Pepatah ada mengatakan, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Itulah gambaran yang dapat aku lihat menerusi foto di bawah. Badan kerengga yang 100 kali lebih kecil berbanding badan kumbang mampu diangkat dan dibawa menerusi tali penyidai pakaian. Semuanya atas usaha kerjasama sebuah pasukan. Bayangkan jika tidak ada kerja berpasukan, mampukah kumbang ini diangkat oleh seekor kerengga? Oh pastinya tidak!
Halaman
▼
Jumaat, 31 Oktober 2014
Khamis, 30 Oktober 2014
Subsidi minyak ikut pendapatan dan beli guna MyKad
Kerajaan bakal melaksanakan Skim Rasionalisasi Subsidi Petrol mulai Jun 2015, di mana subsidi minyak akan diberi kepada rakyat berdasarkan gaji dan pendapatan individu tersebut. Subsidi minyak penuh hanya diberi kepada individu yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, individu berpendapatan antara RM5,000 ke RM10,000 menerima sebahagian subsidi manakala yang berpendapatan lebih RM10,000 langsung tidak layak diberikan subsidi. Skim Subsidi Petrol hanya akan dikenakan kepada bahan api yang bersubsidi iaitu RON95 sahaja.
Rabu, 29 Oktober 2014
Cerpen klasik lagenda Kisah Cikgu Suraya
Aku teringat akan kisah yang berlaku 10 tahun yang lalu, ketika aku masih lagi di alam persekolahan. Kisah yang bakal aku ceritakan ini mendatangkan kesan yang mendalam terhadap aku, terhadap kehidupanku.
Semasa berada di tingkatan 5 di salah sebuah sekolah di Malaysia ini, aku terkenal dengan sifat seorang yang pemalu dan takut terhadap perempuan. Ketakutanku itu bukan kerana takut macam orang nampak hantu, cuma tiada kekuatan dalam diri untuk aku berhadapan dan bergaul dengan mereka. Walau bagaimanapun, aku seorang yang happy go lucky, suka bersenda gurau. Sekolah aku tu pulak, sekolah lelaki. Semua pelajarnya lelaki, perempuan yang ada hanyalah cikgu aje. Jadi, tambah-tambahlah ‘ketakutan’ aku pada kaum hawa itu.
Semasa berada di tingkatan 5 di salah sebuah sekolah di Malaysia ini, aku terkenal dengan sifat seorang yang pemalu dan takut terhadap perempuan. Ketakutanku itu bukan kerana takut macam orang nampak hantu, cuma tiada kekuatan dalam diri untuk aku berhadapan dan bergaul dengan mereka. Walau bagaimanapun, aku seorang yang happy go lucky, suka bersenda gurau. Sekolah aku tu pulak, sekolah lelaki. Semua pelajarnya lelaki, perempuan yang ada hanyalah cikgu aje. Jadi, tambah-tambahlah ‘ketakutan’ aku pada kaum hawa itu.
Antara restoran Pork Free dan Halal
YY sebenarnya dah agak lama nak ceritakan bab ni dalam blog YY. Tapi YY bimbang disalah tafsirkan lebih-lebih lagi ilmu agama tidak setinggi orang lain.
Cuma atas dasarkan peringatan sesama sendiri, maka YY rasa ianya harus juga diceritakan.
Ramai di antara kita yang beragama Islam masih keliru antara istilah pork free dan halal. Kalau kita yang beragama Islam pun keliru, apatah lagi yang bukan Islam.
Cuma atas dasarkan peringatan sesama sendiri, maka YY rasa ianya harus juga diceritakan.
Ramai di antara kita yang beragama Islam masih keliru antara istilah pork free dan halal. Kalau kita yang beragama Islam pun keliru, apatah lagi yang bukan Islam.
Selasa, 28 Oktober 2014
Rakyat hakim negara VS Penyokong mangsa liwat
Perhatian hari ini bertumpu ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya apabila perbicaraan dua hari rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan Mac 2014 lalu yang mendapatinya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara lima tahun bermula.
Sementara itu di luar perkarangan mahkamah, di sebelah geng2 rakyat hakim negara a.k.a penyokong DS Anwar Ibrahim:
Sementara itu di luar perkarangan mahkamah, di sebelah geng2 rakyat hakim negara a.k.a penyokong DS Anwar Ibrahim:
Koleksi gambar siswa sempena pidato Anwar di UM
Malam tadi ribuan mahasiswa dan penyokong PKR merempuh pintu pagar Universiti Malaya membolehkan mereka memasuki kampus itu bagi mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka merempuh pintu pagar Kuala Lumpur yang berkunci dan dirantai oleh pihak keselamatan sambil melaungkan "buka, buka" dan kemudiannya memasuki kawasan kampus.
