Kau tahu 1 + 1 = 2. Kalau ada orang bagitau 1 + 1 = 3, mesti kau takkan percaya dan cari kat Google, tanya cikgu, tanya kawan2 dan cuba dapatkan kesahihan adakah 1 + 1 = 3? Setelah kau dapat bukti dan pastikan kesahihan 1 + 1 = 3, barulah kau kongsi maklumat tersebut dan sebarkan kepada orang lain. Tapi bila bab2 agama, ada apa2 benda baru yang kau dapat dari ntah mana2 asal usulnya, tanpa ada sebarang perasaan nak mengkaji kesahihannya, kau terus sebar dan forward je kepada orang lain. Mana kau letak otak kau?
Halaman
▼
Rabu, 30 April 2014
Trivia lawatan Obama (Presiden US) ke Malaysia
Presiden US Barrack Obama telah pun selesai melawat negara kita untuk mengadakan siri pertemuan bersama Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak, menghadap YDP Agong, majlis pelancaran Malaysian Global Innovation and Creative Centre (MaGIC), perjumpaan tidak formal dengan pemimpin belia dari seluruh Asia Tenggara serta melawat Masjid Negara. Berikut adalah 10 trivia sepanjang lawatan Obama ke Malaysia ini:
Isnin, 28 April 2014
Antara tragedi dan tanggungjawab pemimpin
Kira2 lebih seminggu yang lalu, kita dikejutkan dengan tragedi feri karam di perairan Korea Selatan ketika dalam perjalanan ke Pulau Jeju. Feri tersebut membawa 459 penumpang dengan, daripadanya lebih 300 orang merupakan pelajar sebuah sekolah tinggi di Ansan yang melakukan perjalanan bersama 14 guru mereka. Nahas ini telah menyebabkan 300 orang mati atau hilang.
Ahad, 27 April 2014
Omelan dan mentaliti orang Melayu VS Hakikat
Sabtu, 26 April 2014
Ini Semua Salah Kerajaan
Jumaat, 25 April 2014
Punca hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia
Tidak perlu gimik dalam menghapuskan rasuah
Rasuah merupakan perilaku di jabatan2 atau pejabat2 awam, termasuklah para politikus dan pegawai2, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Ia juga merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang2 dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak2 tersebut. Oleh itu, pelbagai langkah dilakukan bagi mencegah dan menghapuskan rasuah dalam negara kita, namun aku tak pasti dengan yang ini.
Khamis, 24 April 2014
Jejaka gay hilang kawan kuliah
Saya siswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan seorang gay. Saya mempunyai pasangan yang ingin menjalin hubungan serius dengan saya, tapi agak keberatan kerana niat saya hanyalah untuk memuaskan nafsu saja. Namun, saya terhutang budi kepada pasangan kerana dia banyak menghabiskan wang untuk saya. Pelajaran saya juga merosot sejak berkenalan dengan si dia kerana kini kurang mengadakan perbincangan dengan kawan sekuliah.
Rabu, 23 April 2014
Kerana dia seorang ayah
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Selasa, 22 April 2014
Sampah masyarakat juga dulunya seorang yang suci
Isnin, 21 April 2014
Calon Awek VS Calon Isteri
Situasi yang cuba aku gambarkan melalui lukisan kat atas bawah tu bukanlah bermaksud perempuan yang seksi dan seksa ni langsung tak layak dibuat isteri. Tak, bukan camtu. Cuma daripada apa yang aku perhati dan alami, hampir semua orang menginginkan pasangan hidup yang baik atau sekurang-kurangnya lebih baik daripada diri mereka sendiri.
Apabila Malaysian jadi Pendatang Tanpa Izin
Banyak pihak menyokong tindakan kerajaan apabila masalah pendatang asing secara sah dan haram semakin kritikal dan ada juga pihak mengambil kesempatan menghentam kerajaan dengan alasan tidak berperikemanusiaan. Tanpa disedari oleh banyak pihak yang orang kita pun ada juga yang menjadi pendatang haram di negara lain.
Ahad, 20 April 2014
Tips elak kesesakan lalulintas di lebuhraya
Anda seorang pengguna lebuhraya tegar? Anda menggunakan lebuhraya utama setiap hari untuk pergi dan pulang dari pejabat? Seringkali menghadapi kesesakan lalulintas di lebuhraya? Sentiasa nampak orang lain potong barisan? Selalu rasa stress sehingga terpaksa guna laluan kecemasan? Sakit hati melihat laluan 3 lane menjadi 2 lane disebabkan 1 lane terpaksa ditutup disebabkan kerja2 construction? Selalu rasa macam nak maki pak menteri sebab hari2 terpaksa menempuh jem walaupun anda dah bayar tol? Jangan risau, berikut adalah tips dan cara2 untuk anda mengelakkan kesesakan lalulintas di lebuhraya.
