Selasa, 16 Januari 2024

0 Beli rumah VS Sewa rumah

1. Dulu ramai orang digalak beli rumah. Sekarang ni ramai pula orang digalak tak perlu beli rumah dan sewa rumah sahaja sampai tua.

2. Dulu orang beli rumah sebab harganya masih mampu milik. Sekarang harga rumah macam setan membuatkan lebih ramai memilih untuk sewa.

3. Itupun harga sewa pun juga dah macam setan. Yang lagi setan kadar gaji dulu dengan sekarang tak jauh beza, tapi harga rumah jauh beza macam setan.

4. Beli rumah atau sewa rumah masing-masing ada pro dan kontra. Bagi aku, sapa yang ada banyak duit, kalau mampu tu beli je rumah.

5. Kalau tak mampu beli rumah, sewa rumah. Kalau tak mampu sewa rumah, sewa je bilik. Tak mampu lagi, tinggal je dengan ibu bapa.

6. Tapi jangan pula kalau kita mampu beli rumah, kita tak nak beli rumah sebab terikut banyak saranan supaya sewa je rumah sampai mati.

7. Sebab akhirnya, kalau semua orang nak sewa rumah, siapa pula yang nak jadi pemilik rumah untuk disewa pada penyewa rumah?

8. Last-last nak sewa rumah pun tak boleh sebab dah tak banyak rumah yang tinggal untuk disewakan. Lepas tu mula la pemilik rumah main harga naikkan sewa macam setan sebab demand banyak tapi supply kurang.

Begitulah.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: beli atau sewa rumah tips panduan cara tutorial pilihan

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.