Ahad, 18 Jun 2023

0 Sindrom suka dan bangga kena buli

1. Orang yang dah bekerja, pada suatu masa dulu mesti pernah jadi pelajar praktikal. Masa kita jadi budak praktikal, dalam otak kita cuma nak kutip ilmu dan pengalaman untuk tamatkan belajar.

2. Dapat elaun atau tidak nombor dua, sebab biasanya nak dapat tempat praktikal pun sikit punya susah, tak boleh nak memilih sangat. Tapi kalau dapat elaun walau sikit pun dah rasa syukur sangat.

3. Elaun kepada budak praktikal tak wajib sebab pelajar masih belajar, sama je macam mereka sedang belajar kat universiti. Mereka tanggung perbelanjaan diri sendiri guna biasiswa, pinjaman atau pun FAMA (father & mother).

4. Tapi sebaiknya majikan bagilah elaun pada mereka, bukanlah sebab nak bayar upah kerja mereka, tapi lebih kepada membantu sedikit sebanyak kos sara hidup lebih-lebih lagi yang dapat tempat praktikal di ibu kota dan jauh dari tempat tinggal ibu bapa.

5. Majikan juga kena faham, budak praktikal datang tempat mereka semata-mata untuk belajar, bukan untuk buat kerja hakiki mahupun dibuli.

6. Sebabnya budak praktikal ni biasanya memang kosong, langsung tak pernah hadap dunia pekerjaan. Tugas kita lah untuk bimbing mereka bagi menyiapkan generasi baru untuk masuk ke alam pekerjaan.

7. Kalau majikan memang perlukan orang untuk buat kerja hakiki, carilah pekerja, bukan budak praktikal. Budak praktikal bukan free labour.

8. Sehingga kini aku pernah selia 3 orang budak praktikal. Aku cakap siap-siap yang aku takkan ajar benda-benda basic sebab semua tu dah diajar di universiti. Aku cuma nak mereka praktikkan apa yang mereka dah belajar kat universiti.

9. Jadi aku tak bagi mereka buat kerja hakiki, sebaliknya bagi mereka projek sistem untuk dibangunkan guna je apa language yang mereka dah mahir. Kalau mereka mahir guna PHP, guna je PHP. Kalau masa belajar dah guna Java, guna je Java. Aku tak nak mereka rasa terbeban dan aku pun tak nak rasa beban untuk ajar mereka benda-benda basic sebab aku sendiri sibuk dengan kerja hakiki.

10. Namun ada juga majikan yang mengambil kesempatan jadikan budak praktikal sebagai budak suruhan. Suruh buat kopi, suruh belikan makanan, suruh hantar barang, suruh lap meja, suruh buat itu ini yang di luar skop praktikal mereka. Tahu kau tu bos tapi tak payah rasa entitled sangat nak memperhambakan orang.

11. Malangnya ada juga orang yang ada sindrom suka dan rela dibuli. Baginya kena buli adalah satu kebanggaan. Sanggup menjilat senior dan orang atasan asalkan demi keuntungan. Kat sekolah masa junior, kena buli dia bangga. Masuk U kena buli dia bangga. Bila dah jadi senior kat sekolah dan U, dia balas balik buli kat junior.

12. Bila jadi budak praktikal, kena buli dengan majikan dia bangga. Staff suruh cuci pinggan, belikan makanan kat kantin, dia bangga. Bila dah masuk alam pekerjaan, kena buli dengan senior dan bos, dia masih bangga. Sanggup dibuli jadi balaci.

13. Lepas tu nanti bila dia dah naik pangkat, dia pulak jadi toksik rasa entitled buli dan membalacikan orang bawahan sebab rasa manusia wajar dibuli barulah tak lembik, tak manja dan berjiwa kental. Dia tak tahu berapa ramai orang maki dia kat belakang dan doakan dia benda buruk-buruk.

14. Kalau budak praktikal atau pekerja bawah buat salah, kau tegur lah, bagi nasihat dan bimbing, tapi bukannya buli. Buli tu budaya bangsat. Biasa yang kena buli ni mereka tak suka dibuli tapi terpaksa berdiam sebab tak berani nak melawan dan bersuara sebab status pembuli lebih tinggi dari mereka. Akur memang terpaksa akur, tapi respek memang takdelah.

15. Cuma kalau kau memang jenis yang suka, rela dan bangga bila membuli dan dibuli, kau sebenarnya seorang masochist.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: sindrom suka dan bangga kena buli membuli bullying masochist budak pelajar praktikal latihan industri bukan buruh percuma free labour



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.