Sabtu, 6 Oktober 2012

31 Nilai sebuah persahabatan

Kau boleh buang makanan aku, ludah muka aku, aku masih boleh ketawa, tetapi aku takkan maafkan sesiapa yang buat hal dengan kawan aku!!

Ia hanya sebuah tangan, takde apa yang perlu dirunsingkan asalkan kau hidup.




Ini hanya komik, tapi ia banyak mengajar erti persahabatan. Dalam kehidupan sebenar adakah wujud orang seperti itu yang sanggup berkorban apa sahaja demi sahabat? Kawan memang mudah dicari, musuh juga lagi mudah dicari, namun nak cari walau seorang sahabat yang baik sangat sukar ditemui. Apakah nilai seorang sahabat bagi anda?

Seorang sahabat baik adalah orang yang sentiasa dibelakang anda tika senang dan susah, tidak pernah berkira dengan anda, segala bantuan yang diberikan adalah ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan, tidak menganggap kebaikan anda sebagai satu peluang untuk mengambil kesempatan, tidak pernah mengungkit akan kebaikan yang dibuat olehnya dan keburukan anda, tidak berkecil hati dengan gurauan2 anda dan lain2. Sekiranya anda ada sahabat macam ini, hargailah mereka sebaik2nya ketika mereka masih lagi menjadi sahabat anda sebelum mereka atau anda berubah dan berjauhan... 


Oh dan sebab itu One Piece sangat EPIK...


Kenapa One Piece sangat popular di Jepun? Now you know it, yang mana tak pernah baca pergi baca kat Mangahere atau Mangareader.




tags: one piece red hair shanks quote small young monkey d luffy chapter 1 romance dawn nakama kawan rakan sahabat bff best friend nakama kenalan musuh enemy you can spit throw whip food sake i won't forgive mess with my friends reasons arm cut tangan lengan putus terus hidup alive boys don't cry sales record 2011 2012 top ranking kadar jualan komik manga japan comic shonen jump landslide oricon chart read online scanlation mangahere mangareader mangastream onemanga mangafox spectrum nexus 

31 ulasan:

  1. ada ke? sebab bagi aku, sahabat yg sanggup berkorban macam tu paling senang dipergunakan. orang sekeliling akan amik kesempatan tanpa belas kasihan. atau mungkin aku belum jumpa lagi sahabat camtu...

    komik2 ni mengajar nilai positif tanpa kita sedar sebenarnya..

    BalasPadam
  2. susah nak cari sahabat masa senang dan susah. eh masa senang tu ramai sangat datang. masa susah tu haih..boleh kira dengan lubang hidung.

    one piece memang best

    BalasPadam
  3. one piece! hehe,
    naruto, bleach pun sama gak.
    amat menghargai persahabatan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. naruto mengajar 'jgn cpt putus asa', bleach mengajar 'lindungi dan hargai org yg tersayang' ^^

      Padam
  4. nak tambah boleh? kiter pn PERLU jadi kawan yg baik kepada kawan kiter yg baik tu. Contoh spt kawan kiter tu pnjam kan kiter duit, tp lepas tu kiter buat bodo terus menghilang kan diri. Dia mmg kawan baik sbb dia pnjamkan duit dan tolong, tp kiter ni bukan kawan yg baik.

    pstu kawan yg baik kepada kawan yg baik yg lain, adalah kiter menghargai kebaikan kawan baik kiter tu. bukan jadik kawan makan kawan.

    sekian, wassalam.

    (letih jadik terlampau baik sangat smpai dipergunakan orang.)

    BalasPadam
  5. kalo dpat kawan baik mcm crew Luffy mmg best..

    BalasPadam
  6. Dulu layan gak Naruto pastu One piece pastu langsung tak layan dah sebab banyak sngat chapter, buat aku pening.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dari segi tengok gaya awak, nmpk sgt awak hanya baca untuk entertain je, langsung tak ambik pengajaran untuk moral pun, puiii

      Padam
    2. Awak tahu, saya ni hidup sebagai budak. So, kita enjoy!

      Padam
  7. betul tu.nak cari sahabat sejati bukan mudah.cerita budak getah ni best lagi2 masa mula2 dia nak cari geng...syok...

