1. Ada banyak gelaran panggilan yang merujuk kepada ibu bapa seperti ayah, abah, papa, bapak, abi, daddy, mak, mama, ummi, mummy dan sebagainya.
2. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan aku, tapi aku tak setuju penggunaan gelaran panggilan ibu bapa ini digunakan oleh golongan bawah umur kepada orang yang bukan ibu bapa mereka.
3. Bagi aku yang layak menggunakan gelaran hanyalah ibu bapa kandung, ibu bapa angkat, ibu bapa tiri, penjaga kepada anak-anak tersebut dan yang sewaktu dengannya.
4. Orang dewasa selain dari penjaga anak-anak itu, walaupun kita rapat dengan budak itu pun, elakkan dari menyuruh atau menyarankan anak-anak itu memanggil kita dengan gelaran ibu bapa.
5. Tak kisah lah kita ini kawan mak bapak dia ke, pengasuh dia ke, cikgu tadika dia ke, cikgu sekolah dia ke, cikgu tusyen dia ke, budak tu anak buah kita ke, anak jiran kita ke, kita ni menteri ke dan sebagainya.
6. Sarankan mereka untuk panggil kita dengan gelaran lain seperti pakcik/makcik, uncle/aunty, abang/kakak, ikut nama seperti pak din/mak jah dan sebagainya, atau kekalkan panggilan gelaran hormat mengikut kerjaya seperti cikgu/sir/ustaz/ustazah/encik/puan dan sebagainya.
7. Mungkin ada yang berpendapat, mereka mahu budak-budak panggil mereka dengan gelaran khas untuk ibu bapa tu supaya nak anak-anak itu rasa rapat dan mesra dengan mereka, terutama bagi tenaga pengajar.
8. Ada juga yang kata mereka dah anggap budak-budak itu sebagai anak-anak mereka sendiri, jadi mereka mahu anak-anak ini menganggap mereka juga seperti ibu bapa mereka sendiri.
9. Sekali lagi, ini cuma pendapat aku. Selagi mana kita bukan ibu bapa atau penjaga pada kepada budak-budak itu, jangan biasakan mereka memanggil kita dengan gelaran ibu bapa. Elakkan. Kalau mereka nak panggil juga, perbetulkan mereka dan minta mereka panggil dengan gelaran lain yang lebih sesuai.
10. Aku sendiri walaupun rapat dengan mana-mana budak pun, aku takkan sesekali sarankan mereka panggil aku dengan gelaran ibu bapa, sebab obviously aku bukanlah ibu bapa mahupun penjaga mereka.
11. Aku tak lahirkan mereka, tak membesarkan mereka, tak bagi mereka makan setiap hari, tak belikan pakaian mereka, tak bagi mereka tempat tinggal dan bukan aku yang sekolah kan mereka.
12. Aku mungkin sekadar rapat sikit dengan mereka, jumpa sekali sekala, kadang-kadang mengusik dan bergurau, main game sama-sama, atau mungkin sekadar mengajar mereka di sekolah atau pusat tusyen, tapi itu tetap tak melayakkan aku untuk klaim aku macam ibu bapa mereka.
13. Maka siapa lah aku sampai aku rasa layak digelar ibu bapa pada mereka? Siapa lah aku sampai rasa layak menggantikan tempat ibu bapa mereka? Setakat ajar mereka untuk satu dua mata pelajaran selama satu tahun masih tak layak untuk angkat diri aku sebagai ibu bapa mereka.
14. Malah dalam situasi dunia hari ini, penggunaan gelaran ibu bapa pada orang yang bukan di bawah jagaan ini sebenarnya ada relate dengan perihal sexual grooming dan pedophile. Tapi aku tak nak ulas part itu. Cukup setakat ini.
15. Kalau ada yang tidak bersetuju dengan pendapat aku dan mempunyai pandangan lain, it's ok. Ini adalah pendirian aku setakat ini.
16. Berhentilah mengangkat manusia lebih dari yang sepatutnya. Cukup sekadarnya.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: gelaran panggilan ibu bapa emak mummy mommy mama ummi daddy papa bapak pak father mother untuk orang lain luar cikgu tak sesuai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.