1. Habis sudah bulan Ramadan dan Hari Raya. Seperti juga tahun-tahun sebelumnya, terlalu banyak isu yang timbul tak sudah-sudah.
2. Percayalah, isu yang berlaku pada hari ini, orang akan lupa lepas beberapa hari, dan kemudiannya akan ditimbulkan semula pada tahun-tahun akan datang seolah-olah macam isu baru.
3. Dan seperti biasa, tanpa sedikit akal intelek untuk mengkaji, menilai kesahihan dan mempertimbang kesan kemudaratan yang boleh berlaku, mereka buat konten dan sebarkan di TikTok, Facebook, Twitter dan lain-lain media sosial.
4. Maklumat yang tidak sahih, yang penuh kebencian, yang menyemarak api perpaduan, yang penuh fitnah dan kepalsuan, yang berprasangka buruk, yang merendah dan memburukkan orang, yang buat hukum sendiri, yang pandai-pandai melangkaui autoriti, yang terpaling jadi juara isu, yang berlebih-lebihan dan melampaui batas, yang berteori konspirasi, yang meramal bencana itu ini, akan dikongsi pula oleh pengikut mereka yang ramai secara membuta tuli.
5. Kemudian maklumat ini pula dipanjangkan pula oleh orang tua dan muda dalam group-group Whatsapp sehingga menimbul ketidakselesaan orang lain. Bila ditanya kesahihan atau dari mana dapat, dia cakap tak tahu, orang bagi dia forward je. Akhirnya hanya akan mencetus pertengkaran sehingga merosak keharmonian dan memutus silaturahim.
6. Bila kita asyik sibuk nak menghukum orang, menghina mengkeji caci maki saudara seagama kita, sering bersangka buruk dengan orang, asyik nak buat musuh dengan orang, sebar fitnah yang tiada bukti yang sahih, kau rasa diri kita ini langsung tiada kelemahan dan lebih baik berbanding orang lain ke?
7. Ada juga yang terlalu sibuk nak mencari dan menyebarkan keburukan orang, seolah-olahnya kitalah manusia paling sempurna. Tapi bila orang korek dan sebarkan pula aib dan kisah silam dia, ada yang kelam kabut minta maaf, ada juga yang bagi pelbagai alasan untuk mewajarkan tindakannya.
8. Kalau macam ini gambaran generasi akan datang yang bakal mentadbir negara, jangan salahkan orang lain apabila ekonomi kita jatuh, pelabur tak nak masuk, masyarakat tidak harmoni, agama Islam semakin dipandang serong dan pelbagai lagi kesan buruk. Salah kita juga kerana tidak menunjukkan akhlak dan contoh yang baik.
9. Nak menegur, menasihati dan berdakwah pada orang, bukan dengan membuatkan orang rasa makin benci pada kita dan menjauhkan diri dari agama. Konon kau rasa apa kau buat tu sangat betul, tapi kalau ia memberi kesan yang sebaliknya, ia dah jadi tak betul. Maka bersederhanalah terutama pada benda yang kau kurang tahu dan benda yang kau tak boleh kawal.
10. Syaitan ini, dia sama ada akan hasut manusia buat jahat, atau dia hasut manusia supaya rasa diri lebih mulia berbanding manusia yang lain. Nampaknya, dia dah berjaya wujudkan begitu ramai golongan yang kedua.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: rasa diri lebih mulia baik dari orang lain isu bulan puasa ramadhan ramadan hari raya 2024
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.