    BalasPadam
  8. terima kasih...inspired. kita menghargai sahabat hari ini wahai kawan:)

    BalasPadam
  9. one piece hardcore fan detected..patot la noob butthurt smcm bila aku boh ranking 6/10 dlm 'personal anime review #1' kat blog aku wuahahahahaha XD

    ya kawan yg baik gila mcm tu mmg fiksyen smata2, kalo btol2 ada mmg patut dihargai smpai mati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti la butthurt haha. takderlah... lain org lain pandangannya, cuma bagi aku antara big 3, dari segi storyline dan character development, one piece lebih better dari naruto dan bleach.

      naruto punya storyline makin lama makin cliche, dari awal sampai latest chapter ko akan perasan yg kebanyakan watak antagonist atau villain yang kecewa atau butthurt mesti disebabkan cinta kekeluargaan, awek atau kawan dari haku, gaara, sasuke, kimimaro, pain, kabuto, sampai la yg paling latest ni tobi/obito nak buat world domination pun hanya kerana kecewa kawan perempuan dia mati. too many lovey-dovey story.

      bleach naik turun, kadang2 ok kadang2 tak ok, stroke dia mmg cantik tapi kadang2 tu tak puas nak baca sbb banyak sgt membazir ruang, satu chapter tu kadang2 sikit je continuous plot dia sbb artwork dan kotak dia besar2, and ichigo terlalu overpowered, asal nak kalah tiba2 dia jadi lebih kuat hasil dari kuasa baru yg muncul secara tiba2. format ceritanya juga terlalu dragon ball, tak kira la berapa ramai orang yg hebat2 dan super badass macam genryūsai shigekuni yamamoto, tapi akhirnya nak kena ichigo jugak yang selesaikan masalah. naruto pun sama, walau kakashi + watak2 lain tu punya la hebat, dan 5 kage tu punya la power gila, tapi last2 nak kena naruto jugak settlekan semua benda.

      one piece on the other hand, kalau villain tu diorang mmg dah badass secara semulajadi, tak perlu sebarang love reason atau kecewa dalam hidup untuk jadikan dia tu jahat, dan luffy walau dia watak utama, tapi banyak lagi supporting character lain yg berkali2 lebih hebat dari dia dan dia tak semestinya menang setiap battle yang dia terlibat walau dia hero. cerita dia pula penuh dgn elemen action pack, humor, deep and emotional story telling, watak yang unik dan macam2 lagi dari awal chapter 1 sampai la sekarang ni chapter 683. naruto dan bleach pula kalau tgk lately ni dah hilang elemen humor dan character development, lebih byk fokus pada hero sahaja. sbb tu la one piece ni dianggap sebagai successor kepada dragon ball, malah ia dah break sales record dbz kat jepun.

      btw aku masih baca dan follow semua big 3 manga, plus dengan beberapa manga lain, anime mmg dah tak tengok sbb takde masa + dah tau jalan cerita, cuma buat masa ni aku masih rasa one piece still the best.

      Padam
    2. sangat stuju. aku dulu bace Naruto n One Piece. tp last2 stick kt OP je. Naruto dh kurang sbb ape yg PoN cakap.

      Padam
    3. Op nampak oda da plan jalan citer,watak n misteri awal2 so komik dia xde rasa tunggang terbalik sgt.tapi aku sgt sedih pas ace mati :'(

      Padam
    4. Katekyo HItman Reborn pun boleh tahan...Tak tau lah kalau PoN minat ke tak..hahahaa

      Padam
    5. Ohh sungguh otaku pd one piece skali pandangan mu itu noob, ok aku respek pilihan ko. Ko ckp villain dlm OP dah mmg smula jd badass n x perlu reason yg cliche (ie:love/kecewa) utk jd villain kn? Itu maybe tafsiran ko dan maybe juga apa yg Oda nk buat fans dia paham mcm tu. Tp, hakikatnya manusia, (aku tau yg kita discuss ni skadar dunia anime, tp mangakanya tetap manusia yg mostly berkarya nak express apa yg dia sndri rasa)smuanya dilahirkan baik n innocent, x dak naturally born badass walau ank haram skalipon. Seseorang bleh jd jahat nak mati sbb something bad definitely happened at one point of his/her lifetime yg membuatkan dia akhirnya loose hope n kalah kpd godaan kejahatan, dan bertukar mnjadi badass sbb dia rasa dunia x adil. Naruto n bleach mmg display that well, still intact dgn trend dunia reality n social masyarakat nyata yg rata2nya corrupted, n membuatkan seseorang berfikir, walopon ianya hanya anime yg mana karektor2nya tidak wujud di alam nyata n tak patut diambil serius. Espada yg jahat mcm grimjaw pn akhirnya nak mati dia insaf n menyesali cara hidup dia, same as ulquiora, n kubotite akn ttp buat ichigo, or hitsugaya, or mana2 taichou bigshot msti rasa sikit kesian n somewhat paham akn penderitaan musuh2 dia yg insaf tu, sama mcm kes naruto kesian kat pain. Level EQ karektor dijadikan masih tinggi utk ada empathy. Evil does not exist from within, it invades one's mind and soul from the outside. Sedap dengar tu, membuatkan seseorang believe that no human is born a devil, even though kejahatan sesuatu karektor tu mmg nmpak mcm dia truly born a badass. It's not really all about lovey-dovey, it's more to family bond, and also friendship between two or more different extremes. Mangaka2nya juga ada point yg kuat n baik utk disampaikan melalui karya dorang, cuma kadang2 dorang letak fillers agak kerap, maybe nak delay or target ikut bilangan episodes. Kalau dh bc manga for certain part/chapter, aku still akn tengok anime tu lg bila ada masa lebih, coz anime x selalu ikut jalan citer manganya 100%. Well tu opinion aku sorang saja ^^

