongan kakitangan awam dan kakitangan kontrak yang diberhentikan.

Maka yang mengundi untuk berpuas hati dengan kerajaan hari ini tinngal lah segelintir orang melayu atasan yang merasakan mereka tidak kisah sekiranya kerajaan PH gagal melaksanakan manifesto PRU mereka asalkan Najib jatuh, golongan bukan melayu yang mendapat kelebihan dan keuntungan dengan hal seperti pengiktirafan UEC, penambahan peruntukan pada sekolah berasaskan kaum, serta golongan minoriti seperti LGBT, mereka yang berideologi liberal, sekularisme, atheist dan sebagainya kerana suara mereka kini semakin mudah didengari.

Jangan kerana terlalu mengejar sokongan minoriti menyebabkan hilangnya sokongan majoriti.

3. Golongan yang ekonomi mereka terkesan secara langsung

Golongan yang ekonomi mereka terkesan secara langsung selepas perubahan kerajaan sudah pasti antara golongan yang sangat tidak berpuas hati dan sangat tidak gembira dengan kerajaan hari ini. Antaranya adalah orang yang hilang pekerjaan kerana khidmat kontraknya ditamatkan serta merta, serta mereka yang terlibat dengan projek-projek berkaitan kerajaan yang dibatal dan ditangguh kerana langkah penjimatan.

Apabila kerajaan mengumumkan untuk menangguh dan membatalkan beberapa projek, ada pekerja yang turut diberhentikan, ada yang dipindahkan kerana ketiadaan projek, ada juga yang menanggung kerugian.

Alasan atas tindakan kerajaan ini adalah kerana kerajaan menanggung hutang yang terlalu banyak, menyebabkan kerajaan terpaksa berjimat cermat dengan membatalkan kenaikan gaji kakitangan awam, membatalkan banyak projek dan menangguhkan pelbagai janji pilihanraya.


* * * * * * * * * *

Bukanlah nak kata langkah berjimat cermat itu tidak bagus, tetapi mengapa ketika kerajaan BN dulu, dalam banyak-banyak hutang pun kerajaan masih boleh menaikkan gaji kakitangan, memberi bonus kepada semua kakitangan kerajaan dan melaksanakan banyak projek pembangunan?

Sebab itu cukai GST dan program rasionalisasi subsidi wujud, untuk menjadikan negara kita sebagai negara berpendapatan tinggi. Apabila negara sudah mempunyai pendapatan yang tinggi, barulah kerajaan mampu untuk naikkan gaji dan bagi bonus pada kakitangan kerajaan, melakukan lebih banyak projek pembangunan dan membuat lebih banyak pinjaman.

Ya, DS Najib mungkin ada ambil sedikit pendapatan negara ini untuk pelaburan 1MDB dan sebagainya, tapi aku tak nak komen panjang sebab kes masih dalam siasatan, maka biarlah mahkamah yang menentukannya. Walaupun begitu, negara kita masih mampu untuk meneruskan pelbagai projek pembangunan, memberi pelbagai bantuan dan membayar pinjaman.

Namun apabila cukai GST dimansuhkan dan digantikan pula dengan SST, pendapatan kerajaan pasti akan berkurang dengan banyak. Ditambah pula dengan pemberian semula subsidi kepada petrol, menyebabkan peruntukan kerajaan semakin banyak digunakan untuk subsidi. Maka nak tak nak terpaksalah berjimat cemat, potong perbelanjaan itu ini untuk menampung perbelanjaan dan membayar hutang yang banyak.

Analoginya lebih kurang sama seperti yang aku pernah terangkan dalam artikel "Kelas mengenai ekonomi dan hutang negara" ini;
Ada seseorang yang bergaji RM20,000 sebulan, mahu membuat pinjaman rumah yang bernilai RM1 juta. Setelah bank mempertimbangkan tahap pendapatan bulanannya, bank pun meluluskan pinjamannya kerana merasakan orang itu mampu untuk membayar ansuran pinjamannya yang berjumlah RM5,000 setiap bulan.

Namun pada suatu hari, orang ini memberi rumahnya kepada kawannya yang bergaji RM7,000 sebulan, dan kawannya itu perlu sambung bayar pinjaman rumah tersebut yang berjumlah RM5,000 setiap bulan. Dengan gajinya yang sebanyak RM7,000 itu, dia memang masih mampu untuk membayar jumlah ansuran tersebut, namun terpaksa berjimat cermat dengan begitu drastik sekali semata-mata untuk membayar hutang rumah agar tidak mengalami krisis kewangan.

Namun ia pasti tidak menjadi masalah, jika orang itu mampu untuk meningkatkan pendapatannya sama atau lebih dari pemilik asal rumah tersebut.

