Gambar hiasan sebuah sekolah di waktu senja |
Biasanya pada hari malam selepas solat berjemaah Maghrib dan aktiviti musolla, semua pelajar akan ke kelas melalui laluan berbumbung yang dikenali sebagai gajah menyusur yang begitu panjang yang menghubungkan sekolah dan asrama untuk kelas prep malam dari jam 8 malam sehingga 10.30 malam. Setiap kali hendak pergi dan pulang ke kelas, aku pasti rasa sedikit seram dengan kegelapan malam yang hanya ditemani lampu di atap gajah menyusur itu yang selalu berkelip2. Bila tiba jam 11.30 malam, aku selalu pastikan yang aku sudah siap ke tandas dan bersedia untuk tidur kerana aku tidak berani untuk berada dalam keadaan sedar selepas jam 12 malam.
Gambar hiasan sebuah gajah menyusur sekolah |
Suasana sangat menakutkan di sekolah aku ketika itu, sehingga hari ini aku masih dibayangi mimpi ngeri itu. Hampir setiap hari akan ada cerita (1) barang hilang, (2) katil bergegar, (3) pelajar kena rasuk.
1. Misteri kehilangan barang adalah yang paling seram. Sewaktu junior ibu bapa aku selalu bekalkan aku dengan makanan ringan, maggi dan air kotak untuk menjadi kudapan aku tatkala aku lapar di tengah malam. Ya aku memang jenis cepat lapar lebih2 lagi waktu malam. Aku selalu simpan bekalan makanan aku di dalam locker yang berkunci, namun aku perasan makanan aku selalu hilang sedikit demi sedikit, bukan aku sahaja malah makanan rakan2 sebilik juga, sehinggalah satu hari habis licin semua bekalan makanan aku, yang tinggal hanyalah nota yang bertulis "Lain kali bawa banyak sikit, kalau tidak mahu kena pukul - Lan Botak".
Lan Botak merupakan pelajar form 5 yang tinggal di bilik sebelah.
2. Setiap bilik asrama memuatkan 20 orang pelajar yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga 5 dengan katil double decker. Aku masih ingat ketika aku form 2, disebabkan aku jenis tidur ganas, maka aku duduk di katil bawah kerana takut jatuh katil manakala katil atas diduduki oleh seorang rakan dari kelas lain. Orangnya sangat baik, lemah lembut dan berwajah halus, boleh dikatakan sangat jambu, namun diwajahnya aku boleh lihat riak wajah seperti seseorang yang dalam ketakutan dan kerisauan, sewaktu malam dia selalu termenung jauh ke luar tingkap, kadang2 aku pun seram dengan tingkah lakunya.
Dan yang paling menakutkan adalah pada waktu malam, waktu aku tengah tidur, tiba2 aku terasa katil seperti bergoyang2 telah menyedarkan aku dari tidur. Aku terdengar suara seperti orang mendengus2 dari katil atas. Aku rasa sangat panik dan takut sebab aku biasa dengar banyak kes kena tindih waktu tidur di asrama aku, dan masa itu aku hanya terfikir yang rakan sekatil aku ni mungkin kena tindih, namun aku sangat takut untuk bangun dan terus pejamkan mata. Perkara ini berlanjutan sehingga 5 ke 10 minit sebelum keadaan kembali menjadi tenang.
Aku membuka sedikit kelopak mata aku untuk cuba melihat keadaan sekeliling, dan aku telah ternampak sesuatu yang sangat menakutkan di mana sebuah lembaga yang menyerupai manusia turun perlahan2 dari katil atas aku membuatkan aku terus tutup mata dan buat2 tidur. Kemudian aku gagahkan diri membuka semula sedikit mata aku untuk memerhatikan lembaga tersebut keluar secara perlahan2 dari dorm kami sambil membetul2kan seluar boxernya.
Ya, lembaga itu adalah Lan Botak yang tinggal di bilik sebelah.