Sabtu, 19 April 2014
Kenapa mesti wujud kawan makan kawan?
Kali ini aku rasa aku nak kongsi sekali lagi fasal kawan. Ya aku tahu memang akan wujud kawan baik. Tapi tahukah anda sesungguhnya yang tak baik pun ada dan lagi banyak. Contohnya, berkawan sejak sekolah kemudian dah habis sekolah dia ajak tengok wayang tetapi sengaja cakap kosong sekali dia cakap tunggu esok dan akhirnya haremmm tiada khabar berita. Haha itu kira biasa. Belum kawan yang suka main tikam belakang depan cakap lain belakang cakap lain. Jadi aku ciptalah lagu ini:
Jumaat, 18 April 2014
Apabila sumpah seranah sudah menjadi kelaziman
Teringat satu cerita masa di sekolah berasrama penuh dahulu. Ada kawan senegeri dengan saya iaitu negeri Melaka bernama Rahim (bukan nama sebenar) yang dapat gelaran Rahim Lahabau. Kenapa? Pasal bila panggil kawan, berbual atau bercakap, mesti ada ayat Lahabau. Mula-mula dia seorang sahaja cakap lahabau, entah macam mana ramai kawan dari satu batch dah expert cakap lahabau walaupun orang utara atau pantai timur pengaruh dari kawan saya ni.
Khamis, 17 April 2014
Respon masyarakat terhadap kematian tokoh politik
Negara kita dikejutkan dengan berita pemimpin veteran parti DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak. Turut terbunuh seorang pembantu manakala anaknya dan pemandu dilaporkan cedera parah. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard dinaiki Karpal merempuh belakang sebuah lori yang dipandu perlahan menyebabkan kerosakan teruk pada kereta MPV berkenaan.
Rabu, 16 April 2014
Bacaan tarhim dan azan terlalu kuat satu gangguan?
Selasa, 15 April 2014
Pe class jadi Malaysian, I'm British
Pada beberapa hari yang lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa mereka yang telah mendapat taraf Kerakyatan British Di Luar negara (BOC) tidak akan mendapat semula kewarganegaraan secara automatik, perlu membuat permohonan seperti Pendatang yang lain dan permohonan diteliti dengan rapi. Persoalannya mengapa terdapat mereka yang ingin mendapatkan taraf BOC dengan mengoyak dan membakar Pasport Malaysia mereka dan kemudiannya ingin kembali menjadi Malaysian.
Isnin, 14 April 2014
Untungnya jadi beruang panda di Malaysia
Malaysia bersedia menerima kehadiran sepasang panda gergasi dari Chengdu, China pada pertengahan bulan April ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel. Beliau berkata, beberapa langkah telahpun dan akan dilaksana bagi memastikan kedua-dua ekor panda itu dapat dibawa masuk ke negara ini dengan sempurna dan timbalan menteri serta beberapa pegawai kementerian akan ke Chengdu bagi mengetahui perkembangan haiwan berkenaan serta membawanya ke Malaysia April ini.
Ahad, 13 April 2014
GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan
[STICKY POST SEHINGGA 6 APRIL 2014. ENTRY BARU ADA DI BAWAH] Pejam celik pejam celik, tak sangka post di Buasir Otak sudah pun mencecah 1,000 entry. Sempena meraikan pencapaian ini serta penghargaan kepada semua pembaca Buasir Otak, kami akan menganjurkan Giveaway Contest untuk kali ke-5 dan yang pertama untuk tahun 2014. Sila scroll ke bawah untuk mengetahui
cara dan syarat2 penyertaan peraduan ini yang sangat mudah daripada menari zumba. Klik kat sini untuk tengok GA Contest yang lepas2.
Jumaat, 11 April 2014
Rabu, 9 April 2014
Siapa yang paling layak mendapat tender projek?
Anda seorang pegawai kerajaan yang menguruskan sebuah projek baru yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta di jabatan anda. Projek ini ditawarkan melalui sistem tender terbuka. Terdapat 5 buah syarikat yang telah membida projek ini di mana kelima2nya memenuhi tawaran spesifikasi tender projek dan melepasi semua syarat2 yang telah ditetapkan.
Selasa, 8 April 2014
Kembalikan Maruah SPM...
Isnin, 7 April 2014
Pelarian Di Malaysia Besar Kepala?