Sebab itu mahu tidak mahu, kerajaan hari ini perlu mencari cara dan jalan untuk meningkatkan pendapatan negara, kalau tidak lebih pun dari dulu, tapi sekurang-kurangnya sama seperti dahulu, agar bukan sahaja hutang negara dapat dibayar tanpa perlu terlalu berjimat cermat, memotong kos bajet, membatalkan pelbagai program dan projek, malah dapat melunaskan janji-janji pilihanraya serta memulihkan semula ekonomi rakyat.

Sekarang ini rakyat nak berbelanja pun dah sangat berkira-kira, sebab ada yang sudah hilang pekerjaan, ada yang tiada kenaikan gaji, ada yang tidak mendapat bonus. Apabila kuasa berbelanja kurang, maka kuranglah aliran wang, perlahanlah pergerakan ekonomi rakyat.

Orang kurang membeli, peniaga kurang mendapat untung, pemborong pun takde untung banyak, pengilang pun tak mungkin mengalami kerugian. Bila dah kurang keuntungan dan rugi, mereka nak naikkan gaji dan bagi bonus kepada pekerja pun susah, malah mungkin terpaksa buang pekerja untuk jimatkan kos operasi, silap-silap ada syarikat yang bungkus terus.

Tapi jika pendapatan rakyat pun semakin banyak, terutama kakitangan kerajaan yang mempunyai kuasa membeli yang besar, dari peniaga, pemborong, pengilang, semua akan dapat untung lebih. Bila dah banyak untung, baru pekerja mereka pun boleh dinaikkan gaji dan diberi bonus yang banyak, produk yang lebih baik pun lebih banyak dapat diciptakan.

Kerajaan boleh korbankan ahli politik dan bekas pemimpin dahulu, tapi jangan sesekali korbankan ekonomi rakyat. Kerosakan telah berlaku, tapi ia masih boleh dan sempat untuk dipulihkan. Kerajaan perlu buatlah apa-apa pun untuk meningkatkan pendapatan negara, tapi pastikan pendapatan rakyat dan bantuan kepada rakyat turut meningkat.

Jika tidak, amat mustahil untuk mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat pada kerajaan hari ini.


Lain-lain artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.



tags: undian kajian poll vote kaji selidil tinjauan puas hati tidak tahap kepuasan rendah tidak gembira kerajaan pakatan harapan ph pentadbiran tun mahathir 100 hari

6 ulasan:

  1. Dalam media sosial... BN PAS bergabung menghentam kerajaan PH and penyokong PH yang sebelum ini dilihat hanya berdiam diri dan terus mengharap dan menanti satu keajaiban mungkin berlaku dalam 5 tahun era pemerintahan PH.

    Satu ulasan terbaik bro... salute!

    Mohon exchange bloglist.

    http://kinkohyo.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Hanat..

      Padam
  3. Rakyat Malaysia sendiri sgt complacent manakala pemimpin korup. Budaya kita yg mengharapkan social welfare membuatkan kerajaan dulu (& skrg) terpaksa mengamalkan populist spending utk menjaga hati rakyat dgn BR1M, blanket subsidy dll. Saya setuju dgn NooB yg sebelum ini menjelaskan BR1M jika dilihat sebagai tool for targeted subsidy, sebenarnya adalah subsidi utk GST di kalangan B40.

    Berdasarkan pengalaman sy di kota Scandinavia, rakyat mereka tak kaya seberapa mana. Hampir separuh gaji dibayar cukai pendapatan manakala VAT (mcm GST) pula sgt tinggi ada sampai 25%. Tapi kerajaan mereka sgt pandai uruskan wang: pengangkutan awam, pendidikan, kemudahan perubatan, prasarana bandar, bantuan org tua dll. Rakyatnya pula berbelanja ikut kemampuan, dan ada yg sanggup tak ada anak @ tak membeli kereta sbb takut tak berkemampuan. Tapi rata2 mereka happy & live within their means. Sistem pendidikan mereka yg terbaik di dunia. Drpd tukang sapu sampah hingga ke penjual tiket/kedai sekalipun, English mereka lebih baik drpd rakyat Perancis/Itali/Jerman & mereka memberi layanan customer service terbaik utk pelanggan.

    Rakyat Malaysia? kalau gaji 6-7k da pakai Civic, merungut gst, kos tinggi & mengharapkan bantuan/naik gaji, tapi produktiviti & hasilan kualiti kerja tetap sama; macamana kita nak bangkit menuju ekonomi taraf hidup tinggi.

    BalasPadam
  4. Tunggu lagi 100 hari . Mungkin kita boleh lihat wawasan kerajaan baru ni macamana.. Tambah baik atau huru hara

    BalasPadam
  5. biasa adat dunia, pemain baru d beli d minta bermain n beri result yg sgt baik utk pengurusan n suppoter. jika tidak pemain itu akan d persoal. duit sudah kluar, result nothing. itu biasa, sudah jd adat dunia.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.