Rabu, 23 Januari 2013

136 Susahnya nak kahwin zaman sekarang

Nak berkahwin sebenarnya amat mudah. Kalau ikut rukun nikah hanya ada 5, pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, Dua orang saksi lelaki serta Ijab dan kabul (akad nikah), itu sahaja, dan segala yang haram sebelum ini menjadi halal.

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay & Fathuddin
Tapi zaman sekarang kahwin ni dah jadi sangat susah dan membebankan, kerana nak kahwin kena ada:
  1. Pengantin lelaki
  2. Pengantin perempuan
  3. Kad kahwin brochure/booklet, banner, kain rentang, bunting
  4. Pre-wedding photoshoot
  5. Duit hantaran RM30,000
  6. Hantaran berdulang2
  7. Wali
  8. Dua orang saksi
  9. Ijab dan kabul di masjid/surau (yang wanita pakai tudung)
  10. Photoshoot semasa majlis nikah
  11. Make-up artist
  12. Majlis perkahwinan sebelah perempuan di PICC Putrajaya (pengantin perempuan dah tak pakai tudung dan pakai baju dedah dada)
  13. Pengacara majlis, kumpulan kugiran dan nyanyian dari artis terkemuka
  14. Slide video sejarah hidup pengantin dari kecik sampaila kahwin
  15. Ucapan mak bapak pengantin dan VIP serta aktiviti merenjis dan tepung tawar
  16. Meja makan pengantin khas bersama para VIP
  17. Kek kahwin 8 tingkat yang hanya diguna untuk potong sahaja
  18. Photoshoot semasa majlis perkahwinan
  19. Ulang semula step 12 - 18 untuk majlis sebelah pengantin lelaki di Dewan Perdana Felda.
  20. Post-wedding photoshoot
  21. Wedding storyboard photo album
  22. Honeymoon di Bali
  23. Dan lain2 lagi...
Kalau berkekalan sampai mati tu kira berbaloi la jugak, tapi ada yang habis beratus ribu, 2 3 tahun cerai. Kalau yang kahwin sampai habis berpuluh beratus berjuta tu memang artis, ahli perniagaan atau ahli politik yang kaya tu boleh tahan lagi la, tapi tahu tak bila golongan2 selebriti ni bermewah2 time nak kahwin serta mempopularkan trend dan budaya2 mengarut masa nak kahwin, malah ditayang pula dalam TV, majalah, Internet, sedikit sebanyak ia mempengaruhi golongan2 rakyat marhaen yang tak berapa nak berduit ni untuk berhabis2 juga semata2 untuk kahwin biarlah berhutang sekalipun buat loan sampai 20 tahun semata2 nak kahwin dengan mewah, dengan alasan "Ala kahwin sekali seumur hidup je, bukan tiap hari pun kahwin, aku nak juga majlis kahwin aku macam Yusry dengan Erra Fazira ala2 garden dulu, tak pun dapat kahwin gaya ala2 tentera macam Farid Kamil dengan Diana Danielle pun OK walau aku bukan tentera".



Macamlah kau tahu ko kahwin sekali je seumur hidup, ntah2 lepas tu tiba2 bercerai atau laki/bini kau mati awal dulu ke, lepas tu nak kahwin lagi, tak ke dah kahwin lebih dari sekali seumur hidup? Dan sebab kau bukan tiap2 hari kahwin la ko kena berjimat cermat, yelah ko kahwin sehari je pun tapi beribu2 duit habis semata2 untuk satu hari tu je, hari2 lain yang ko nak kena tanggung anak bini makan, tempat tinggal, nafkah apa semua tu ko kena hadap tiap2 hari. Kalau yang berhutang tu lagi kesian.

Gambar pre-wedding Khairul Fahmi & Leuniey
Aku bukan nak kondem sapa2, tapi biasanya bila tiba bab kahwin, orang perempuanlah yang selalunya nak macam2 buat kad kahwin mahal2 la, nak buat pre-wedding/wedding/post-wedding photoshoot siap dengan storyboard album lagi, ambik pulak photographer mahal2 kalau boleh nak Saiful Nang, habis RM10,000 semata2 untuk gambar kahwin sahaja pun sanggup walau tak sampai 2 3 bulan semua album2 tu akan duduk berkulat dalam almari. Lelaki ni pulak sebab sayangkan bakal bini maka diturutkanlah sahaja sehingga sanggup buat loan beribu2 kat bank dengan bayaran ansuran sehingga tempoh 10/20 tahun.