Kemudian, mereka berarak kira-kira 200 meter dari pintu pagar sebelum berhenti seketika bagi menunggu ketibaan Anwar untuk bergerak ke Dewan Tunku Canselor. Selanjutnya di Malaysiakini.
Mereka merempuh pintu pagar Kuala Lumpur yang berkunci dan dirantai oleh pihak keselamatan sambil melaungkan "buka, buka" dan kemudiannya memasuki kawasan kampus.
Kemudian, mereka berarak kira-kira 200 meter dari pintu pagar sebelum berhenti seketika bagi menunggu ketibaan Anwar untuk bergerak ke Dewan Tunku Canselor. Selanjutnya di Malaysiakini.
Isnin, 27 Oktober 2014
Anak Luar Nikah: Satu Renungan Untuk Semua
Salam semua. Kali ini aku nak menulis luahan hati tentang kisah seorang hamba Allah yang merupakan seorang public figure dan telahpun melahirkan anak luar nikah pada suatu ketika dahulu. Apa yang menyedihkan aku ialah, bagaimana tindakan dan kata-katanya, selepas kelahiran bayi itu. Katanya, soal status bayi ini, biarlah Allah yang lebih tahu. Dia tak nak komen katanya. Bahkan, dia kelihatan meminta simpati pula kerana terpaksa membesarkan anak-anaknya keseorangan.
Ahad, 26 Oktober 2014
Wanita suka tayang kebahagiaan berbanding lelaki
Aku ada ramai kawan di Facebook yang aku kenal di dunia nyata, maksud aku, Facebook peribadi aku. Ada saudara mara, kawan sekolah, kawan universiti, kawan kerja, dan kenalan yang pernah berkenalan sekejap di event2 tertentu. Ada lelaki, ada juga perempuan, ada yang masih bujang, ada yang dah kahwin, ada yang tiada anak, ada yang sudah ada anak, ada yang kaya, ada yang miskin. Namun apa yang aku perhatikan, lebih ramai kaum wanita yang suka menunjuk dan show off kebahagiaan mereka di Facebook berbanding lelaki.
Jumaat, 24 Oktober 2014
Penutur Ale Uto golongan kurang kasih sayang
Benarkah individu yang gemar menutur frasa yang dianggap lucah merupakan golongan yang kurang kasih sayang?
Apakah ini 'trend' golongan remaja dewasa ini?
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh juga dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.
Apakah ini 'trend' golongan remaja dewasa ini?
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh juga dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.
Huk Aloh Laa - lagu Ya Hanana versi Kelantan
Jom kita layan lagu Ya Hanana versi Kelantan yang bertajuk "Huk Aloh Laa" yang dinyanyikan oleh penyanyi2 dari negeri pantai timur ini iaitu Man Khan, Fendi Kenali, Rosalinda dan Adik Wani. Alhamdulillah, insaf doh sek2 ni.
Khamis, 23 Oktober 2014
Video berniat jahat jatuhkan Ustaz Azhar Idrus
Media2 sosial warga tempatan digemparkan dengan penyebaran video hubungan intim yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI. Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita. Bagaimanapun, pembantu UAI telah menyatakan yang ia adalah fitnah jahat yang berniat untuk menjatuhkan golongan ulama.
Beza kategori filem/drama barat, anime dan melayu
Rabu, 22 Oktober 2014
Iklan promosi baju yang gagal dari segala sudut
Video berikut adalah iklan untuk mempromosikan baju t-shirt yang bagi aku gagal, gagal dari segala sudut dan bentuk. Design baju dengan tulisan ale uto itu sendiri adalah suatu kegagalan, meniru aksi ale uto dari awek Kelantan itu juga suatu kegagalan, menggabungkan kedua2nya sekali untuk mempromosikan baju t-shirt ale uto oleh seorang gadis muda dengan loghat utara juga adalah suatu kegagalan. Boleh kata, ia adalah promosi yang dari segala sudut.
Selasa, 21 Oktober 2014
Kisah yang memberi sinar untuk masyarakat Malaysia
Saban hari kita dimomokkan dengan pelbagai cerita dan berita yang bersifat perkauman
dan keagamaan lalu membuatkan kita benci dan timbul rasa prejudis
terhadap bangsa dan agama lain sehingga kita terlupa yang sebenarnya
masih wujud ramai insan2 yang baik dan berhati mulia yang bukan dari
kalangan kita sendiri.
