Rabu, 19 Ogos 2020

0 Elemen yang sering wujud dalam komik Shonen Jepun

Tahun lepas, aku dan Irfan Hilal bekerjasama untuk masuk pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) 2019 anjuran Mat Komik yang bertemakan Masakan/Makanan. Tajuk komik kami Tukang Masak Bayang: ADUKA.

Sinopsis pendek, pada masa akan datang dunia mengalami krisis makanan, jadi saintis mencipta Pil Makanan. Pil ini ada perasa makanan sebenar, dan makan sebiji terus kenyang. Semua orang wajib makan Pil Makanan dan dilarang makan makanan biasa. Jadi ada seorang budak nama Aduka, dia bercita-cita untuk kembalikan semula dunia kulinari.


Cerita kami tak menang, tapi Alhamdulillah dapat juga masuk dalam buku kompilasi CKOM: Resipi Lagenda terbitan Komik-M, terima kasih kepada Komik-M. Ini adalah kali kedua komik CKOM aku masuk buku Komik-M bersama Irfan Hilal juga, sebelum ni komik yang bertemakan Cinta. Jadi kalau korang nampak buku ni kat kedai buku, harap dapat beli untuk ketahui cerita penuh Tukang Masak Bayang: ADUKA yang dulu hanya disiarkan preview sebanyak 6 muka surat. Boleh dibeli di Shopee juga kalau nak cepat.

Untuk cerita tu, aku sebenarnya cuba bereksperimentasi dengan menggunakan formula biasa manga shonen Jepun. Untuk makluman, manga shonen adalah komik Jepun yang disasarkan pada lelaki muda. Kalau korang tengok kebanyakan komik shonen Jepun mesti korang akan perasan juga kewujudan elemen-elemen berikut, sebab benda ni yang membuatkan suatu komik shonen itu jadi lebih menarik.

1. Pengenalan

Kebiasaannya komik shonen akan dimulakan dengan pengenalan kepada latar belakang dunia, masalah watak utama, matlamat utama dan sebagainya.

Sebagai contoh, One Piece dimulakan dengan menceritakan tentang Raja Lanun Gold Roger ada meninggalkan harta karun terulung sebelum dia dihukum mati, Naruto dimulakan dengan menceritakan tentang lagenda Nine Tailed Demon Fox dan Hokage ke-4 yang berjaya mengunci Demon Fox tersebut namun dibayar dengan nyawanya, My Hero Academia dimulakan dengan watak utama dibuli dan sedar semua manusia tidak dilahirkan sama kerana dia tiada Quirk.

2. Impian dan Matlamat

Ini adalah kunci utama kenapa suatu-suatu komik itu boleh bertahan begitu lama sehingga beratus-ratus chapter, iaitu Impian dan Matlamat watak utama. Biasanya impian dan matlamat watak utama ini biasanya diperkenalkan pada chapter pertama lagi, supaya benda tu tertanam di minda pembaca, lalu pembaca akan terus mengikuti cerita itu sehinggalah watak utama berjaya mencapai matlamatnya.

Sebagai contoh, impian Naruto nak jadi Hokage, impian Luffy nak cari harta karun One Piece untuk jadi Raja Lanun, matlamat Tanjirou dalam Kimetsu No Yaiba nak selamatkan adik dia yang jadi demon, Emma dan adik beradik rumah anak yatim dia nak selamatkan diri dari jadi makanan raksasa.

Jadi selagi watak utama tak mencapai impian dan matlamat utama mereka, pembaca akan terus melekat mengikuti komik tersebut sampailah impian dan matlamat mereka akhirnya tercapai, dan biasanya bila dah tercapai, komik tersebut akan tamat. Kalau dia sambung lagi selepas matlamat watak utama tercapai, impak cerita mungkin jadi kurang menarik dan akan mendapat kritikan seperti Boruto.

3. Persahabatan

Boleh dikatakan hampir semua manga shonen ada elemen persahabatan, kerana nilai persahabatan ini terlalu kuat dalam kehidupan kita. Malah ikatan persahabatan yang kuat ini yang juga dipanggil "Power of friendship" biasanya membolehkan watak-watak dalam cerita berkembang dan meningkat ke tahap seterusnya, atau juga dipanggil

Seperti contoh, Goku menjadi Super Saiyan kali pertama lepas kawan baik dia Krillin kena bunuh. Luffy sanggup berlawan bermati-matian demi kawan-kawannya. Natsu tiba-tiba dapat kuasa baru entah dari mana lepas flashback teringat kat kawan-kawan dia. Yu-Gi-Oh tiba-tiba bertukar jadi hebat bila kawan-kawan dia dalam kesusahan.

