Khamis, 28 Mei 2020

0 Kita mudah menilai orang bila kita berada di atas

1. Masalah kita ini bila kita dah berada di atas sikit dengan ilmu dan pencapaian, kita jadi cenderung untuk jadi acah-acah bagus, lalu suka dan mudah menilai atau judge orang tanpa diminta, apatah lagi pada orang yang kita tak kenal atau tak rapat sangat.

2. Hanya sebab kita belajar interior design dan jadi interior designer, kita judge interior rumah orang lain cakap tak cantik, takde kelas.

3. Hanya sebab kita ni belajar fesyen dan jadi fashion designer, kita judge penampilan orang cakap pakaian orang tu buruk, gaya penampilan orang ni selekeh.


4. Hanya sebab kita ni rajin baca buku dan jadi penulis buku, bila tengok orang lain tak rajin baca buku dan takde rak buku di rumahnya, kita judge cakap melayu malas membaca.

5. Hanya kerana kita ni boleh melukis cantik, semua lukisan orang lain kita nak judge, nak komen dan kritik secara public tanpa diminta.

6. Hanya kerana kita ni seorang yang berpangkat atau kaya, tak kiralah atas warisan mak bapak atau sendiri, kita judge orang lain yang miskin tu malas dan tak berusaha.

7. Hanya kerana kita ni seorang agen hartanah yang berjaya, kita judge orang lain yang tiada hartanah sebagai loser dan tak fikir masa depan.

8. Hanya kerana kita dah ada PhD, kita rasa diri sangat hebat dan judge orang lain tak berjaya dan darjat mereka lebih rendah dari kita.

9. Bila kita dah berjaya, kenapa kita rasa layak untuk judge orang? Kenapa kita rasa orang perlu mengikut cara kita? Kenapa kita rasa kita lebih bagus dari orang lain? Kenapa kita rasa orang lain patut jadikan kita role model dan idola mereka?

10. Bak kata imam Syafie, semakin aku bertambah ilmu, semakin aku tahu akan kebodohanku. Maknanya semakin banyak kita belajar, makin banyak kita sedar yang sebenarnya banyak benda lagi yang kita tak tahu, dan ia seharusnya membuat kita lebih menunduk dan rendah diri.

11. Tapi yang berlaku kini banyak yang sebaliknya. Bila ilmu dan pencapaian kita tinggi, kita jadi poyo dan acah-acah hebat. Kita rasa orang lain patut mengangkat dan sanjung kita. Kita rasa kehidupan kita perlu dijadikan tanda aras pada kehidupan orang lain. Kita rasa kita perlu mendapat pengiktirafan dari orang lain dan harus dipandang tinggi dalam masyarakat.

12. Yang sebenarnya suka hatilah jika orang lain tak dengar pendapat kita, tak ikut cara kita, tak puji kita, tak angkat kita. Setiap orang ada kehidupan sendiri, ada hobi dan minat sendiri, ada garis masa sendiri. Bukannya mereka guna duit kita atau menyusahkan kita pun kalau mereka tak nak ikut cara kita.

13. Ya, tak salah kalau kita nak memberi pandangan dan pendapat kita pada seseorang dan sesuatu hal, namun ada cara dan adabnya agar orang lain kurang rasa jelek dan jengkel.

14. Pertama, untuk perkara bersifat peribadi, jangan sibuk nak komen atau kritik jika tidak diminta, melainkan orang itu sendiri minta kita bagi pandangan.

15. Kedua, jika mahu memberi kritikan dan pendapat yang mungkin boleh mengguris hatinya, jangan tulis secara terbuka sebaliknya buat secara private melalui PM.

16. Ketiga, gunakan bahasa yang elok dan berbudi pekerti. Kita semua orang dewasa bukan budak-budak nak mengejek, menuduh, mengutuk, mencarut dan sebagainya. Walaupun untuk menegur sesuatu yang bersifat moraliti, gunakanlah bahasa elok dan berlapik.

17. Kita pun tak suka kalau orang lain tegur kita dengan cara kasar, kutuk, hina, caci, maki, sindir dan sebagainya, jadi jangan layan orang lain teruk, sebagaimana kita tak mahu orang lain melayan kita dengan teruk. Respect is earned, not given. Hormat orang lain dan orang akan hormat kita balik.

18. Yang terakhir, jangan generalize orang berdasarkan apa yang kita tengok dan lalui. Bila kita tengok ada orang malas belajar, kita cakap orang Melayu malas belajar. Bila kita tengok ada orang Melayu tak suka baca buku, kita cakap orang Melayu malas membaca. Bila kita tengok ramai orang Melayu berpendapatan rendah, kita cakap Melayu malas berusaha. Bila kita dapat suami teruk, kita cakap lelaki semua sampah. Bila kita dapat isteri psiko, kita cakap perempuan semua gila.

Begitulah.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: mudah menilai judge hakim orang lain bila berada di ataas kaya pandai berilmu ilmu tinggi pandang rendah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.