Jumaat, 3 Ogos 2012

24 Bunuh diri atau dibunuh?

Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita seorang Eksekutif TV9, Syaleza Jaffar yang ditemui mati dirumahnya yang ditemui suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah mereka Apartmen Saujana, Damansara Damai. Pada awalnya polis mengesahkan sebagai kematian mengejut dan tiada sebarang bukti menunjukkan wujud unsur jenayah, tapi kini polis mengesahkan arwah mati dijerut. Al-Fatihah buat mangsa, semoga beliau ditempatkan dikalangan orang beriman.


 Sumber Berita Harian.

Kemudian seperti yang dilaporkan di sini,
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam. Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Mangsa tergantung di kipas bilik? Mangsa bunuh diri? Susah nak percaya seorang ibu muslim, mempunyai keluarga dan anak bertindak nekad nak bunuh diri? Malah laporan polis pun mengatakan mangsa akibat dijerut dan bukan menggantung diri?
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa. "Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.
Adakah mangsa telah dicekik dahulu sehingga mati sebelum digantung oleh pembunuhnya untuk menampakkan seolah2 mangsa membunuh diri? Jika mangsa dibunuh, siapakah pula pembunuhnya? Kat laporan sini mengatakan polis telah menahan anggota keluarga mangsa tetapi siapakah beliau? Adakah suaminya, adik beradiknya, atau anggota keluarga yang lain? Ada sumber lain mengatakan suaminya Norazman yang ditahan, malah mengaitkan cerita bahawa suaminya mempunyai perempuan lain. Aku tak nak buat apa2 spekulasi, tunggu sahajalah siasatan polis. Nak baca sedikit sebanyak maklumat dan spekulasi mengenai kes ni boleh tengok kat blog Mazidul Akmal Sidek dan lain2:

Kalau memang betul ada kes jenayah, aku harap penjenayah akan menerima hukuman yang setimpal. Arwah masih terlalu muda baru 31 tahun, anak pun muda lagi baru 2 tahun, beliau tidak sepatutnya mati dibunuh begitu sahaja. Apalah dosa beliau sampai ada orang sanggup membunuh beliau?


Cuma bila ada kes jenayah bunuh macam ni di mana pembunuh cuba membuatkan kes pembunuhan itu seolah2 mangsa membunuh diri dan suspek pembunuh juga mempunyai bukti alibi yang menunjukkan yang mereka tidak bersalah, aku mesti teringat cerita2 penyiasatan seperti buku waktu kecik2 dulu 5 Sekawan Enid Blyton, novel penyiasatan terkenal Sherlock Holmes, manga2 penyiasatan seperti Detektif Conan dan Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi. Dan aku selalu tertanya2 kat Malaysia ni wujud ke detektif atau penyiasat persendirian yang hebat menggunakan teknik2 taakulan seperti Sherlock Holmes untuk membantu polis menyelesaikan kes2 jenayah. Kalau ada kan bagus, mesti banyak kes2 jenayah dapat diselesaikan dengan cepat dan tepat serta penjenayah dapat terus ditangkap, dibawa ke muka pengadilan dan dihukum segera.


Tapi apa yang aku tahu kat Malaysia memang ada penyiasat persendirian tapi lebih kepada perkhidmatan mengintip dan menyiasat pasangan suami atau isteri yang curang seperti yang banyak diiklankan di teksi2. So sape2 yang curiga dan syak isteri atau suami curang tu boleh la guna perkhidmatan catchcheatingspouse.my tu dan lepas tu boleh la nak buat apa yang patut dibuat.




tags: kes mati mengejut eksekutif tv9 syaleza jaffar tidak sedar diri rumah apartment pangsapuri saujana damansara damai petaling jaya selangor hospital sungai buloh bedah siasat siasatan polis pdrm jerut cekik gantung tali kipas syiling bunuh diri jenayah suami norazman rekod keterangan individu tahan suspek pembunuh penyiasat persendirian detektif 5 sekawan enid blyton sherlock holmes detektif conan penyiasat remaja hajime kindaichi catch cheating spouse catchcheatingspouse.my mvd international
 

24 ulasan:

  1. Hurm..tertanya juga yg pasal detektif mcm detective conan tu ade tak kat malaysia. haha.

    Tp sedihlah kalau dibunuh.. memang masih muda mangsa tu..

