Jumaat, 10 Ogos 2012

22 Ibu tunggal yang sakit diabai suami tak berguna

Semalam aku ada menerima sebuah email berantai daripada seorang kawan yang menghebahkan mengenai penderitaan seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome) dan mempunyai 3 orang anak, 2 orang anak hasil perkahwinan dengan suami yang pertama sebelum diceraikan dan seorang lagi anak hasil perkahwinan dengan suami kedua namun juga diceraikan selepas mengetahui beliau menghidap penyakit ini. Beliau juga seorang blogger, segala kisah suka duka segala penderitaan beliau boleh baca sendiri blog beliau di http://aliaharyanie.blogspot.com/.


Kalau sesiapa nak bagi sumbangan boleh bagi kepada akaun aku Puan Alia Haryanie seperti berikut:
Maybank Acc No: 164034266923 (Haryani Binti Mat Hussin)
Maybank Acc No: 553104558862 (Akaun bersama dengan Ibunya: Asiah bt Haron)
RHB Acc No: 16213900067447 (Haryani Binti Mat Hussin)


OK harap2 ada yang sudi membantu, mana tau esok2 hari kita pula untuk perlukan bantuan. Cuma sekarang ni aku tak nak cerita sangat pasal beliau kerana korang boleh baca sendiri penderitaan beliau di blog beliau, cuma aku nak cerita pasal masalah orang lelaki bila dah bergelar suami. Dulu aku banyak kondem para isteri yang susah nak taat suami, sekarang ni aku nak kondem pulak para suami yang suka abai tanggungjawab.



Kalau baca kat blog Alia kat sini, dia ada tulis
"Pada mulanya kami bahagia, namun selepas melahirkan anak pertama, Noraiman yang kini berusia tiga tahun, saya terus jatuh sakit. Lebih malang suami menceraikan saya kerana tidak sanggup menjaga saya yang sedang terlantar sakit. Malah selepas itu bekas suami tidak pernah memberi nafkah cuma suami pertama sahaja, itu pun ketika awal perceraian,"
Kawin dua kali tapi sayang dapat lelaki yang kedua2nya tak berguna. Bekas suaminya yang kedua siap bagi talak 3 lagi. Lelaki apa yang tinggalkan isteri sendiri di kala isterinya memerlukan seorang suami untuk melindungi dan menjaganya ketika senang dan susah? Dah la tinggalkan isteri, tak ambil peduli pula pasal anak2. Sial betul, buat anak sahaja tahu, jaga tak mahu, nafkah pun tak bagi, serius orang macam ni langsung tak layak dipanggil lelaki, tak pasal2 orang perempuan dan kanak2 teraniaya.

Diorang tak rasa apa2 ke bekas isterinya terpaksa menanggung derita dan dalam masa yang sama membesarkan 3 orang anak seorang diri. Diorang tak rasa malu ke 1Malaysia tahu kisah penderitaan bekas isteri mereka? Ada sapa2 kenal ke sape 2 ex-husband dia tu, harap2 dapat disebarkan nama serta gambar agar semua orang tahu lelaki yang kejam dan tak berhati perut tu agar wanita2 lain juga tidak dijadikan mangsa penganiayaan lelaki seperti itu.

Memang apabila kahwin kita menghalalkan apa yang haram seperti hubungan seks. Walau semua lelaki pun suka pada seks, tapi kena ingat bila dah berkahwin tu isteri bukan hanya alat untuk memantat je. Seorang isteri wajib mentaati suami, tapi dalam masa yang sama seorang suami wajib melindungi, memberi kasih sayang, menjaga kebajikan, memberi nafkah kepada isteri dan anak2. Itu adalah tanggungjawab seorang suami dan isteri, simple as that, kat celah gigi mana yang korang tak faham? Susah sangat ke? Bila isteri/suami sakit, kita kena jaga, kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi nak jaga, buat apa kita kahwin dengan dia? So kalau rasa tak boleh dan tak mampu nak pikul TANGGUNGJAWAB, jangan pandai2 nak kahwin dan buat anak. Pergi tembak dinding lagi bagus.

Kalau masing2 faham akan peranan dan tanggungjawab masing2, insya Allah takkan berlaku penceraian seperti mana aku dah ulas banyak2 kali pasal benda ni kat entry bawah tu dan at least penindasan dan penganiyaan seperti ini takkan berlaku.


Kisah ibu tunggal yang sangat sedih ini berbeza sungguh dengan kisah Allahyarhamah Norma dan suaminya Talib. Beliau sangat beruntung kerana mendapat seorang suami yang sangat baik dan tabah menjaganya sehingga akhir hayat beliau. Serius orang lelaki baik macam ni memang sukar nak cari dah sekarang. Semoga Talib mendapat balasan yang baik atas kebaikannya dan juga semoga bekas suami2 kepada ibu tunggal ini mendapat balasan yang setimpal dengan kezalimannya sekiranya mereka masih tidak membantu dan menunaikan tanggungjawab kepada bekas isteri dan anak2.


tags: kisah alia haryanie mat hussin ibu tunggal menderita penyakit saraf guillan barre syndrome memerlukan bantuan dan sokongan kewangan 3 cahaya mata suami engan kongsi derita harian metro hmetro siti zarinah sahib hospital husm kaki tidak boleh berjalan jauh sokongan bantuan ringan beban kisah norma talib kanser brain tumor blog moon

22 ulasan:

  1. Rasanya ada blog yang cerita pasal akak ni n akaun dia kena block..kesian

    BalasPadam
  2. Kementerian pembangunan dan Hal Ehwal wanita kemana?