3. Pelajar kena rasuk adalah bahagian yang paling membuatkan aku tertekan. Hampir setiap hari ada sahaja pelajar kena rasuk dan meracau bagai kena histeria. Pernah ada satu kes yang aku sendiri saksikan, waktu itu aku dan beberapa rakan terpaksa berjaga malam untuk mentelaah pelajaran kerana minggu peperiksaan. Jam menunjukkan pukul 2 pagi, sedang aku mengemas2 buku di bilik study yang terletak di tingkat 2 untuk balik ke bilik aku di tingkat 3, tiba2 aku terdengar orang menjerit di belakang aku. Aku lihat seorang rakan bilik aku yang juga duduk di katil sebelah aku sedang menggigil ketakutan di meja belajarnya. Aku tanyakan pada dia kenapa dia menjerit, dia kata dia ternampak sebuah lembaga hitam bermata merah sedang merenung dia dari tingkat 3 blok sebelah, sebelum melompat terbang ke atas bumbung asrama dan menghilangkan diri. Aku gagahkan diri untuk lihat ke atas bumbung tersebut namun tidak kelihatan apa2. Dalam keadaan cuak, aku ajak dia balik bilik untuk tidur.
Aku ingat ia berakhir sampai di situ sahaja, waktu aku baru nak lelapkan mata, tiba2 rakan sebilik aku tadi yang sedang baring di katilnya mula bercakap seorang diri, kemudian menangis teresak2, disusuli dengan bunyi ketawa dan mengilai2. Pada mulanya aku cuba untuk buat tak tahu, tapi bila tiba2 dia menjadi garang dengan suara yang kasar, aku dan rakan bilik lain terus bangun dan buka lampu, kami lihat dia dah meracau2 di atas katil sambil marah2 dengan mukanya yang amat bengis. Terus beberapa orang pelajar memegang tangan dan kakinya serta memanggil warden asrama yang juga seorang guru agama. Masa itu jam sudah pukul 3 pagi, sambil ustaz itu menjalankan tugasnya, kami semua membaca surah Yaasin sehinggalah azan Subuh kedengaran. Sejurus itu pelajar yang kena rasuk itu terus tertidur dan pulih seperti biasa.
Dan kisah rasuk ini tidak berhenti di sini. Keesokan harinya ada lagi pelajar lain kena rasuk di bilik dan blok lain pula malah di asrama puteri juga. Malam lusa juga begitu, dan tulat, tubin dan seterusnya. Hampir setiap malam ada kes pelajar rasuk yang semuanya di antara pelajar tingakatan 1 dan 2, dan ia berlanjutan sehingga 2 minggu. Macam2 dah dilakukan, segala macam ustaz sudah dipanggil cuma Haron Din sahaja belum, namun masih tiada perubahan, sehinggalah suatu pagi Pengetua sekolah kami memanggil semua pelajar sekolah dan warden asrama buat perhimpunan tergempar di dewan perhimpunan.
Dalam ucapannya dia berkata, "Saya sudah penat, fed-up dengan segala kes pelajar kena rasuk dan histeria ni. Kalau setiap hari macam ini, macam mana pelajar2 lain nak tidur, nak fokus pada pelajaran? Selepas ini kalau saya dengar ada lagi pelajar kena rasuk, kena histeria, kita akan masukkan dalam court tennis, di situ kamu nak histeria, menjerit, terpekik, terlolong ke sampai pagi pun tiada masalah, jangan kacau lagi orang lain yang nak tidur dan pergi ke kelas".
Keesokan harinya tiada lagi kes rasuk dan histeria di sekolah aku, dan lusa, tulat, tubin, dan hari2 berikutnya... masalah selesai.
Cerita hantu, seram, menakutkan, siapa yang tak suka? Mohon Tweetfamous sebarkan di Twitter dan Facebook, dan aku nak ada 600 komen kat sini, dengan 11K pageviews!
Inspirasi dari kisah seram Uitm Lendu "Day Eighteen" yang ditulis asal di The Ruzanna Pages. Btw, cerita di atas adalah kisah benar dengan sedikit olahan, namun nama sekolah terpaksa dirahsiakan.