Antara hot stuff Melayu dan red people Cina
Sekarang sudah menjadi trend ramai budak2 Melayu baru nak up yang baru lepas akil baligh mahu menjadi popular dan hot stuff dengan mengutip ramai follower2 di FB, Twitter dan Instagram dengan menulis status2 sampah copy paste mengemis LIKE. Ada juga yang suka memakai fesyen baju2 yang pelik2 dan seksi berkumpul dan melepak di shopping2 mall seperti Pavillion sambil mengambil gambar, berselfie bagai tiada hala tuju. Percintaan kudus di kalangan mereka juga bukanlah suatu yang baru. Trend ini juga sudah menular di kalangan generasi muda yang belum potong kulit lebih dan tak layak pakai pad namun mempunyai mak bapak yang kaya raya.
Ahad, 6 April 2014
Anak terlajak bijak = ?
Kita selalu mendengar kisah anak menyebabkan ibu bapa mereka kesusahan, disisih, dipenjara dan dibunuh. Tu belum masuk lagi anak menyebabkan ibu bapa menyerang cikgu hanya kerana cikgu kata anaknya bodoh atau didenda. Makin bijakkah anak-anak zaman sekarang?
Apabila sel2 otak macai politik tidak berhubung
Rata2 ramai dah tahu isu tentang seorang penyokong tegar pembangkang atau boleh aku gelar macai PR telah membuat jenaka bodoh terhadap isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor yang digambarkan telah meninggal dunia kerana pesawat terhempas ketika pulang dari Perth beserta gambar super impose bersama cebisan daging yang agak tragik.
Sabtu, 5 April 2014
Remaja sekarang celik komputer?
Ramai mengaku celik IT, tahu menggunakan komputer dan mahir menggunakan aplikasi melibatkan internet. Tapi bila ditanya atau diuji, hasilnya menimbulkan satu persoalan. Tercapaikah sasaran celik IT dikalangan generasi muda sekarang?
Jumaat, 4 April 2014
Pentingkan diri guna kabel menganiaya orang lain
Bila disebut tentang kabel, automatik semua Malaysian terpikir dua perkara sahaja. Satu ialah kabel wayar seperti kabel telephone dan elektrik. Lagi satu ialah kabel aka bantuan aka sokongan untuk mendapatkan sesuatu sama ada tender, jawatan, posting or apa jua yang melibatkan pihak yang mempunyai kuasa untuk menetapkan keputusan.
Khamis, 3 April 2014
Sebab2 saya tak suka pembangkang di Malaysia
Rabu, 2 April 2014
MH370: Kelemahan dan kecelaruan maklumat
Lagi mengenai tragedi kehilangan MH370, kali ini aku bukan nak cerita pasal spekulasi dan teori konspirasi, jauh sekali untuk menuding jari atau menyalahkan siapa2. Aku faham DS Najib Razak, DS Hishamuddin Hussein dan pihak berkuasa dah melakukan yang terbaik dan termampu untuk menangani masalah ini. Aku cuma nak highlight realiti mengenai kecelaruan maklumat dan kelemahan dalam menangani isu MH370 yang boleh dijadikan pengajaran agar dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Selasa, 1 April 2014
Kedudukan pertama yang paling epik di Malaysia
Anda seorang yang sukakan tempat pertama? Selalu menunggu post2 terbaru blog2 popular seperti Blog Serius dan Beautiful Nara untuk menjadi orang pertama yang menulis komen? Selalu rasa bangga dengan pencapaian tertinggi anda itu? Walau anda seringkali berjaya menulis "1st!" atau "First!" di ruangan komen blog2 popular, anda masih lagi seorang amatur dan noob jika dibandingkan dengan orang ini.
Cinta kudus budak2 sekolah yang suci murni
Bercinta ketika di bangku sekolah bukanlah suatu yang baru. Dari dahulu lagi percintaan di zaman persekolahan sudah wujud terutama ketika di sekolah menengah, lebih2 lagi time lepas baru akil baligh samada secara semulajadi atau baligh paksa, masa tu tahap menggatalnya lain macam tak kiralah budak lelaki atau perempuan. Orang dewasa ramai yang menyifatkan percintaan zaman sekolah ini sebagai cinta monyet kerana kebiasaanya percintaan zaman sekolah ini sangat tidak matang dan tak kekal lama, walau tak dinafikan ada juga yang akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Namun bagi budak2 baru nak up ini, percintaan mereka bukanlah cinta monyet semata2 akan tetapi adalah sebuah cinta kudus yang suci lagi murni.