Khamis, 24 Ogos 2017

2 Surat untuk saya yang dulu 10 tahun lepas

Assalamualaikum,

Sihat?

Rasanya ya, memandangkan awak pun selalu sahaja lepak sekolah lama-lama sampai lewat petang. Tak apalah. Bagaimana dengan kehidupan sekarang? Agak teruk? Tak apalah. Bagaimana dengan cita-cita? Masih tercari-cari? Tak mengapalah. Mungkin agak pelik kenapa selalu sahaja saya kata "tak apa"? Saya faham kesusutan itu dan saya faham juga awak marah kepada saya kerana macam main-main. Sebenarnya, saya cakap kerana itulah, semuanya akan OK.

Kenapa saya tulis surat ini?


Saya tahu awak ada banyak kekusutan dan banyak "insecurity" semasa dalam umur ini. Takala ramai remaja sebaya awak mula buat sesuatu yang menakjubkan, awak pula terkapai-kapai mencari jawapan. Besar nanti nak jadi apa? Boleh ke jadi seorang dewasa? Macam mana nak hidup sebagai orang dewasa? Orang lain masih pandang rendah dekat saya ke? Adakah saya hidup dengan elok atau penuh dengan kekecewaan? Adakah orang boleh menerima saya? Ratusan jawapan bersarang dalam otak dan sekarang saya menjawab benda-benda besar yang membuatkan awak dalam dillema.

Pertama sekali, bagaimana rasanya menjadi dewasa?

Jawapan ringkas daripada saya, ia tidak sebaik yang disangka dan tidak seburuk yang disangka. Ingat lagi doa-doa yang dipohon kepada Allah untuk kehidupan yang dramatik? Anggaplah ia sudah termakbul. Apa yang berlaku pada masa depan nanti memang dramatik, saya pun terkejut juga. Ada naik dan turun tetapi saya jamin ia seronok.Mungkin ada tertanya, menjadi dewasa ini macam mana? Jadi matang? Ingat lagi tak semasa kita darjah satu? Kita ingat bahawa budak darjah enam macam budak besar tetapi bila kita sudah masuk darjah enam, rasanya kita masih budak-budak lagi. Itulah sama seperti dewasa. Orang kampung cakap "Adult is just big guy with same emo teen mentality".

Adakah saya menjadi seorang dewasa yang bagus?

Jujurnya masih tertanya lagi. Masih lagi dipandang "pelik" oleh orang lain. Namun, saya masih tahu kawal diri dan boleh bercampur dengan masyarakat. Sekurangnya, sekarang saya percaya, Allah berilah saya tempat untuk wujud di dunia. Kewujudan saya bererti, bukannya segolongan yang tidak diperlukan. Ingat baik-baik, kewujudan awak bererti. Jaga diri elok-elok, jangan nakal sangat. Cuba belajar menjadi remaja yang bagus, ia menjadi asas untuk menjadi dewasa yang bagus.Kebanyakkan orang dewasa gagal dalam hidup kerana mereka tidak cuba membina diri mereka sejak remaja lagi.

Semua bajet dewasa padahal sebenarnya menjadi bahan gelak masyarakat. Percayalah, zaman awak tak ada tetapi bila berada zaman saya nanti, tahulah dahsyatnya kuasa Facebook dan Twitter.(Makluman, Friendster dan mati dan Myspace nyawa-nyawa ikan. Jangan berhuha sangat dengan dua laman sosial ni hahahahahaha )

Bagaimana dengan kawan?

You guessed it right, still a loner. Namun, saya sudah belajar banyak benda penting tentang hubungan manusia. Saya pesan dua benda penting dan makan serta hadam betul-betul. Pertama, berdamailah daripada memusuhi semua orang. Saya tahu awak bencikan orang yang ketawakan awak dan selalu sindir awak. Awak merasakan dunia ini berperang dengan awak.

Dengar sini baik-baik, awak tak boleh mengubah orang tetapi awak boleh mengubah diri. Dendam awak menyebabkan awak diselubungi kesunyian. Percayalah, cuba ambil peluang untuk ambil langkah pertama untuk buka hati kepada orang lain dan awak akan terkejut yang ada orang lain selain daripada keluarga sendiri yang cuba menyokong dan melindungi awak secara senyap-senyap. Berdamailah dengan dendam masa lalu supaya awak dapat cari masa hadapan yang baik

Kedua, ingat lagi tak geng-geng awak yang selalu melepak dekat sekolah lepas habis kelas kerana nak main Jin Online? Jagalah kawan tu elok-elok. Walaupun sudah lama tinggal sekolah, mereka masih lagi berhubungan bahkan datang beraya (Sejak kebelakangan ni, mereka sibuk jadi tak dapat datang huhuhuhuhuhuhu).