Lagi kisah seram Uitm Lendu baca di MyNewsHub, Melvister, BuatBest dan Sinar Harian.
tags: uitm lendu berhantu #hantudiuitmlendu #prayforlendu trending universiti teknologi mara alor gajah melaka seram takut day eighteen the ruzanna aniza pages blog sebar viral facebook twitter tweetfamous journalist kecoh cerita kes kisah paranormal mistik hantu seram takut tempat kawasan keras puaka cuak tahyul histeria rasuk pelajar mahasiswa mahasiswi kolej misteri sekolah menengah berasrama penuh sbp asrama lelaki aspura perempuan aspuri kawasan kampung bandar mati gajah menyusur junior buli liwat murid senior setan syaitan gangguan makhluk halus saka pontianak santau penanggal hantu makcik karipap buang bomoh pawang
banyak setan kat melaka.......pasal kat melaka ada sekolah terlanjur ali rustam......
BalasPadamTAHYUL JER SEMUA TU.
PadamBANkami
Iblis dan syaitan ada kat mana-mana yang memang tugas mereka memperdaya dan menyesatkan tu kalau manusia sedar cepat-cepat la bertaubat.
PadamManusia yg jd setan pun ada.
BalasPadam+1
Padamada dan banyak. hehe
Apa jadi dekat Lan Botak?
BalasPadamentah... sudah lama tak dengar berita. sudah berkahwin anak 5 barangkali
PadamApa jadi pulak dekat rakan sekatil ko tu?
Padamni sekolah satu jantina je ke?
dengarnya sekarang ni dah jadi PTD dan baru berkahwin. btw ini sekolah 2 jantina, tapi asrama asing2la takkan campur pulak
Padamlan botak jadi pendakwah sekarang.lepas abis skolah dia melanjutkan pelajaran kat al-azhar.yg muka jambu tu pulak presiden kelab transeksual malaysia.
Padamaku mcm dapat agak jer noob ko sekolah kat mane..hehe..lokasinya kat kuala selangor kan kan kan..jawab dgn jujur noob
Padambawah bukit melawati tu ke anon 9:39?? damnnnnnnn! tu askar jepun tak de kepala berkawat pun banyak kot.. ye la, bekas tempat berperang kan
PadamNoob kalau ko wat contest komen paling las bukan stakat 600komen. 1juta komen pun bleh dpt haha.
BalasPadamBhai Ahmad...
PadamYang ini gua stuju... hahaha... bukan setakat sejuta... 100 juta pon boleh.... hahahaha
eh tak jugak..kalu noob wat time takkan la sampai 1juta komen.. noob ni bukan bodoh orangnyer dia genius maa..
Padamorang tua2 selalu cakap jangan 'seronok' sangat pasal terlampau 'seronok' sangat tu lah ada 'tetamu' tak diundang join sekaki.. ni orang perempuan lah selalunya terpekik2 terjerit2 sekali dah kena mula lah histeria sana sini..hmm entohh leee
BalasPadamkenapa lepas pgtua tu bg ucpan xde sapa yg kena histeria? tp mmg terbaiklah ucpn pgtua tu hehe
BalasPadamrasa2 kenapa? kalau dapat jawab memang tere
PadamSebab court tenis tu bekas padang kawad tentera jepun
PadamDikatakan pelajar pernah mendengar orang berkawad di court tenis tersebut dan ada yang perneh ternampak lembaga berkawad di tengah malam.
Macam biasa dengar je kan cerita ni
sebenarnya budak2 itu buat bising jer kan noob..sebenarnyer takder kes hesteria pon..2 yg pengetua 2 cakap gitu kan nak bagi budak2 2 takut..betol tak noob?
Padamhmmm... sbb pengetua itu telah sain satu kontrak perjanjian sama ketua 'penduduk asal' lokasi itu agar tiada lagi kes2 histeria boleh berlaku selama satu jangka masa yg ditetapkan, yg mana selepas tempoh itu tamat, kontrak itu perlu direnew semula bagi mengekalkan keharmonian tempat itu?