Entahlah, mungkin sebab tu ada orang lebih prefer kahwin dekat Siam, lagi mudah malah Majlis Fatwa pun dah cakap kahwin di Thailand sah. Mungkin sebab tu juga Ustaz Fathul Bari memilih untuk berkahwin di Siam malah Anwar Ibrahim juga dulu dikatakan berkahwin di Siam juga seperti di blog MyMassa ini. Lain2 orang ternama yang berkahwin di Siam seperti Aida Khalida dan Joe Radzwill, Aidil Zafuan dan Rita Rudaini serta penyanyi Aishah dan suami. Mungkin kerana mereka sendiri merasakan betapa rumit dan susahnya prosedur nak berkahwin di Malaysia menyebabkan mereka memilih untuk berkahwin di Siam?


Maka jadilah orang yang nak berkahwin sekarang ni rata2 sama ada mengikut trend bermewah2 seperti golongan selebriti yang kaya2 ini, ataupun kahwin kat Siam terus. Yelah kalau selebriti, pemimpin dan ilmuwan agama boleh memilih untuk berkahwin di Siam, kenapa aku tak boleh? Malah kelemahan dalam urusan perkahwinan di negara kita ini diakui sendiri oleh UFB yang sebelum ini menyatakan "Nikah kahwin dalam negara kita ada banyak isu yang kadang2 benda tu lambat sangat disettlekan, jadi kita mintak pihak2 berwajib supaya lebih membantu untuk menyelesaikan isu2 perkahwinan dipercepatkan urusan" seperti dalam video ceramah beliau ini:


So macam mana nak ubah mindset orang2 melayu, bakal2 pengantin, mak bapak pengantin, jabatan agama, pihak2 berwajib dalam memberi kesedaran dalam dan memudahkan urusan perkahwinan itu sendiri, at least dapat mengurangkan kes "kawin dah, nikah belum" di kalangan couple2 yang masih belum berkahwin kerana merasakan urusan kahwin tu sangat susah dan tidak mendapat restu dari mak bapak kerana pakwe anak dia tak boleh nak bagi hantaran RM20,000 pada anaknya yang ada PhD. Dan kerana susah sangat berkahwin ni juga ada yang sampai jadi bujang terlajak atau perawan tua.




tags: ustaz fathul bari kahwin nikah siam thailand kenapa punca lari dr asri maza perli twitter kutuk aib isteri dua maria joy erlano warga filipina philippine agama asal kristian rukun trend budaya ambil gambar photoshoot fotografi majlis pra pre post selepas sebelum liyana jasmay fathuddin erra fazira yusry garden wedding cerai farid kamil diana danielle pakai baju tentera polis istiadat khairul fahmi apex leuniey aida khalida joe radzwill aidil zafuan rita rudaini hak penjagaan anak aisyah suami isteri pengantin lelaki wanita jabatan agama

136 ulasan:

  1. Tak nak pre-wedding, kalau waktu pre-wedding photoshoot dah kiss pipi dah peluk peluk bagai nanti kahwin apa lagi yang tinggal? Sama je gambar nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. post wedding lak gambar baru lepas sah cerai kat mahkamah syariah pakai spek itam...cerai sbb bini didapati tiada perawan pada malam pertama.......juga adat zaman skarang.........

      Padam
    2. apa yang dah tinggal? tinggal benda yang sama lar. bukan habis pun cium ker gomol ker sebelum kawin. lol btw ape yang tinggal itu bukan persoalannya.

      Padam
    3. Tingal hutang dan dosa kalau tak bertaubat :)

      Padam
    4. boleh je pre-wedding.. tp x perlu peluk2. imam muda yg kawen aritu, sape ntah tak ingat, ok je pre-wedding nye.

      Padam
    5. since 4 sumber hukum dalam islam yang utama tak termasuk imam muda, so ape imam muda buat tak semestinya menjustifikasi perkara tersebut ada dalam islam.

      hukum pra kahwin by ustaz zaharudin.

