Sabtu, 3 Februari 2018

9 Penderaan fizikal dan emosi berakhir tragedi

Mangsa yang mati dipercayai didera, Nur Aina Nabihah Mohammad,9, pada malam kejadian telah diperlakukan dengan sangat kejam oleh suspek kes iaitu bapa kandungnya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, berdasarkan pengakuan awal suspek, pada malam kejadian, dia telah memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang anaknya dan memijak perutnya hingga terkencing.

"Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul si mati menggunakan sebuah bangku plastik kecil.

"Pengakuan awal ini berdasarkan siasatan polis ketika membawa suspek ke lokasi kejadian iaitu dirumah kediaman suspek di Taman Vista Jaya, Lukut tengahari tadi," katanya.




Zainudin berkata, di lokasi kejadian, polis turut merampas beberapa barang antaranya tali pinggang tentera dan bangku kecil plastik yang telah patah untuk membantu siasatan polis.

Keputusan bedah siasat mendapati si mati mengalami kecederaan parah, hati koyak, putus pankreas, patah tulang rusuk kiri dan kanan serta terdapat kontusi atau lebam dalaman pada usus besarnya.

Tengahari tadi, polis telah membawa kedua-dua suspek ke lokasi kejadian di kediamannya di Taman Vista Jaya sejurus mendapat perintah reman selama tujuh hari dari Mahkamah Majistret Port Dickson.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati, kedua-dua suspek yang juga pasangan suami isteri tiba serentak menaiki dua kenderaan polis sekitar jam 12 tengahari tadi dengan memakai pakaian lokap berwarna oren.

Terlebih dahulu, polis membawa masuk suspek wanita dan lebih kurang satu jam kemudian, suspek lelaki di bawa masuk ke rumah berkenaan.

Di lokasi, suspek dipercayai telah diminta melakonkan semula bagaimana kejadian jenayah berkenaan berlaku bagi membantu siasatan polis.

Forensik polis juga dilihat melakukan siasatan dirumah berkenaan.

Suspek kemudian dibawa beredar dari rumah tersebut pada jam 1.10 petang.

Menerusi laporan Sinar Harian, sekitar jam 12.30 tengah malam Khamis Nur Aina Nabihah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban selepas dia ditemui tidak sedarkan diri oleh ayahnya dikediaman mereka di Taman Vista Jaya Lukut.

Bedah siasat ke atas kanak-kanak itu mendapati dia mengalami kecederaan parah pada organ badan.

Berikutan itu, bapa kandung yang juga anggota tentera dan ibu tirinya ditahan polis, semalam.

Pada Jun tahun lalu, suspek pernah ditahan kerana memukul Nur Aina Nabihah selepas ibu kandungnya yang sudah bercerai dengannya, membuat laporan polis apabila melihat kesan lebam pada tubuh anaknya ketika mengambil kanak-kanak itu balik kampung.

Kes itu dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, namun suspek dilepaskan kerana memberi alasan kecederaan itu terjadi kerana dia mahu mendidik Nur Aina Nabihah.

Sumber Sinar Harian.

Sementara itu beberapa hari yang lepas...

Gara-gara dituduh mencuri telefon bimbit milik seorang guru, seorang pelajar tingkatan dua kini berada dalam keadaan kritikal selepas cuba menggantung dirinya.

Dalam kejadian Rabu lalu, pelajar dari Nibong Tebal, Pulau Pinang itu mengunci diri dalam bilik selepas dihantar gurunya ke rumah pada pukul 6.15 petang Rabu lalu.

Pada malam hari yang sama, remaja perempuan itu kemudiannya dipercayai cuba menggantung diri dengan menggunakan lilitan selendang.

Insiden itu disedari bapanya selepas menyedari anaknya itu tidak menyahut beberapa panggilan yang dibuat ketika berada di rumah.

Lantas membuatkan dia memecah pintu bilik anaknya namun mendapati mangsa telah cuba membunuh diri.


“Saya cuba untuk buka pintu bilik dan buat CPR sebelum membawanya ke hospital.

“Dia cakap dia tak curi telefon bimbit itu. Telefon bimbit yang hilang boleh diganti tapi nyawa anak saya bolehkah diganti?

“Anak saya kini hidup dengan bantuan pernafasan,” kata bapanya memetik The Star.

Difahamkan, anak kesayangannya itu kini mengalami penyakit mati otak dan sedang bertarung nyawa melawan serangan penyakit tersebut di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya.

Bekas tukang masak berusia 50-an itu mengatakan pihak sekolah mendakwa kerlibat pencuri telah dirakam oleh kamera litar tetutup (CCTV).

