Ahad, 17 November 2019

2 Menangani isu pemandu mabuk yang semakin membarah

1. Minggu ini sahaja beberapa kes pemandu mabuk langgar orang atau kenderaan lain hingga mengakibatkan kecederaan parah dan kematian. Kalau campur satu bulan atau satu tahun mau beratus kes dah.

2. Walaupun dah termaktub pun dalam undang-undang menjadi suatu kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, tapi ramai yang masih tak peduli. Mungkin kurang kesedaran, atau pentingkan diri, atau ada kelemahan dalam penguatkuasaan, aku tak tahu.

3. Yang aku tahu, banyak nyawa dah melayang disebabkan kebangsatan orang lain. Jadi aku harap sangat pihak berkuasa yakni kerajaan mengambil langkah yang sangat serius dalam mencegah isu ini dari berulang banyak kali.


4. Aku tak peduli kerajaan mana, siapa-siapa pun jadi kerajaan harus ambil tindakan tegas. Memang agama Islam mengharamkan arak, memang kaum lain yang bukan beragama Islam boleh minum arak, tapi benda ni dah melangkaui agama dan kaum kerana ia sudah melibatkan keselamatan manusia.

5. Macam mana kerajaan sungguh beria-ia menguatkuasakan hal berkaitan rokok atau vape, tolong lah ambil berat juga hal berkaitan arak. Kalau menteri-menteri takde idea nak fikir jalan penyelesaian, ni aku bagi cadangan sikit.

6. Arak tidak boleh dijual di kedai runcit atau kedai serbaneka, dengan erti kata lain, arak tidak boleh dibeli dan dibawa balik untuk diminum di tempat terbuka, di tempat awam, dalam kereta sendiri, di rumah sendiri dan di mana-mana sahaja selain di tempat yang dibenarkan.

7. Arak hanya boleh dijual di bar, pub, kasino, kelab malam atau di mana-mana sahaja tempat yang sinonim dengan maksiat, dan hanya boleh diminum di situ dan tidak boleh di bawa balik. Bak kata lain, wartakan peraturan arak hanya boleh diminum di tempat yang dibenarkan, selain dari itu semua tempat tak boleh.

8. Tempatkan polis di setiap tempat yang sediakan arak atau di tempat letak keretanya. Setiap pengunjung yang keluar dari tempat maksiat itu akan diuji dan diimbas dulu oleh polis, jika didapati mabuk, terus larang dan sekat dia dari memandu. Tidur la kat dalam kereta, hotel berdekatan atau balik naik Grab.

9. Ketatkan hukuman terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan jalanraya. Denda ratus ribu, penjara berbelas tahun, tarik lesen memandu dan haramkan dari memandu kenderaan seumur hidup. Naik lah kau teksi atau Grab seumur hidup.

10. Kalau yang sampai menyebabkan kematian, aku cadang ke tali gantung terus. Kalau nak banding dengan kehilangan nyawa orang yang tidak bersalah, nyawa pemandu mabuk ini tiada nilai langsung. Lebih baik mati dari menyusahkan orang lain.

11. Cadangan seterusnya mungkin lebih ekstrim, tapi bagi aku paling wajar. Haramkan terus arak di negara kita. Cuba beritahu apa kebaikan arak selain dari boleh bagi duit cukai pada kerajaan?

12. Arak boleh menjejaskan kesihatan, boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain, orang mabuk mudah hilang kawalan dan pertimbangan diri sehingga cenderung melakukan jenayah lain seperti rogol, zina, ragut dan sebagainya. Malah boleh jadi terlebih agresif, itu yang balik rumah pukul anak dan bini. Jadi apa kebaikan arak? Takde. Kosong. Sifar. Zero.

13. Patut arak ni dah boleh sama level dengan dadah. Dua-dua takde kebaikan, dua-dua mendatangkan kemudaratan. Bezanya arak adalah dadah yang dibenarkan.

14. Arak boleh menyumbang pendapatan negara? Pergi mampuslah. Tak guna pun dapat duit hasil dari benda haram pun. Samalah macam judi pun. Kadang-kadang malu lah, Malaysia ni nama sahaja Islam agama persekutuan tapi pendapatan negara masih ada ambil dari benda-benda haram.

15. Pengharaman arak boleh menyebabkan bilangan pelancong yang datang ke Malaysia berkurangan? Pergi mampuslah. Orang luar melawat Malaysia bukan nak minum arak semata-mata pun. Diorang pun boleh dapat arak yang jauh lebih baik dan murah kat negara mereka sendiri.

16. Negara kita boleh je mengharamkan industri pelacuran dan seks, penjualan dadah dan ganja walaupun ia boleh mendatangkan banyak untung, jadi kenapa tak boleh haramkan arak, atau judi sekali terus? Kan sama je semua benda tu haram di sisi Islam, tapi kenapa ada yang boleh ada yang tak boleh?

17. Walaupun kaum lain boleh minum arak sebab agama mereka tidak melarang atau mereka tak patuh pun pada larangan agama mereka, tapi serius aku cakap, takde point pun minum arak. Minum arak boleh jadikan kau lebih pandai? Lebih intelektual? Boleh hidup lebih lama? Takde.

18. Arak tu takde keperluan pun dalam hidup. Tengok ramai orang Islam tak pernah minum arak seumur hidup, elok je boleh hidup, tak mati pun sebab tak minum arak. Yang mati tu sebab kau minum arak lepas tu langgar.

Kalau ada yang rasa arak tu ada kebaikan dan tak wajar diharamkan, sila bawa hujah di ruangan komen.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pemandu mabuk minum arak langgar orang kereta kematian mati haram peraturan hukum undang-undang

2 ulasan:

  1. Ulasan dikarang seperti seorang yang belum pernah merantau keluar taman perumahan. Pemikiran cetek yang jelas. Bersangka baik, mungkin pengarang seorang pelajar thafiz peringkat sekolah menengah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa benda komen macam ni? aku tulis artikel antara cadangan solusi untuk menangani isu pemandu mabuk. kau cakap pemikiran aku cetek, jadi kau sokong pemandu mabuk dan peminum arak?

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.