Kisah2 berikut adalah antara kisah benar yang pernah dikongsikan di Internet dan pembaca blog ini sendiri yang boleh dijadikan renungan dan pengajaran buat kita semua.
Kisah2 berikut adalah antara kisah benar yang pernah dikongsikan di Internet dan pembaca blog ini sendiri yang boleh dijadikan renungan dan pengajaran buat kita semua.
Isnin, 20 Oktober 2014
Saya mahu pegang anjing yang juga najis berat
Ratusan hadirin telah menghadirkan diri pada acara “I Want to Touch a Dog” – sebuah acara bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.
Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik anjing berkenaan.
Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik anjing berkenaan.
Awek Kelantan comel yang paling otai
Ahad, 19 Oktober 2014
Cara merakam video di stadium yang paling WIN
Permainan kanak2 yang tidak sesuai untuk kanak2
Sekarang ini terlalu banyak permainan kanak2 yang sebenarnya tidak sesuai untuk kanak2. Ada patung2 mainan karakter anime Jepun yang sangat terlampau seksi, lucah dan berahi. Selain dari itu, ada pula permainan yang langsung tidak sesuai untuk kanak2 berusia bawah 15 tahun seperti yang selalu dijual di kedai2 runcit seluruh negara.
Sabtu, 18 Oktober 2014
Apa yang perlu dibuat bila terjumpa banyak duit?
Aku terjumpa 1 sampul surat warna putih kat atas tanah, pada mulanya aku nak kutip dan buangkan sampul surat tu ke dalam tong sampah, tapi bila pegang rasa macam berat, so aku tergerak hati nak buka. Bila aku buka ini lah isinya seperti yang korang semua lihat. Jumlah wang tu memang banyak. Mohon pendapat rakan2 apa yang perlu aku buat.
Jumaat, 17 Oktober 2014
Pengalaman itu amat berharga dan tidak ternilai
Terdapat seorang jurutera veteran yang telah berkhidmat selama 20 tahun di sebuah kilang yang membuat banyak keuntungan. Pada suatu hari, kilang tersebut telah dijual oleh pemiliknya kepada orang lain. Majikannya yang baru telah mengambil keputusan untuk memberhentikan jurutera veteran tersebut dengan alasan gajinya terlalu besar untuk dibayar, malah cukup untuk menampung gaji 3 orang jurutera muda yang baru. Maka jurutera veteran tersebut berhenti bekerja di kilang tersebut dan majikannya yang baru itu mengambil 3 orang jurutera muda dan baru untuk bekerja di kilangnya.
Khamis, 16 Oktober 2014
Teknik rahsia isi minyak kenderaan dapat extra
Setiap kali pergi ke stesen minyak nak isi minyak petrol RON 95 ke, RON 97 ke, diesel ke, tak kira apa jenama minyak sekalipun sama ada Petronas, Shell, Petron, BHP dan sebagainya, bila pergi ke kaunter jangan cakap nak beli minyak dengan nilai harga tertentu seperti RM10, RM50, RM100 dan sebagainya, sebaliknya bagi duit dan minta untuk isi penuh. Tak perlu minta nak isi minyak guna liter seperti yang diwar2kan sebelum ini, sebab ia masih tidak begitu menguntungkan berbanding teknik rahsia ini.
Rakyat sudah meluat, pemimpin masih syok sendiri
Sekarang ini pemimpin2 yang kita ada sangat menjengkelkan. Aku ulang sekali, sangat mengjengkelkan, menjelekkan, menyampah, meluat dan annoying. Kerana apa, kerana mereka selalu memberi nasihat dan mengajar orang buat itu ini tapi mereka sendiri tidak buat pun. Malah ayat dan kenyataan yang digunakan selalu menyakitkan hati dan membuatkan orang lain terasa.
Rabu, 15 Oktober 2014
Kejadian misteri ketika perbahasan Bajet 2015
Selasa, 14 Oktober 2014
Malaysia negara pengguna, bukan negara pencipta
Tidak dinafikan negara kita adalah sebuah negara membangun dan pembangunan infrastruktur negara kita boleh dikira agak ke depan berbanding negara dunia ketiga yang lain walau gaji Perdana Menterinya sama dengan gaji Presiden Zambia, dan gaji Ahli Parlimennya lebih rendah dari gaji Ahli Parlimen Uganda, namun hakikatnya, negara kita adalah sebuah negara pengguna, dan bukannya negara pencipta.