Meskipun awak merasa terasing dan tidak terlibat dengan mana-mana "clique", awak masih boleh berurusan dengan mereka dan boelh mempunyai hubungan yang baik. Saya akui yang sehingga kini masih lagi "salty" dan ragu-ragu tentang idea persahabatan masih masih lagi menjelekkan, tetapi saya sehingga sekarang belajar untuk membuka hati dan memahami orang lain. Kita tahu yang kita ni tak ramai kawan jadi jagalah orang yang prihatin dengan diri kita.

Jujurnya, saya banyak terhutang budi dengan awak. Banyak benda yang sudah belaku dalam tempoh 10 tahun namun semuanya bermula sejak awak memulakan langkah pertama pada masa itu. Langkah pertama untuk berlepak dengan kawan, langkah pertama untuk mencuba sesuatu, langkah pertama untuk menggalas tanggungjawab dengan baik, langkah pertama untuk membuka hati kepada orang lain dan macam-macam langkah pertama yang awak sudah mula dan ia membantu saya untuk belajar dan cuba lebih banyak untuk memulakan langkah pertama dalam melakukan sesuatu. Ada yang menjadi, ada juga yang gagal dengan teruk. Walau bagaimana pun, apa yang menjadikan saya sekarang disebabkan awak berani buat langkah pertama. Jadi, saya yang 10 tahun lepas, terima kasih kerana berani ambil langkah pertama setelah lama melarikan diri daripada masalah.

Apa yang saya sudah belajar selama 10 tahun?

Amat banyak bermula daripada langkah pertama hingga menjadi dewasa. Banyak sudah benda berlaku tetapi yang paling penting adalah apa yang kita belajar? Jujurnya, dalam 10 tahun akan datang, awak akan mula merasa benda paling manis dan tragedi paling pahit. Ada pilihan besar yang awak buat nanti selepas SPM. Mulalah berfikir "Apa cita-cita saya?", "macam mana nak hidup di universiti?", "Apa yang patut saya buat sebagai orang dewasa?", "adakah saya buat pilihan terbaik?", "adakah saya baik-baik sahaja?". Awak mula membuat pilihan besar yang sudah tak boleh elak lagi. Salah pilihan dan awak kecundang.

Saya boleh cakap yang banyak pilihan yang awak buat itu pilihan yang baik dan ada juga pilihan yang buruk yang awak pilih. Saya jamin yang awak mula merasa kedua-duanya sekali. Takut buat pilihan itu saya faham tetapi sebenarnya tidak membuat pilihan lebih teruk. Awak tak dapat belajar dan awak tak dapat jalan ke depan. Sama ada pilihan yang dibuat itu betul dan salah, sentiasa hargai pilihan yang baik dan belajar daripada pilihan yang salah.

Paling penting, JANGAN JADI ORANG LAIN, JADI DIRI SENDIRI ATAU LEBIH8 BAIK!. Awak bingung untuk sesuaikan diri tetapi jika awak menjadi orang lain, orang lain akan tidak kisah dan akhirnya awak terseksa jiwa dan mental kerana cuba jadi orang yang bukan awak. The reason me become me because you become you, remember that!!!

Sama seperti awak, saya juga ada kerunsingan. Konflik yang baru, pilihan yang baru, krisis yang baru dan cabaran yang baru. Namun saya percaya yang saya mampu rendah semuanya. Bayangkan saya sendiri pun tak sangka macam mana nak jadi dewasa dan sudahnya dah jadi dewasa berumur 24. Walaupun terkejut, saya bersyukur kerana dikurniakan umur yang berkat dan pengalaman yang bermanfaat. Dengan menulis surat jawapan kepada saya yang 10 tahun lepas, saya berharap saya yang 10 tahun akan datang juga akan menulis surat untuk saya sekarang. Doanya, saya 10 tahun akan datang dapat memberi jawapannya.

Hidup tak indah, juga tak buruk. Belajarlah rahsianya dan hiduplah dengan berkat Tuhan

Black Bladerz


P/S:For remainder, your waifu anime would have another season of anime. So, rejoice woohoooo!!!!!!!!!!

Inspirasi saya untuk buat surat ini

2 ulasan:

  1. Mcm haram la ko ni cite forex bahlol.. indon cibai

    BalasPadam
  2. belajar dari pengalaman silam dan tetap menjadi diri sendiri.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.