Sejak beberapa hari yang lalu, banyak isu tentang LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) muncul semula dalam persada politik tanah air, lebih-lebih berita berkaitan Menteri Belia & Sukan baru yang dikatakan mengambil pegawai khas yang juga seorang aktivis dan pendokong idelogi LGBT, namun telah dinafikan dengan menyatakan pegawai khas yang rasmi belum lagi dilantik dan dipilih, manakala aktivis tersebut pula dikatakan telah mengundur diri dan meletak jawatan.
Tidak lama kemudian, seorang Ahli Parlimen DAP mempertahankan aktivis tersebut serta hak-hak golongan minoriti LGBT di Malaysia sehingga menimbulkan kegusaran dan kemarahan orang ramai terutama di kalangan orang Melayu dan Islam.
Bukan sekadar isu LGBT sahaja, namun sejak kerajaan PH baru memerintah sudah banyak isu yang dilihat kurang menyelesakan kaum Melayu dan orang Islam mula timbul seperti perlantikan peguam dan hakim negara di kalangan orang bukan Islam, ketidakfasihan dalam bahasa Melayu, isu berkaitan sekolah tahfiz, pengiktirafan sijil UEC, pertikaitan terbuka terhadap institusi beraja, budaya liberasi dan sebagainya, seperti mana yang digambarkan dalam status berikut:
Aku tahu parti-parti dalam Pakatan Harapan masing-masing mempunyai perjuangan, ideologi dan agenda yang tersendiri namun tidak semua boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakat.
Apa yang mereka kena faham adalah bukan semua pengundi PH yang mengundi mereka hari tu adalah kerana mereka menyokong perjuangan PH, sebaliknya ada yang sanggup mengundi PH kerana sudah mereka tiada pilihan untuk menjatuhkan Najib selain dari mengundi PH. Malah ada yang mengundi PH memang semata-mata nak Najib turun, atau sebab mahu Tun Mahathir jadi PM balik, bukan sebab manifesto PH sangat pun.
Yang pasti, majoriti pengundi yang terdiri daripada Melayu Islam yang mengundi PH semasa PRU tempoh hari bukan mengundi PH kerana mahu mereka memperjuang dan mempertahankan LGBT, meminggirkan Bahasa Melayu, menerapkan ideologi Liberal dan sebagainya.
Mereka mengundi PH hanya semata-mata mahukan kepimpinan Najib jatuh, mahu banteras rasuah dan korupsi, mahu kebebasan media, mahu pentadbiran yang lebih telus dan adil, mahu kos sara hidup diturunkan, mahu sistem pendidikan dipertingkatkan, mahu memperbaiki mutu SPR, mahu kemudahan ditambah, mahu kebajikan rakyat dijaga dan sebagainya, tanpa meminggirkan kaum Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam.
Malah daripada terus memperjuang dan menimbulkan isu yang tak sepatutnya, adalah lebih baik jika PH menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap janji-janji dalam manifesto mereka terutama manifesto 10 janji dalam 100 hari. Ini tempoh cuma tinggal sebulan lebih je lagi, tapi belum ada satu lagi pun yang benar-benar terlaksana. Masih banyak yang dalam in progress, ada yang takde perkembangan langsung dan ada yang mungkin dibatalkan terus.
Pantau perkembangan Manifesto PH 10 Janji 100 hari di sini - Penjejak Kemajuan 10 Janji.
Namun kalau ada di kalangan pemimpin PH yang berterusan mahu memperjuang atau melaksana sesuatu yang boleh mengguris hati orang Melayu Islam, aku yakin pengundi-pengundi PH pasti rasa amat kesal sekali. Aku juga yakin pengundi pemimpin Melayu Islam yang sebelum ini memberi undi kepada PH pasti tidak akan mengundi PH lagi di PRU akan datang sehingga boleh memberi kesan dan menjejaskan undian kepada Pakatan Harapan secara keseluruhan amnya.
Dalam masa nak rebut hati dan undian golongan minoriti, jangan pula diabaikan pula hati dan hak golongan majoriti, kerana undian golongan majoriti yang akan menentukan
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami
dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga
koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags:pejuangan
legal legalize halal menghalalkan lgbt lgbtq lesbian gay bisexual
transgender queer numan afifi anjur uftar gay terbesar pride day event charles santiago mp ahli parlimen klang dap liberal
Isnin, 16 Julai 2018
2 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Yaa..betul tuu..⚽⚽
BalasPadamWooiiii..mana kalian semua..aku lagii dirumah usang nii..😥😌😫😪😭😨😱😱😱😱😰😈👿
BalasPadam😜😜😜😜😜😜😝😝😝😝