Bagaimanapun mereka tidak boleh mengesahkan sama ada anaknya yang dilihat dalam rakaman CCTV berkenaan.

Tuduhan itu bermula apabila empat orang guru telah mengesyaki mangsa mencuri kerana terluhat kelibat mangsa pergi ke bilik guru.

Apa yang lebih memilukan, guru-guru terbabit turut bertindak memukul dan mengurungnya di sebuah bilik khas konon demi membuatkan mangsa mengaku atas tindakan yang tidak dilakukannya.

Sementara itu, pelajar berusia 14 tahun itu turut meninggalkan nota kepada ibu bapanya menafikan dia mencuri dan tidak mahu menyusahkan mereka.

Laporan The Star turut menyebut, presiden NGO Malaysian Tamil Kural, David Marshel berkata, kes akan dirujuk kepada polis kerana guru berkenaan tidak sepatutnya membawa pulang remaja itu ke rumahnya menggunakan kereta persendirian tanpa izin ibu bapa dan pihak sekolah.

Marshel menyertai bapa saudara mangsa membuat laporan polis terhadap guru itu di balai polis manakala wakil pihak sekolah enggan mengulas isu ini.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang turut memindahkan guru berkenaan buat sementara waktu bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Sumber MyNewsHub.

Seorang anak yang hilang kepercayaan terhadap ayahnya sehingga dibunuh.
Seorang murid yang hilang kepercayaan terhadap gurunya sehingga membunuh diri.

Seorang anak didera secara fizikal sehingga menyebabkan kematian.
Seorang murid didera secara emosi sehingga menyebabkan kematian.

Bukan semua ibu bapa seperti ini.
Bukan semua guru seperti ini.
Namun nyawa yang hilang tetap tidak boleh diganti.

Tidak tahu di mana perginya amanah yang perlu dijaga.
Tidak tahu ke mana hilangnya sifat belas kasihan dan peri kemanusiaan.
Tidak tahu sejauh mana manusia menjadi kejam akibat hilang pertimbangan.
Tidak tahu bagaimana kita perlu memelihara dan melindungi generasi muda.

Ini adalah kes yang baru-baru berlaku.
Saban tahun mesti ada sahaja kes penderaan fizikal dan emosi yang menyebabkan kematian.
Tidak salah mendidik kanak-kanak, namun penderaan bukan cara mendidik.

Semoga semua yang terlibat akan mendapat balasan yang setimpalnya.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: ayah bunuh dera pukul anak guru tuduh dera emosi curi iphone murid pelajar bunuh diri

9 ulasan:

  1. Entah lah noob..yg nama manusia pastii...??nii semua sebahagian dari kehidupan..warna warni kehidupan..setiap org ada jln cherita tersendiri..kalau kita kira2 balik singkat sgt umur kita noob..sama²lah k¡¡ta meneliti diri sendiri...😊➡😁➡😢➡😠➡😡➡😞➡😱➡😸

    BalasPadam
  2. Layan lagu dulu2 nii noob..kikikikikiki🙌🙌🙌🙆


    Buah hatiku junjungan jiwa
    Buah hatiku junjungan jiwa
    Tidurlah tidur hai anak
    Ibu dodoikan ya sayang

    Dodoi si dodoi

    Janganlah anak suka menangis
    Janganlah anak suka menangis
    Ayahmu jauh ya anak dirantau orang ya sayang
    Ayahmu jauh ya sayang dirantau orang ya sayang

    Dodoi si dodoi

    Tidurlah anak dalam ayunan
    Tidurlah anak dalam ayunan
    Tidurlah nyenyak ya sayang
    Sambil kubuai ya sayang

    Dodoi si dodoi

    Janganlah anak suka menangis
    Janganlah anak suka menangis
    Ayahmu jauh ya anak dirantau orang ya sayang
    Ayahmu jauh ya sayang dirantau orang ya sayang

    Dodoi si dodoi

    BalasPadam
  3. Korang nampak tak lagi kenapa manusia perlukan atucara hukuman daripada Allah iaitu hudud qisas dan ta'zir yang telah disebut di dalam Al-Qur'an dan Hadith? Korang nampak tak lagi?

    BalasPadam
  4. ��➡��➡��➡��➡��➡��➡��➡��

    -plain_84-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plain²..punyalah byk aku komen 1 pun xpernah nk siar😠😡😢😂..takde entry baru kerr noob..💏💑👪

      Padam
    2. Proot..

      -sirosli-

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.