Padamlol tekaan merapu semata-mata...
setiap skolah dan mana2 institusi pengajian pun ada cerita misteri nusantara masing2.. aku rasa tak ada tempat yg betul2 bebas dari gangguan2 misteri/tak brapa nak misteri ni, cuma kita jangan jd taksub dan lemah smangat ngan 'dorang' ni... kalau mcm kes Lan Botak tu, patut report terus kat pengetua, kalau pihak sekolah tak nak amik tindakan kat budak tu, mmg teruk la... budak tu 'somebody' ke kat skolah tu? x de sape brani report? atau sbb dak tu dah form 5 so smua amik keputusan utk bersabar je, x lama lagi dia nak brambos? haish patut kena ada cctv nih kat hostel..
hahaha lawaklah plain. sebenarnya masa tu ada seorang senior yang macam alim2 sikit, dia tahu kegiatan senior2 yang lain macam kaki liwat, main judi, lompat skodeng asrama perempuan, hisap ganja dan macam2 lagi kejahatan, dia nak tegur atau nak report kat cikgu pun tak berani sebab geng2 tu gangster kat sekolah, so dia pakatlah dengan budak2 junior suruh diorang buat satu drama histeria kena sampuk dan rasuk.
Padamso bila dah banyak sangat kes 'rasuk lakonan' ni, masa dia bagi tazkirah kat surau dia cakap la kes2 rasuk ni disebabkan syaitan suka berkampung kat sekolah kita sebab sekolah kita banyak sangat maksiat berleluasa, so dia mintak student2 lain jangan buat maksiat lagi untuk mengelakkan dari syaitan2 ni datang lagi kacau student2 lain.
masa tu pengetua sekolah pulak jenis hati kering, tak percaya sangat tahyul2 ni, tu yang sekali dia bagi warning nak campak budak masuk court tennis terus drama stop.
owh..hewhewhew
Padammasa aku kat asrama dulu kita orang junior buat union rebel kat junior terpaksa warden masuk campur setelah di siasat samseng2 kamsung dusun ni telah kena buang sekolah.. Padan muka.
Padamhaha tekaan aku betol sekali walaupon tak 100% la..mmg tak der kes hesteria pon kan..tapi teruk la ek sampai ader kaki liwat..ish ish ish
PadamWaktu baru nafsu nak naik ni.. tak dapat perempuan jambu pun dibelasah.. Biasa kat sekolah sejenis je berlaku.. sekolah campur pun berlaku.. memang nafsu songsang tu..
PadamWaktu aku sekolah campur.. asrama putra dengan asrama puteri tak jauh.. Kes mengendap tu biasa dah budak nakal ni.. couple tu pun biasa la.. dah budak sekolah menengah ada couple sesama tingkatan ada senior dengan junior..
kenapa aku rasa mcm pernah dengar je cerita ni?ko skolah mana dol?
BalasPadamKadang cerita-cerita kat sekolah asrama ni macam cerita saduran atau ulang tayang kan.. Macam benda tu berlaku juga kat sekolah diseluruh negara.
Padamlan botak adalah hantunya
BalasPadamhantu sodomi dengan hantu tapau.
nasib hang tak letak racun tikus lam bekal megi untuk dicuri tu.
berani betul si lan botak tu.. org nak keluar bilik pun dah ketak2 takut, dia siap leh mencuri gelap2 lak tu.. wa salut!
Padam:D
BalasPadamhai sayang.
Padamamboi ahmad... lepas cik lin ni letak pic dia yang cun-melecun tu, terus je ko nak sayang-menyayang ye kat sini.. sudah la ko. kitorang semua tau hanya noob sahaja yang betul2 telus dah ikhlas terhadap cik lin.
PadamYe btl kami dari persatuan anon mendoakan agar jodoh cik lin dgn noob si patrik lurus bendul bekekalan hingga ke jinjang plamin. amin.
PadamAhmad pun letak gambar dah? lol
PadamPON dah dalam circle Lyn hik hik hik :)
Padamsampai dalam circle orang pun ko check ye, stalker betul. mohon jangan buat apa2 spekulasi dan kaitkan cik lynn dengan aku yang bangang ni ok. kesian cik lynn kita.
