Selasa, 25 Jun 2019

4 Apabila transgender mula menguasai sukan wanita

1. Di negara US antara isu yang sedang hangat diperkatakan adalah golongan transgender lelaki ke wanita mula menguasai sukan wanita. Atlet lelaki ini pada asalnya bertanding dalam kategori lelaki namun kurang berjaya. Mereka tukar jantina dan bertanding dalam kategori wanita lalu terus menang jadi juara.

2. Malah ada beberapa negeri di US yang tak memerlukan atlet membuat pembedahan penukaran jantina pun, cukup sekadar seorang lelaki itu kata diri dia wanita, dia dah boleh bertanding dalam kategori wanita. Trend ini telah meresahkan ramai atlet wanita kerana sukar bersaing dengan transgender yang dilahirkan sebagai lelaki. Mereka sebenarnya terpaksa bersaing dengan lelaki dalam kategori wanita.


3. Bayangkan atlet transgender meninggalkan mereka jauh di belakang dalam acara lumba lari, atau atlet transgender memecah rekod angkat berat yang agak mustahil untuk diatasi atlet wanita, atau fighter MMA wanita dibelasah hingga patah riuk oleh fighter transgender. Kalau lelaki pukul wanita pasti orang marah, tapi transgender wanita yang asalnya lelaki pukul wanita boleh pula malah disorak penonton.

4. Orang yang dilahirkan lelaki, mereka tetap memiliki kelebihan biologi lelaki seperti susuk rangka yang lebih besar, tahap ketinggian, otot yang lebih muskular, kekuatan dan ketahanan yang lebih tinggi berbanding wanita. Walaupun mereka membedah kemaluan dan mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan kadar testosteron, ciri-ciri biologi lelaki masih ada dalam diri dan ia memberi kelebihan kepada mereka.

5. Kalaulah biologi lelaki dan wanita sama, tak perlu susah-susah asingkan kategori dalam sukan. Biar sahaja lelaki dan perempuan bersaing sama-sama dalam sukan olahraga, bola sepak, ragbi, seni mempertahankan diri dan sebagainya. Cuma yang peliknya, ramai transgender lelaki ke wanita sibuk nak masuk sukan wanita, tapi tiada pula transgeder wanita ke lelaki nak masuk sukan lelaki.

6. Namun walaupun ditindas begitu sekali, ramai atlet wanita dan juga kaum wanita lain yang tidak berani membantah dan tidak mampu menyuarakan keresahan mereka kerana tidak mahu dianggap homophobic dan diskriminasi jantina.

7. Malah gerakan feminis yang sepatutnya membela hak kaum wanita juga tidak mampu bersuara, kerana sebelum ini mereka lantang memperjuangkan hak asasi manusia dan gender equality yakni kesamaan jantina termasuk golongan transgender. Lalu apabila golongan transgender pada mulanya mahu bertanding dalam kategori wanita, mereka tidak menghalang malah menyokong atas nama kebebasan.

8. Dan apabila golongan tersebut sedikit demi sedikit mengambil alih kedudukan atlet wanita, mereka tak mampu untuk menjilat ludah sendiri dan hanya mampu berdiam diri sahaja, atau paling tidak menyasarkan fokus kemarahan mereka pada lelaki pula.

9. Golongan feminis barat zaman dulu amat berbeza dengan zaman sekarang. Kalau dulu mereka sangat memperjuangkan hak wanita, meningkatkan maruah kaum wanita, memperkasakan ekonomi wanita, meningkatkan taraf pendidikan dan pekerjaan wanita, kini penuh dengan agenda merapu seperti hak untuk topless di tempat awam, kesamaan jantina, merendahkan kaum lelaki dan sebagainya sehingga lari dari tujuan asal iaitu memperkasakan hak wanita.

10. Isu jantina ini pun mereka jadikan begitu rumit sampai kita tak boleh suka-suka labelkan seseorang yang tidak dikenali sebagai lelaki atau wanita. Kalau seseorang tu nampak macam perempuan dan kita panggil dia sebagai "she/her" pun, boleh jadi dia akan triggered kerana kita assume jantina dia.

11. Namun di US bukan semua orang berideologi liberal, masih ada yang berpemikiran konservatif yang masih berpendirian jantina hanya ada dua, menolak perkahwinan sejenis dan tidak menyokong hak menggugurkan bayi dan sebagainya, namun kuasa dan suara mereka kini sangat kecil.

12. Walaupun kononnya mereka sangat mengamalkan kebebasan bersuara, namun hakikatnya jika ada suara yang bertentangan dengan ideologi liberal mereka, orang itu akan dicemuh dan mendapat tekanan dari pelbagai pihak seperti dihalau dari rumah sewa, pusat membeli belah, kafe dan sebagainya.