    Bukankah kes ni boleh dirujuk ke kementerian terbabit?aku rasa banyak pertubuhan yg boleh membantu.

    BalasPadam
  3. sedihnya
    kadang2 aku rasa aku ni dah cukup complete fail
    dah cukup susah ujian Allah bagi, bertali arus tak henti2 ujian Allah beri

    tapi bila kita tgk sekeliling
    ramai lagi yang berpuluh kali ganda susahnya ujian dari Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul tu..masih ramai yang menerima ujian yang lagi dahsyat dari diri kita..tp bagus,ujian Allah tu menunjukkan yang Allah masih sayang dan ingat pada kita

      Padam
    2. betul encek tfkg..ingatkan dugaan kita dah cukup hebat..ada lagi yang lagi hebat kena ujian macam Pn Alia ni..

      Padam
  4. harap-harap aku tak jadi macam suami-suami dia.

    BalasPadam
  5. Pernah singgah kat blog dia..memang sedih...insyaAllah sama2 kita bantu dan ringan kan beban dia... lebih2 lagi di bulan ramadhan ni..

    BalasPadam
  6. Bukan nak ckp lah,bapak2 jenis mcm ni,bila dh tua baru nak ingat anak.Bila anak buat tak peduli,ckp ank tu derhaka.Kadang2 kita kene amik tahu jugak,pasal apa anak2 buat mcm tu.Mmg betul ada yg jenis tak sedar diri,mmg perangai teruk,tapi ada jugak segelintir yg jd mcm kes di atas nih.Kita senang ckp suruh depa maafkan bapak depa,tapi depa yg alami dan lalui,bukan mudah.Tapi,kita doakanlah yg baik baik saja.Semoga lelaki2 ni sedar dan diberi Hidayah.Amin

    BalasPadam
  7. Memang susah sekarang nak cari lelaki macam Talib yang jaga Norma dengan penuh kasih sayang without any doubt even though dia tahu hayat Norma tak akan panjang. Lelaki jenis yang tinggal wife saat wife sakit adalah lelaki malang. Malang sebab dia dah lepaskan banyak pahala yang dia akan dapat dengan menjaga isteri yang sakit.

    BalasPadam
  8. sedihnya, di mana kerajaan? harapkan cik noob sahaja kotakan kata2

    KLIK berita gembira PLUS beri diskaun tol

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semua benda kerajaan bleh setel bro. Di mana masyarakat? Mohon tuan tidak hanya berasa sedih tanpa bertindak.

      Padam
  9. harap dapat sebarkan gambar lelaki tu supaya tiada lagi perempuan lain jadi mangsanya mungkin..semoga Pn Alia tabah dengan dugaan maha hebat ni..

    BalasPadam
  10. Lebih baik sedekah untuk orang2 yg macam ni drpd beri kepada pengemis di bazar ramadan atau budak2 jual kismis/madu kat pam minyak.

    Moga lelaki2 bangsat tersebut turut sakit dan dianiaya oleh orang sekeliling mereka.

    BalasPadam
  11. Keluarga loga yg kaye leh dpt 100k. Kakak ni x boleh ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, tebako rumah dan bbrapa anugerah die... tapi org lain....... mungkin media massa (akhbar) kurang buat liputan kes2 mcm nih..

      Padam
  12. Ada lagi suami yang mulia yg setia menjaga dan menguruskan isteri yang sakit spenuh masa.
    http://abil4fauziah.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampaknya masih wujud lagi lelaki yg begitu mulia dan suci hatinya... faith in humanity restored

      Padam
  13. dayus sungguh kedua2 bekas suami tu..D.A.Y.U.S..elok kalau jumpa tampal atas dahi banner.."Aku dayus"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pastu kat blakang dia pulak jahit kain yg bertulis 'Sepak bontot aku sekuat hati, si lelaki sial. Aku cabar kau!'. Jahit terus masuk ke dlm isi kulit belakang dia.

      Padam
  14. siapa keluarga lelaki2 yg tinggalkan anak begitu saja dengan bekas isteri. dangkal tak berilmu, sangat memalukan membiarkan anak sendiri diberi makan oleh wanita yang tak berdaya. hoi bekas2 laki Haryani dan keluarganya malu lah sikit !

    BalasPadam
  15. insyaallah ramai yg sudi membantu ...
    sian kan ...dah la ada anak ...sedey sangat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.