Rabu, 8 Mac 2023

1 Sekolah harian VS asrama mana yang terpaling

1. Wujud post ini dan kemudian ramai lah yang banding dan klaim kehidupan sekolah merekalah yang terpaling best. Sekolah asrama la lagi best, sekolah harian la lagi best.

2. Dia yang sebenarnya sekolah kat mana-mana pun ada pro dan kontranya. Sekolah hanyalah yang tempat dan bangunan. Best atau tidak juga subjektif pada perspektif dan pengalaman individu. 

3. Ada yang cakap sekolah harian lah best sebab dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga, dapat rasa masakan mak dengan lebih lama, sebab lepas tamat sekolah dah sibuk, masa bersama keluarga dah makin kurang.

4. Kemudian ada pula yang cakap kalau sekolah harian, macam satu kerugian pula sebab tak merasai pengalaman pahit dan manis tinggal di asrama.

5. Kau kena faham, dalam dunia ni kau takkan boleh dapat semua benda. Untuk kau dapat sesuatu, kau kena melepaskan sesuatu yang lain. Kau nak lebih masa bersama keluarga, kau kena lepaskan pengalaman tinggal di asrama, begitu juga sebaliknya.

6. Namun begitu, pengalaman seseorang adalah suatu yang tak boleh nak dibandingkan kerana setiap orang melalui pengalaman dan kehidupan yang unik dan berbeza-beza.

7. Yang menjadikan pengalaman seseorang itu best bila dapat kawan yang best, cikgu yang supportive, senior yang baik. Yang menjadikannya tak best bila dapat kawan yang celaka, cikgu yang abusive, senior kaki buli dan sebagainya.

8. Jadi tak kisah la kau sekolah harian SMK ke, SBP ke, MRSM ke, SMT ke, KV ke, semua tu hanya relevan dan kau boleh glorify untuk tempoh 5 (bagi yang masuk dari Form 1) atau 2 tahun sahaja (yang masuk dari Form 4).

9. Sebab once kau dah tamat je SPM dan masuk ke dunia pendidikan tinggi dan alam pekerjaan, semua orang di sekeliling kau tak peduli pun kau dulu dari sekolah mana, janji kau buat assignment dan buat kerja boleh perform.

10. Kalau kau dulu sekolah harian biasa paling bawah tapi kau buat kerja tiptop, kau tetap mantap. Kalau kau dulu sekolah asrama paling top dan elit di Malaysia sekalipun, tapi bila buat kerja macam shit, kau tetap shit.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: sekolah harian vs asrama smk sbp mrsm smt kv mana yang terpaling best champion buang pad pegang senior suruh


1 ulasan:

  1. Sekolah sama je. Yang penting anak-anak tu - nak belajar atau tak nak belajar

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.