13. Golongan liberal ini semakin lama semakin mengada-ngada dan melebih-lebih hanya kerana mereka semakin mendapat banyak sokongan dari kerajaan, ahli politik, selebriti dan syarikat korporat. Malah kini mereka dilihat mereka semakin agresif menyuntik elemen liberal seperti ideologi LTBG dalam drama, filem, muzik dan kartun agar ia turut dapat dinormalisasikan di seluruh dunia.

14. Malangnya ada pula orang Malaysia yang menyokong gerakan dan perjuangan mereka ini atas dasar hak asasi manusia. Lagi malang apabila ada juga orang yang beragama Islam yang turut menyokong sebab nak nampak moden dan open minded sedangkan sudah tahu yang ia amat bertentangan dengan nilai agama islam dan norma kaum Melayu.

15. Golongan feminis Malaysia pun ada yang dah sibuk nak tiru feminis barat dengan menyokong golongan songsang ini, tanpa mereka sedar pun yang tindakan mereka sebenarnya akhirnya menganiaya dan mengkhianati kaum wanita sendiri.

16. Andai ideologi LBTG diiktiraf di Malaysia, bukan setakat atlet transgender akan mengambil alih sukan wanita, mereka juga akan bebas menggunakan segala kemudahan yang dikhususkan kepada kaum wanita seperti tandas wanita, koc tren wanita, tempat letak kereta wanita dan sebagainya. Jangan anggap diri sebagai pejuang wanita jika akhirnya wanita tertindas di laman sendiri.

17. Akhir sekali, suatu yang boleh kita fikirkan, kalau perasan dalam negara kita, kenapa kita lihat golongan liberal, feminis dan LBTG ini biasanya duduk dalam parti-parti PH, dan sangat jarang kita lihat mereka dari parti UMNO atau PAS?

18. Sebabnya mudah. UMNO dan PAS adalah parti yang konservatif. Walaupun ada ahli dalam parti ini yang mungkin makan rasuah, main judi, minum arak dan kaki perempuan, namun secara dasarnya parti UMNO sangat berpegang kuat pada nilai Melayu manakala PAS berpegang kuat pada Islam.

19. Orang Malaysia yang berideologi liberal, golongan anti lelaki, orang gay, transgender, ada yang mahu juga berpolitik dan memperjuangkan sesuatu, namun mereka pasti takkan duduk di bawah payung UMNO dan PAS kerana apa yang mereka mahu perjuangkan sangat bertentangan dengan prinsip kedua-dua parti ini.

20. Jadi apa pilihan yang mereka ada? Tinggallah PKR, DAP dan PPBM, memandangkan parti-parti ini tiada prinsip yang konservatif yang terlalu menjurus pada mana-mana agama dan kaum. Sebab itulah kita boleh nampak golongan-golongan ini wujud di dalam parti-parti PH.

21. Jadi aku harap parti-parti PH perlu bersihkan parti mereka dari adanya ahli yang terlalu berkiblatkan ideologi barat ini, malah perlu ubah strategi dan mindset kalau nak kekal lama menjadi kerajaan. Cakaplah apa pun, hakikatnya Malaysia adalah negara yang konservatif, yang sangat berteraskan kaum dan agama, yang sampai bila-bila pun takkan dapat menerima norma budaya barat yang bertentangan dengan agama Islam dan adat budaya Melayu.

22. Masa PRU14 dulu BN jatuh sebab orang nak turunkan DS Najib je pun. Sekarang Najib dah turun, jadi tak mustahil orang Melayu Islam akan kembali menyokong BN/PAS pada PRU15 kalau mereka merasakan kedudukan Melayu dan Islam semakin terpinggir dalam kerajaan baru.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: transgender athelete controversy kontroversi atlet pondan bapok gay pengkid tomboy lgbt lesbian bisex politik semburit

4 ulasan:

  1. bang buasir otak tak nak buat vid share topik blog ni kat mlstudio? ok gak boleh tambah orang kenal blog ni.... nak bisjut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak kena tayang muka la pulak, lagipun tak pandai sangat public speaking.

      Padam
    2. Bisjut kepala bapak ko. Lahanat

      Padam
  2. Sebuah artikel yang sangat menarik, tahniah! 3D animation dizaman kerajaan dahulu berkembang dengan sangat baik hingga keperingkat dunia. Kini dibawah P Hancing tiada inisiative untuk memperkembangkan lagi industri ini, ia seolah2 balik kebelakang, dua kem orang lama politik Non dan Kutty kini hanya suka FITNAH MEMFITNAH TIPU MENIPU. Yang berkembang hanyalah video2 DUBUR MENDUBURI LIWAT MELIWATI hasil nukilan graduan undang2 UM, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan P Hancing ini...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.