      Padam
    6. @hime s
      scene touching tu byk, part ace mati, part whitebeard mati, part sabo mati, part going merry x boleh continue to set sail dan kena bakar, part sogeking bakar bendera world government sbb nak selamatkan nico robin, part semua mugiwara pirate get separated lepas sorg2 kena tampar dgn bartholomew kuma, part shanks datang nak tamatkan the great war, byk betul lah.

      @khairul jamil
      hitman reborn aku baca la jugak dulu kat kreko, tapi lepas aku stop beli kreko aku dah tak continue baca online sbb masa awal2 tu jalan cerita dia mcm doraemon style, setiap chapter ada cerita dia sendiri, masuk chapter lain cerita lain pulak, jarang ada continuity antara chapter, cuma lately aku jenguk2 sikit kat mangastream dia dah ubah corak storyline dan artwork dia sikit jadik lebih better, cuma aku belum rasa nak baca semula. nanti kalau ada masa aku try baca balik.

      @plain83
      wah seriusnya perbincangan manga ni hahahaha. semua yg ko tulis tu aku setuju, dan aku pun baca start naruto the same time as i read one piece about 13 years ago (bleach start later sbb dia keluar lambat sikit around 2001), masa tu ketiga2 big 3 ni mmg famous, cuma lately ni lah after 10 years aku cuma rasa naruto dan bleach ni mcm dah lost touch sikit, itu jelah. awal2 tu mmg lah best dgn elemen2 yg ko tulis tu sbb benda tu masih baru, tapi bila dah terlalu byk pengulangan elemen sampaikan reason obito jadi jahat gila babi sampai nak control dunia hanya kerana seorang perempuan, tu yg kadang2 rasa mcm, hmmmm okay...

      dan for anime, filler2 yg dibuat tu diluar kuasa mangaka sbb ia hanya dibuat mengikut kepala otak anime director production studio sbb nak buat anime dia tak boleh lebih terkehadapan dari manga, so nak bagi mangaka continue manga dia sehinggalah storyline dia jauh sikit, diorang buat la macam2 filler yg selalunya mengarut, ditokok tambah dan langsung tiada kaitan dgn main storyline, tu yg kadang2 spoil mood aku nak tgk anime dia, tapi mungkin juga ada org yg tak kisah.

      Padam
    7. Prince of Noob, your views are spot on the cliche-ness on several mangas, especially bleach & naruto. i feel that overpowered main character is probably my most pet peeve in reading manga.

      manga ichigo dan naruto guna formula dragonball untuk dapat rating reader tinggi. Tapi yang menang rating adalah one piece. adik aku yg dok ngaji kat jepun, habaq aku pembaca2 naruto terdiri majoriti kanak-kanak. mungkin elemen overpowered character buat pembaca2 remaja dan dewasa lari ke komik lain. menyebabkan aku pun patut henti baca naruto, tapi tema ninja dia sangat menarik untuk ditinggalkan begitu saja.

      elemen-elemen komik yang ku rasa bosan dan berulang2 :

      overpowered character
      lambakan orang emo nak kasih sayang (sasuke, gaara, etc)
      adala seekor 2 ekor mascot berlagak kiyuttt
      lambakan orang jahat jadi baik (watak2 jahat bleach)
      willpower yang melampau2 (ichigo yang paling melampau sangat)
      kekuatan/ketepatan skill yang kurang realistik sport manga)

      yang lain2 aku akan pikir kemdian..

      filler2 dalam anime tuh.... tak boleh ke si director production dapatkan idea ngan pelukis manga. Misalannya, dalam kes naruto , buat la filler pasal first hokage ke, 2nd hokage, kisah bapa kakashi ke, legendary of 3 sannin ke. Bila aku tgk filler naruto je, aku rasa mcm banyak benda tak kena dengan manga.


      p.s : nasib baik aku tgk anime fullmetal alchemist dulu, tak sangka sangat lain daripada versi manga. masa tu baru faham keperluan anime kene lain dari manga. pasal anime cepat sangat.