Padammane de anon 10:14 stalk ko la.. dah jelas terang lagi tak payah bersuluh ko ada dlm circle cik lin.. yela sbb 12 org je baru dlm circle tu kan..
Padamtakpela noob, lagi kesian kalau cik lin jatuh ke tangan ahmad yang forever alone lg vangang tu.. kuikuikui
Noob ni malu2 kucheng lak jual mahal. sbb tu sampai skrg x bebini. Rugi noob if x usha cik lin yg baik ahti ni hehe.
Padamala noob... cik lynn tu pon mcm on jer dgn ko kn..ape lg...try la..malu2 plak kau kn..haha
Padamkami doanakan yang terbaik je la
PadamEh bukan niat nak stalker PON
cuma aku nak stalk ahmad ni ada tak dalam lyn lol.
Woha Google Plus eh,,
Tapi sekolah memang banyak ceritanya
BalasPadamSekolah rendah aku dulu belakang yu belukar dikatakan tempat jepun memengal kepala haish iye ke?
Sekolah aku dulu (rasanya sekarang dah dirobohkan) rekabentuknya serupa macam balai polis bukit kepung. Tandas kat belakang paling gerun dah la buruk usang ditambah dengan cerita-cerita zaman jepun.. memang kalau nak terkencing pun boleh masuk balik.
Sekolah asrama pula menyimpan kisah tersendiri kisah senior "fly" malam melalui lorong tikus.. Kisah merokok.. kisah mengendap (Noob ko tak mengendap asrama puteri ke? lol). Kisah hantu memang tidak dapat dipisahkan lebih-lebih lagi musim hantu.. memang gerun..
Begitu la sekolah mungkin paranomal mengemari lokasi sekolah kerana ianya sumber ilmu.. selain sekolah dijadikan kawasan penempatan mangsa banjir
cerita mak cik karipap?
BalasPadamp/s: adik nak kuih karipap tak? hhhuuuu~~~
adik nak beli kuih karipap tak? :p
Padamgambar bumbung sekolah tu gambar betul ke ha???babi betul cuak sial aku
BalasPadamtengok gambar bumbung pun cuak?
Padamlol
dgr cite bnyk 3gp kt uitm tu..klo ade cutting2 sket kawan2
BalasPadamthe truth is hurt so they lie..ghost stories is one of them..
BalasPadamcerita hantu kat sekolah asrama macam recycled je, semua sekolah ada citer lebih kurang
BalasPadammacam sekolah aku dulu ade minah ni mengandung, bunuh diri, gantung diri kat kipas (kat dalam dorm aku lak tuh)
tapi masa hujung tahun 1999 (aku form 1), balik dari surau, bebudak satu hostel dengar bunyi orang hentam locker2 kuat2 dari depan sampai belakang dalam dorm aku. sorang pun x berani naik, bila pak guard and ustazah check, tak jumpa apepe, satu kerosakan pun xde kat locker2 tuh
KAH KAH KAH
BalasPadamLepas cite Lan Botak, aku dah malas baca.
hantu asrama..sme je citernye.ceruk mana pun,sme je kisahnye.mestilah sama..hantu2 tu semua masuk skolah asrama,kira hntu yg pandai2 la tu.diorang pun berhubung gak antara satu sama lain..inform skill2 baru nak kacau budak asrama.
BalasPadamlol terbaik
PadamBetul tu kami sentiasa update plan kami dalam menjual karipap kami menerusi sistem MLM atau online. Jadi kami ada banyak masa menjengah pelajar-pelajar pada lewat tengah malam. Mereka selalu kelaparan kesian mereka.
Padamjin ada di mana2~ perkara biasa la~ yang pompuan rajin pakai seksi2 & tak buat amalan2 tu~ kena jilat lah dengan jin, mane korang perasan, dah kena gigit, baru nampak lebam~ syok jadi jin, boleh skodeng~ hohoho~
BalasPadamMacam sekolah sains tengku abdullah raub je
BalasPadam