    BalasPadam
  2. Kalo btol2x dibunuh....
    semoga pembunuh mendapat hukuman yg setimpal.....

    BalasPadam
  3. kami kt opis ni pon dok bincang psl ni.kami buat kesimpulan, hanya tali yg digunakan tu sahaja yg boleh membuktikan sapa bersalah. kalu tiada DNA si suami, maknanya arwah... (nauzubillah). kalu ada DNA si suami, brg klai si suami boleh disabit kesalahan..

    BalasPadam
  4. Saya pun x rasa dia bunuh diri.
    Hope Detektif Mouri boleh tolong selesaikan kes ni

    BalasPadam
  5. aku rasa ada tapi tak dihebohkan je..dorang kan penyiasat.hehe

    BalasPadam
  6. Tak best entry kali ni Noob..aku tak leh kasi cili kasi taruk.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang la tak best, sebab takde citer pasal orang gomen, cerita pasal pendatang dan cerita pasal perkauman yang ko boleh hentam org gomen dgn org melayu dgn tulisan-tulisan kau yg sangat bongkak dan angkuh mcm kaulah yg paling hebat dengan bini nepal kau tu kan? berbulu sial aku dgn mamat ni mcm celaka

      Padam
    2. andai kata kalau siasatan polis mendapati suaminya yang membunuh isterinya tu, aku akan buat entry satu lagi... sekarang ni nak cakap2 lebih pun tak boleh sbb masih dalam siasatan

      Padam
    3. ish,hang ni..x baik kata lagu tu kat zack.biaq ja la kat dia.ok pa tajuk ni zack.baru misteri sikit,mcm dalam citer kartun detektif conan

      Padam
    4. nob, ang pilih kasih..slamba je org hina org lain(zack) hang x delete pun..tghari td aku tibai mamat poyo dlm entry lain ang trus delete(dh cmfirm tersiar td)..ish..ish..

      Padam
    5. mana ada aku pilih kasih, entry tu aku tak delete tapi masuk spam box blogspot ni aku tak perasan, aku dah release dah... aku pun pelik dan tak paham kenapa kadang2 komen orang blogspot ni block dan kategorikan sebagai spam...

      Padam
    6. Mamat ANON butthurt tu selalu mengekori aku..peminat rahsia aku lah tu kikikikikik :DD

      Mohon agar tidak terlalu fanantik ye..susah mak nanti kikikikikik xD

      Padam
  7. err..ini dekat dgn rumah aku...err..cuak cuak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. encik firdaus,anda kini turut menjadi suspek..sila ikut kami ke balai

      Padam
  8. saya rasa ini semua propaganda yahudi.mereka tidak suka melihat orang islam menjalani ibadah puasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak payah nak troll sangat dowh..tengok la blog dahulu..nak buat troll sewel pergi blog ayam dan babi lah.

      Padam
    2. ni propaganda encik salleh,saja ja lepas kenyang berbuka..trus komen kat blog ni..hehehe

      Padam
  9. panggil je geng2 csi miami, n.y. or l.a. ke, cmfirm dlm sejam siap..hehe..

    BalasPadam
  10. aku rasa nie masalah laki bini je..bila emosi mengatasi akal, mcm2 boleh terjadi..

    BalasPadam
  11. Kalau kat malaysia ada detektif conan, dh lama anu war kena tangkap sebab liwat dn chinadoll, xpayah nk tgk video pun dektektif conan dh boleh kantoikan anu war sekali dgn skandal azmin kena blowjob. bersyukur la pr wei detektif conan tu xwujud.

    BalasPadam
  12. aii...nie kena panggil sherlock holmes nie...lagi bagus dari conan ataupun mouri.

    BalasPadam
  13. Rasa macam dibunuh. rasa jelah. tak confirm.

    BalasPadam
  14. akak ni kerja satu bumbung dengan mak aku, rumah dia pun dekat dgn rumah kami. mak aku cakap dia pendiam, baik orangnya tapi ada orang ckp suami dia panas baran, wallahualam. jiran2 pernah dengar diorang gaduh kat rumah. semoga dicucuri rahmat ke atas roh arwah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.