Rabu, 18 Oktober 2023

0 Setiap kali bila penjawat awam dapat bonus

1. Setiap kali bila dalam Bajet atau Belanjawan Negara diumumkan Bantuan Khas kepada penjawat awam, ramai orang yang bukan pekerja kerajaan tak puas hati. Dia cakap asyik pekerja kerajaan je dapat bonus, kami yang kerja swasta atau yang kerja sendiri dapat apa cuma gigit jari. Gaji pekerja gomen pun datang dari duit cukai kami.

2. Ramai orang tak faham benda ni hatta dah tua bangka pun. Penjawat awam tu kan dapat bonus dari kerajaan sebab majikannya kerajaan. Bonus tu pulak biasanya tak banyak mana pun, tak sampai pun sebulan gaji bagi kebanyakan gred. Tahun-tahun sebelum ni pun pernah dapat RM500 je.

3. Bonus pekerja swasta pula terpulang ikut majikan masing-masing lah. Ada yang dapat sikit, ada yang dapat sampai 2, 3 bulan gaji. Kalau yang kerja oil and gas atau bank tu, bonus lebih 5 bulan gaji pun ada. Masa pekerja swasta dapat bonus, penjawat awam dapat apa? Gigit jari je lah.

4. Yang peniaga pun tak perlu lah nak bitter sangat bila penjawat awam dapat bonus. Nanti mereka belanjakan duit tu kat korang juga. Macam tu lah cara ekonomi bergerak. Lagipun korang kan pekerja merangkap majikan. Jadi korang boleh bagi berapa banyak bonus nak bagi pada diri sendiri.

5. Malah selain dari bonus penjawat awam tu, segala macam bentuk bantuan, sumbangan, subsidi, rebat, dana, peruntukan, inisiatif, kemudahan dan sebagainya yang kerajaan umum, semua lapisan rakyat yang layak boleh dapat tanpa mengira kerja apa dan siapa majikan.

6. Cuma itulah, setiap kali bila cerita pasal isu ni je, mesti akan mengingatkan aku pada satu kisah yang berlaku lebih 10 tahun lepas. Masa tu aku tengah lepak dengan 2 orang kawan aku kat mamak. Seorang kerja kerajaan (Kadir bukan nama sebenar) dan seorang lagi kerja swasta (Jali bukan nama sebenar).

7. Masa tu si Jali asyik merungut dan menghentam Kadir. Dia cakap gaji kau ni aku yang bayar tau, datang dari duit cukai aku. Si Kadir pun cakap, kau ingat penjawat awam tak kena bayar cukai ke? Aku pun bayar cukai. Sama kadar je dengan kau takde beza pun.

8. Jali semakin tak puas hati. Dia cakap, ah aku tak kira. Aku yang bayar gaji kau. Kadir pun tanya, ok berapa cukai pendapatan kau tahun lepas? Dia cakap tolak pelepasan cukai itu ini, cukai pendapatan yang dia bayar kat LHDN lebih kurang RM1,000.

9. Si Kadir pun cakap, ok jumlah penjawat awam ada lebih kurang 1.6 juta orang. Kita ambik purata lah, duit cukai RM1,000 kau tu, bahagi dengan 1.6 juta orang adalah RM0.000625. Kira duit cukai kau yang sampai kat aku dalam 0.0625 sen lah.

10. Kemudian si Kadir pun keluar kan 10 sen hulur kat Jali. Nah, aku bayar balik duit cukai kau yang sampai kat aku. Siap ada baki 0.0375 sen kau keep the change je lah. Si Jali pun tersipu-sipu malu. Aku pun tak tau nak gelak atau nak ketawa.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: penjawat awam pekerja kakitangan kerajaan kerja gomen dapat bonus bantuan khas kewangan belanjawan bajet negara 2024 ringkasan intipati touchpoint


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.