      Padam
    8. anime ni ada ada yg based on manga/novel/game, ada yg original dan tak based on mana2 material lain. kalau aku aku tak minat sgt tgk anime yg based on manga, sbb 1st aku dah tau jalan cerita, filler bagi aku tak penting sbb takde kaitan dgn main story, 2nd sbb byk anime dia ubah storyline jadi lain dari cerita asal, bagi aku mcm tak berapa best pada original author. kalau nak tgk anime, aku akan tgk anime yg tak based mana2 manga sbb aku tak tau lagi storyline dia. ada jugak manga yg dibuat based on anime, sama jugak aku takkan baca manga tu sbb aku dah tau jalan cerita.

      sebenarnya anime tak perlu lain dari manga, storyline dia sepatutnya kena follow manga bagi menunjukkan respek pada original author, tapi yelah kadang2 production ni kejarkan rating, profit. nak lukis manga ni biasanya ada sekumpulan yg terdiri daripada beberapa org termasuk pelukis dan pembantu pelukis, tapi nak buat anime ada beratus2 animator, sbb tu biasanya penghasilan manga ni lambat sikit berbanding anime. anime pulak selalunya bila dah buat cepat sgt, latest episode dia akan hampir dekat dgn latest chapter manga, tapi mereka tak boleh la pandai2 nak buat cerita sambungan seterusnya sbb kena tunggu manga tu continue storyline dia, sbb tu production pandai2 reka jalan cerita alternatif yg dikenali sbg filler yg takde kaitan dgn storyline asal. diorg buat filler tu mungkin production ada minta idea mgam pelukis manga, tapi tak tau la mungkin dia sibuk atau mmg takde rancangan pun utk buat additional storyline, sbb tu production team reka sendiri filler2 tu.

      sebagai contoh fullmetal alchemist, manga keluar dulu, masa tengah serilization, anime fullmetal alchemist publish. masa manga dah chapter 40, anime pun dah sampai kat latest chapter. jalan cerita belum continue, tapi production nak teruskan juga dgn anime, taknak buat filler atau stop sekejap production, so sbb tu kat part tengah2 anime, production buat sendiri storyline alternatif versi mereka. sampai la beberapa tahun lepas tu, studio anime yg buat anime fullmetal alchemist tu remake balik anime FA dgn nama fullmetal achemist: brotherhood yg betul2 mengikut manga balik dari awal sampai habis. boleh baca kat wiki dia kat sini

      Padam
    9. dan brother hood memang terbaik!!!! haha last part ak xterfikir nak korban kan yg tu haha2 selalu dlm otak mesti korban kan org jugak mcm nak buat philsopher stone

      Padam
  10. Adat bersahabat. tak semua yang akan ada dengan kita waktu susah mahupun senang

    BalasPadam
  11. ada yang kata komik One Piece yang sekarang ini baru separuh perjalanan daripada apa yang dirancang oleh penciptanya. betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, after timeskip tu baru separuh jalan cerita, so expectation mungkin ada 600 chapter lg, byk watak lg yg belum direveal dan tak diexplore lg. Naruto expected to end lepas war dgn tobi dan madara, + sasuke yg xtentu lg akan fight as a foe or friend to naruto, and bleach should be end after aizen arc.

      Padam
  12. its just an arm! My god, an arm for a friendship. Sangat membuka mata. I'm considering to start reading this comic now, and its ur fault. hehe.

    BalasPadam
  13. cerita jepun yang manga/anime yang genre action kebanyakkannya memang mengutamakan konsep rakan/nakama

    BalasPadam
  14. antara benda yang paling ditunggu setiap rabu atau khamis. membaca manga hee hee

    BalasPadam
  15. Ohh..sebab tu ko amek watak patrick yer.. sbb ko tau sponge sayang kato ko melebihi Garry.. friendship sponge dgn patrick best aper. X perlu la cabut2 tgn. Cabut kepala jer..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.