1. Unpopular opinion. Semua pelajar perlu belajar di sekolah macam biasa dengan pentaksiran pihak sekolah, tapi SPM dijadikan pilihan dan tidak perlu wajibkan pada semua pelajar. Hanya pelajar yang mahu ambil SPM sahaja ambil.
2. Apa yang penting adalah semua pelajar tahu apa matlamat dan laluan untuk mencapai cita-cita mereka. Jika profesion atau kerjaya yang seseorang mahu capai tu memerlukan SPM sebagai syarat, jadi dia kena ambil SPM.
3. Contohnya jika seseorang mahu jadi jurutera, laluannya adalah SPM - Matriks - Degree, atau mungkin SPM - Diploma - Degree. Jadi untuk dia, dia kena ambil SPM sebagai syarat untuk mencapai cita-cita dia.
4. Manakala, bagi sebahagian kecil pelajar yang cita-citanya sekadar mahu jadi pekerja sektor 3D, nelayan, petani, operator kilang, rider dan yang sewaktu dengannya, yang mana laluan kerjayanya tak memerlukan SPM, mereka tak perlulah ambil SPM.
5. Ini kerana jika mereka ambil SPM pun, mereka akan gagalkan, kerana dalam kepala otak mereka dah set mereka bukan nak masuk U pun, mereka dah ada target lain, jadi mereka rasa tak perlu pun belajar untuk SPM.
6. Jadi bila golongan kecil ini disuruh juga ambil SPM, mereka hanya ambil SPM untuk kita iktiraf kegagalan mereka. Lepas tu bila mereka share result SPM 10G kat TikTok, kita pula sentap, walhal sistem yang membuatkan mereka begitu.
7. Sedangkan mereka tak perlu pun diiktiraf gagal dalam SPM kalau mereka tak ambil SPM. Mereka pun tiada result 10G untuk dikongsi di TikTok jika mereka tidak ambil SPM. Mereka sebenarnya bukan gagal, mereka cuma mahu capai kerjaya yang berbeza laluannya.
8. Sekadar contoh, Messi masa kecil target dia memang nak jadi pemain bola sepak profesional, jadi laluan kerjaya dia adalah masuk Akademi Bola Sepak dan main di kelab-kelab junior. Dia tak ambik exam setara SPM di negaranya sebab ia tak perlu untuk laluan kerjaya dia.
9. Tak semua kerjaya perlukan SPM. Kadang-kadang majikan je beria letak syarat nak tengok sijil SPM, padahal bila majikan ambil pekerja luar negara seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan sebagainya, majikan tak mintak pun mereka tunjuk sijil peperiksaan sekolah dari negara asal mereka.
10. Dan jika satu hari, orang yang tak ambil SPM ni tiba-tiba rasa nak masuk kerjaya lain yang kena ada degree, dia boleh ambil SPM semula sebagai syarat minima laluan kerjaya tersebut tanpa mengira umur dia pada ketika itu, sebab masa tu dia ambil SPM dengan keadaan dia mahu dan sedia.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: tidak semua orang perlu harus wajib ambil spm gagal 10g tayang tiktok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.