4. Pesaing Ketat (Rival)

Kebanyakan komik shonen akan ada watak rival bagi watak utama supaya watak utama terus ada konflik dan bersaing dengan rivalnya. Rival boleh jadi kawan atau pun musuh, boleh jadi satu atau ramai. Seperti contoh dalam Dragon Ball, rival Goku adalah Vegeta. Dalam Naruto rivalnya adalah Sasuke. Midoriya rivalnya Bakugo. Ichigo rivalnya Ishida dalam Bleach. Senang cerita dalam semua shonen manga, watak utama takkan overpowered, mesti akan ada rival yang boleh bersaing atau kalahkan dia, melainkan cerita gags seperti One Punch Man.

5. Kumpulan

Kebanyakan shonen akan wujud elemen kumpulan. Mengambil contoh dalam Naruto, dunia dibahagikan kepada beberapa kumpulan kampung ninja. Dalam suatu kampung ninja seperti Konoha, ada lagi kumpulan-kumpulan yang lebih kecil iaitu kumpulan puak dan keluarga. Ninja-ninja ini juga dipecahkan lagi dalam kumpulan yang lebih kecil seperti Team 7 masa Chuunin Exam yang terdiri dari Naruto, Sasuke dan Sakura.

Begitu juga dengan manga lain seperti One Piece, semua lanun ada kumpulan lanun masing-masing. Kuasa yang kuat pula terbahagi kepada beberapa kumpulan utama seperti Marine Admirals, Shichibukai dan Yonko. Manga Bleach, ada juga kumpulan seperti puak manusia, Hollow, Shinigami, Arrancar, Quincy dan sebagainya. Dalam puak Shinigami pula, ada lagi dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil seperti Gotei 13.

6. Sistem Pangkat/Kelas

Elemen ini juga sering digunakan dalam banyak shonen, iaitu sistem pangkat (ranks) atau kelas (class) dalam sesebuah kumpulan. Seperti contoh dalam Naruto ada ranking Kage, Jounin, Chuunin, Genin dan sebagainya. Dalam One Piece ada ranking dalam marine seperti Fleet Admiral, Admiral, Vice-Admiral, Captain, Lieutenant dan sebagainya. Bagi kumpulan lanun-lanun tertentu ada juga ranks dan juga class seperti Captain, First Mate, Second Mate, Cook, Doctor dan sebagainya.

Dalam Kimetsu No Yaiba ada pangkat dan kelas bagi Demon Slayer Corps seperti Hashira, dan pihak musuh juga ada pangkat dalam Twelve Moon Demons. Dalam One Punch Man ada sistem ranking bagi Hero Association. Malah dalam manga masakan seperti Shokugeki no Sama juga ada sistem pangkat bagi Elite Ten Council dalam Totsuki Academy.

6. Kejohanan (Tournament)

Elemen kejohanan/perlawanan/pertandingan biasanya akan muncul juga dalam suatu masa dalam sesebuah manga shonen untuk menjadikan cerita bertambah menarik. Dalam Dragon Ball ada kejohanan Tenkaichi Dai Budokai yang disertai Goku masa dia kecil lagi. Dalam Naruto ada perlawanan Chunin Exams. Dalam One Piece ada pertandingan merebut Devil Fruit Mera Mera no Mi dalam Dressrosa Arc.

Dalam My Hero Academia ada kejohanan U.A Sports Festival. Dalam Yu Yu Hakusho ada Dark Tournament lawan setan. Dalam Shokugeki no Sama ada kejohanan memasak dalam Totsuki Autumn Election. Kalau manga sukan seperti Slam Dunk, Eyeshield 21, Haikyuu dan sebagainya, elemen kejohanan/perlawanan/pertandingan memang tak boleh lari.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kalau korang nak buat komik shonen macam manga Jepun, selain dari mencipta watak dan fikirkan plot cerita, mungkin korang boleh reka dan masukkan juga elemen-elemen yang menjadi formula biasa dalam manga shonen agar cerita itu boleh jadi lebih sedap dibaca.

Seperti contoh nak buat cerita pasal budak-budak sekolah, reka je kat sekolah tu pelajar-pelajar terbahagi kepada 3 puak, iaitu puak budak pandai, budak biasa dan budak nakal. Dalam puak-puak tu pula ada pangkat. Watak utama pada asalnya dalam puak budak nakal, tapi cita-cita dia nak jadi 1st rank dalam puak budak pandai. Lebih kurang macam tu lah.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak bila budak anak ketagih ketagihan main game telefon pintar smart phone


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.