Koleksi typo media Malaysia yang sangat facepalm
Isnin, 13 Oktober 2014
Apa lagi yang kakitangan kerajaan mahu?
Perdana Menteri baru sahaja membentangkan Bajet 2015 dan rata2 yang paling menunggu dan merasai impaknya adalah kakitangan kerajaan, di mana mereka diumumkan untuk menerima bonus setengah bulan gaji yang akan dibayar pada bulan Januari 2015. Namun, masih kedengaran suara2 daripada segelintir penjawat awam yang tidak berpuas hati dengan jumlah bonus tersebut, malah kecewa kerana tiada kenaikan gaji sepertimana yang dituntut oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam (Cuepacs) yang menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 30 peratus untuk semua peringkat penjawatan. Cuma pada perspektif aku sebagai orang luar, apa lagi yang kakitangan kerajaan ini mahu?
Sabtu, 11 Oktober 2014
Anime itu animasi seks dan kartun lucah
Tinjauan KOSMO! kelmarin mendapati, animasi seks yang lebih popular dengan panggilan Anime dijual secara berleluasa dengan harga RM15 sekeping. Selain memaparkan animasi alat sulit lelaki dan wanita dengan jelas, Anime turut menggayakan teknik seks berbeza seperti meliwat, rogol, seks berkumpulan dan seks oral.
Walaupun Anime telah lama berada di pasaran, keupayaan teknologi komputer berjaya membawa unsur ghairah baru termasuk pergerakan alat sulit dan suara ghairah ketika aksi ranjang sebenar. Tambahnya, Anime lebih digemari golongan pelajar memandangkan ia dijual secara terbuka selain keseronokan yang mengghairahkan.
Walaupun Anime telah lama berada di pasaran, keupayaan teknologi komputer berjaya membawa unsur ghairah baru termasuk pergerakan alat sulit dan suara ghairah ketika aksi ranjang sebenar. Tambahnya, Anime lebih digemari golongan pelajar memandangkan ia dijual secara terbuka selain keseronokan yang mengghairahkan.
Jumaat, 10 Oktober 2014
Ringkasan dan rumusan intipati Bajet 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2015 di
Dewan Rakyat, bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia
ke-10 (RMK-10). Bajet 2015 'pro-rakyat' yang meliputi pelbagai langkah mengurangkan beban kos hidup ini menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan
pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal
insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan
peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan
mensejahtera rakyat.
Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
Golongan yang orang Malaysia paling tidak percaya
Khamis, 9 Oktober 2014
Ahli Parlimen terpaksa mengikat perut demi rakyat
Kenapa orang Melayu takut penuhkan ruang hadapan?
Ada satu penyakit kebanyakan orang Melayu yang sudah jadi budaya sejak dari kecil lagi, iaitu takut untuk duduk di barisan depan, terutama depan sekali. Dalam kelas di sekolah, dewan kuliah, ceramah, tazkirah, taklimat, makmal komputer dan lain2 majlis ilmu, mesti ramai yang akan memilih untuk duduk di ruang belakang sampai pengerusi majlis, cikgu dan pengajar yang terpaksa menyuruh mereka memenuhkan ruang depan yang penuh dengan kerusi dan ruang2 kosong, itupun ramai yang masih buat tak tahu. Suka sangat berkumpul kat belakang2 dan susah sangat nak penuhkan ruang kosong kat depan.
Rabu, 8 Oktober 2014
Rockstar paling nerd, geek, awkward dan cool
Dalam banyak2 pemuzik, hanya ada satu2nya band yang menjadi kegemaran aku sepanjang zaman iaitu Weezer. Mungkin ramai orang dari kalangan gen-Z dan akhir gen-Y yang tak tahu kewujudan band ni. Aku mula dengar lagu Weezer sejak aku tingkatan 2 dan merasakan yang muzik mereka ada chemistry dengan jiwa dan personaliti aku. Dan sehingga kini, sama ada muzik lama atau muzik baru mereka, walaupun mereka seringkali mendapat kritikan daripada peminat2 muzik, namun aku tetap setia melayan lagu2 mereka.
Gaji RM2,500 untuk graduan cukup jika diurus baik
Gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'.
Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata purata gaji permulaan itu adalah munasabah memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji mereka.
Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata purata gaji permulaan itu adalah munasabah memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji mereka.
