Rabu, 31 Ogos 2022

2 Jika tak mahu bantu bagi jalan usah pandang rendah

1. Aku belajar dulu ambik degree Sains Komputer di sebuah IPTA. Grad sekitar tahun 2003, lepas beberapa bulan grad, alhamdulillah aku dapat kerja tetap dalam bidang yang aku belajar. Tapi ni bukan nak cerita pasal aku, tapi seorang kawan sebatch aku. Dia result bagus, skill juga bagus, kelemahan dia cuma lemah sikit berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

2. Dia pun berasal dari luar bandar, jadi kita faham lah masalah tu. Orang kadang bukannya tak pandai, cuma tak membesar dalam persekitaran yang membolehkan kita menguasai suatu kemahiran. Lepas dia grad, dia cuba mohon jawatan IT kat sebuah syarikat telekomunikasi yang besar dan terkenal dan berjaya dipanggil temuduga.

3. Masa proses temuduga, ada 2 orang ahli panel, seorang lelaki dan seorang perempuan, kedua-duanya melayu. Yang lelaki tu dari IT department manakala yang perempuan dari HR. Masa lelaki tu tanya soalan-soalan berkaitan IT, semua dia boleh jawab walaupun sangat manglish.

4. Tapi disebabkan member aku tu cakap broken english, dia kena sound dengan panel HR tu. Ayat paling dia ingat lebih kurang, "Awak ada degree tapi English teruk. Awak fikir awak layak ke kerja di syarikat gergasi ni?"

5. Disebabkan kata-kata perempuan tu, member aku down teruk. Menangis juga la kat luar bilik lepas habis interview tu. Tapi sesuatu berlaku. Panel lelaki tu keluar dan jumpa member aku kat luar bilik tu. Dia cakap yang dia akan hantar resume member aku pada kawan dia yang jaga Customer Support (CS) Department.

6. Dia cakap yang member aku ada potential, jadi dia sarankan untuk pertingkatkan dulu kemahiran berkomunikasi kat CS Dept. Tak lama lepas tu, member aku pun masuk la kerja sebagai CS Exec kat syarikat tu. Kerja CS ni macam biasalah, selesaikan masalah dan terima makian pelanggan je lah.

7. Namun bila dah hari-hari buat kerja yang sama dan bercakap dengan orang, ia secara tak langsung dapat meningkatkan communication skill dia. Dia kerja situ hampir 2 tahun sebelum dapat kerja lain dalam bidang IT.

8. Fast forward, selepas 10 tahun, dia dah jadi seorang IT consultant yang bergaji 5 angka. Dan sekarang ini walaupun pencapaiannya dah agak tinggi, tapi dia langsung tak pernah lupa jasa orang yang bantu bagi jalan kat dia. Dia kalau ada peluang jumpa balik lelaki yang interview dia dulu tu, dia nak berterima kasih sangat-sangat.

9. Dan sampai sekarang juga lah dia menyimpan rasa sakit hati pada perempuan yang pernah menghina dia dulu. Dah la pandang rendah orang, tak membantu pula tu. Kalau ada peluang dapat jumpa balik perempuan tu, nak je dia cakap kat depan muka dia "Tengoklah orang yang kau pernah pandang hina dulu".

10. Moral dari kisah ni, bila kita berada di atas, tak perlu nak hina dan pandang rendah kat orang. Benda ni biasa berlaku di kalangan golongan boomer dan millenials yang sering pandang lekeh generasi bawah dia.

11. Kita juga pernah muda. Kita pernah jadi fresh grad. Kita pernah jadi newbie. Kita pernah berada dalam situasi yang tak tau apa-apa pasal alam pekerjaan. Situasi di mana kita ampuh. Kita rapuh. Kita fragile.

12. Jadi bila lepas 5, 10, 20 tahun kita dah berada dalam alam pekerjaan, tak perlu lah jadi narsisistik dan membangga diri dengan budak-budak newbie. Mereka memang tak tahu apa-apa. Mereka memang perlu guidance dari kita. Mereka akan jadi pengganti kita.

13. Kalau tak nak bantu bagi jalan pada mereka, tak perlu pandang rendah dan bersikap kerek. Dah kita pun duk cari pekerja iklan kat media sosial, nak expect apa? Bila ada orang PM/DM kat media sosial tanya tentang pekerjaan tu, kita pula rasa triggered dan irritated. Tak nak orang PM/DM, iklankan je jawatan kosong kat Jobstreet.

14. Lain lah kalau budak-budak baru ni bersikap kerek kat kita, cakap kat kita dengan cara yang kasar dan biadab, boleh la juga kita balas dengan kerek. Tapi still, bagi nasihat elok-elok masih cara yang terbaik untuk tegur kekhilafan orang, yang pasti membuatkan orang tu ingat sampai bila-bila akan kebaikan kita.

15. Yang terakhir, ini juga salah satu sebab ada orang menjauhkan diri dari Facebook dan Twitter. Kat TikTok, IG dan Youtube, jarang nampak influencer yang toxic. Influencer yang femes kat sana mostly femes sebab content komedi, perempuan cantik, bagi tips itu ini dan sebagainya.

16. Kalau kat Facebook dan Twitter, most influencer terkenal sebab sifat narsisistik dan arrogantnya. Tulis panjang-panjang kecam itu ini, bangkang sana sini, lawan situ sana, sembang tinggi sampai ke langit, lepas tu gaduh sana sini, bila berdebat langsung tak nak kalah rasa diri je sentiasa betul, rasa diri je paling bagus. Toxic. Shitty toxic boomer & millenials.

17. Tapi yang peliknya orang-orang toxic ni la yang paling ramai followers, paling banyak orang Like dan Share post dia. Malah ramai pulak fans yang taksub sentiasa sokong je apa yang influencer macam ni tulis.

18. Be kind to everyone. Everyone is fighting a hard battle.

Jadi itu sahaja. Selamat Hari Merdeka pada semua.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: temuduga mesej tanya elok berlagak kerek jawab tak layak viral facebook
 

2 ulasan:

  1. Terbaik Noob. Memang dulu aku juga antara mangsa waktu interview, dan sekarang aku tak implement benda yang sama waktu interview calon. Aku suka ulasan ni. Kesimpulannya - perbaiki kelemahan diri dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mantap. Orang macam tu ibarat budak form 5 buli budak form 1 sebab masa form 1 dulu dia pernah kena buli budak form 5. Dia rasa benda tu budaya dan tradisi yang perlu diteruskan.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.