Selasa, 7 Oktober 2014
Seni Trolling: Kebodohan yang tak masuk akal
Masa itu penyembuh segala luka
Setiap manusia pasti akan mengalami perubahan dalam hidupnya samada perubahan yang positif mahupun negatif. Kebiasaannya perubahan positif biasa diterima dalam hidup, namun perubahan negatif amat sukar untuk diterima. Antara perubahan negatif yang biasa berlaku adalah kegagalan, kemalangan, kematian, putus cinta, penceraian, kenaikan harga minyak dan barang dan sebagainya. Manusia akan melalui beberapa fasa tindak balas emosi apabila berhadapan perubahan negatif yang sejajar dengan masa yang akhirnya manusia akan dapat menerima juga perubahan tersebut. Sebab itu ada ungkapan, "Time heals all wounds" atau "Masa itu penyembuh segala luka".
Isnin, 6 Oktober 2014
Alasan biasa orang Melayu mengenai ibadah Haji
Aku pernah bertanyakan beberapa kawan aku bila mereka nak pergi haji atau sudahkah mereka daftar untuk pergi haji, ramai yang kata belum sebab masih belum sedia, tak sampai seru dan tak mampu lagi. Ramai golongan dewasa muda yang mengambil ringan dan sambil lewa bab haji ni, sebab diorang rasa masih muda dan bila dah tua nanti baru fikir pasal haji ni, sedangkan untuk pergi haji ni sebenarnya kita perlu buat persediaan untuk haji ini bermula dari usia muda lagi.
Ahad, 5 Oktober 2014
Penyembelihan haiwan mengikut Islam VS Barat
Sabtu, 4 Oktober 2014
Masalah Subsidi Pukal VS Solusi Subsidi Bersasar
Bila aku menulis mengenai sistem subsidi yang kita amalkan selama ini salah dan tidak adil, ramai pula yang menhentam, tidak kurang juga caci maki. Aku bukan menulis mengenai pandangan dan pendapat aku sebagai rakyat marhaen dalam situasi ini sebab aku dah banyak kali tulis pasal tu dulu, malah semua tempat pun akan cerita benda yang sama. Aku hanya menerangkan dari sudut kerajaan kenapa masalah subsidi ini timbul dan mereka terpaksa mengurangkan subsidi minyak sehingga wujudnya Program Rasionalisasi Subsidi, itu sahaja.
Jumaat, 3 Oktober 2014
Gambar orang ditambah lawak haram adalah ghibah
Hari ini ramai orang mula menyebarkan gambar "lawak haram" walaupun untuk gurauan. Ambil gambar orang kemudian tulis kata2 lawak yang orang tersebut tidak kata sekarang sudah menjadi satu trend dan budaya lebih2 terhadap pemimpin dan ahli2 politik. Trend ini ditiru dari trend Internet dari barat yang menggunakan gambar orang untuk dijadikan meme dan troll. Tapi tahukah anda yang ia sebenarnya adalah ghibah yang menjadi suatu kesalahan dari sudut agama?
Khamis, 2 Oktober 2014
Selama ini sistem subsidi kita salah dan tak adil
Sebelum ini aku banyak kali menulis pasal isu semasa dari sudut dan kaca mata seorang rakyat. Sekarang aku nak mengajak anda semua melihat isu kenaikan harga minyak disebabkan pengurangan subsidi minyak ini dari sudut dan kaca mata kerajaan. Pada pandangan aku, selama ini negara kita telah mengamalkan sistem pemberian subsidi yang salah dan tidak adil, dan ia cuba diperbetulkan balik di zaman pemerintahan DS Najib Razak.
Usah pentingkan diri tatkala harga minyak naik
Harga petrol RON95 dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam ini, menjadikan harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM2.30 manakala diesel, RM2.20.
Ini berikutan pengumuman daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan subsidi petrol RON95 dan diesel yang dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.
Kenaikan ini menyebabkan orang ramai mula berpusu2 ke stesen minyak sebelum harga baharu berkuatkuasa. Oleh kerana perlu menunggu giliran, ramai yang memilih untuk memuat naik gambar mereka di stesen minyak.
Ini berikutan pengumuman daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan subsidi petrol RON95 dan diesel yang dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.
Kenaikan ini menyebabkan orang ramai mula berpusu2 ke stesen minyak sebelum harga baharu berkuatkuasa. Oleh kerana perlu menunggu giliran, ramai yang memilih untuk memuat naik gambar mereka di stesen minyak.
Rabu, 1 Oktober 2014
Mesin ATM digodam kerana masih pakai sistem kuno
Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.
Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.
Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.