      1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)

      Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-

      a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)

      Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).



      b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :

      Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

      Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

      Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

      Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

      "Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.


      http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1011-gambar-pra-kahwin-dan-selepas-kahwin.html

      Padam
  2. Siapa kata kahwin itu susah?? Soal jodoh itu ketentuan ilahi..sbg kaum muslim kita diwajibkan untuk berusaha mencari keberkatan melalui perkahwinan yg halal.. lg sempurna sekiranya ada sikap toleransi(kesefahaman) dan komunikasi yg serasi antara pasangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa kata? tak baca entri ker? noob la yang kata.

      Padam
    2. ayat buku teks

      Padam
    3. Masalahnya bak kata noob syarat2 yang di tetapkan oleh keluarga pengantin yang menyebabkan kahwin lagi susah, lebih2 lagi yang tak ikut agama.

      Padam
    4. jadi yang ikut manusia ni lebih susah dari ikut agama la kan

      Padam
    5. manusia suka memberat2kan perkara

      Padam
  3. socom abang fatul bari. lama tak singgah 5th. ramai pengikut abang rindu wooo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus betul Abag Fatul ni dapat bini baru dapat islamkan orang lagi.. :)

      Padam
    2. Agama kalau disusahkan, akan jadi fitnah. Sememangnya agama itu mudah. Kes Ustaz Fathul Bari kahwin di Thai menggambarkan jabatan agama menyusahkan orang Islam sendiri. Apatah lagi bila melibatkan hal kahwin dan tukar agama, sepatutnya ia dimudahkan mengikut syari'at, bukan birokrasi dan adat yang melampau. Semoga Ustaz Fathul Bari bahagia hingga ke syurga. Ameen. :)

      Padam
  4. wah bgs entri ni!ms akk kawin dulu 2002 blm femes menatang pre-wed shoot mak shoot ni,hah.akk mmg pelik zmn la ni pre-wed shoot tu dh mcm psgn yg bkawin pgg situ,renung sini,nk bagi 'feel' ye x?tu blm lagi time makan kdri di hotel,mcm sepupu akk kawin br2 ni.perut dh lah lapar,tp dihidangkan dgn video dr zmn kcl-bjmpa-bcinta-melamar=kawin adeih!

    duit lbh byk nk pakai slps berkawin.kena sediakan duit kecemasan,duit rwtn khstn isteri ms mengandung,duit bersalin,duit berpantang,duit susu,mknn utk baby dll.kena juga bajet duit balik kg jengok keluarga mertua,keluarga sdri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam video tu kompemmm takde tunjuk dia pernah kapel dengan orang lain dulu sebelum dia jumpa husband dia kan? :p

      btw, kalau tak kawin pun atleast kena ada saving 6 bulan gaji.

      Padam
    2. mecha dey

      Kalau tunjuk semua ex girlfren ex boyfren lagi mahal la nak upah diaorang lagi masuk video lor.

      Padam
  5. masa tgk final maharajalawak mega kat kedai makan,de iklan salah satu daripada rancangan cerita pasal Apex dan bininya tu,pastu ada sorang pakcik cakap "udah2 la tu,org lain pun kawin jugak.Semua benda nak ceritanya.tiap2 minggu dok tunjuk diorang romen kat TV".hahahah.betul jugak..jgn la melebih-lebih nak tunjuk kat org betapa bahagianya perkahwinan diorang..kang tkut pada masa depan,gaduh cerai pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoh baca komen ko ni, tetibe tingat kat lagu ajai menyanyi dgn nurul dulu tu, pe tajuknye? "serasi bersama"? last2 jd ape?...hmmmm :(

      moral of da story, jgn terlampau gedik sgt kot...masa depan Allah s.w.t je yg tau.....

      Padam
    2. Kawin tu mudah nak mengekalkanya payah..

      Padam
    3. betul tu.berpada-pada.tak perlu sampai setiap minggu ada rancangan pasal diorang kat tv.kita semua doakan diorang bahagia.tapi kalau dah melampau mcmni,tak pasal-pasal ada org yg sumpah seranah dan menyampah.

      Padam
  6. slm brader noob,

    aku nak kongsi sikit pengalaman aku yg akan menamatkan zaman bujang tinggal lagi 2bulan.

    btw aku sokong pendapat noob, sbb itu pandangan dari perspektif lelaki. tapi kena ingat pula pandangan dari orang pempuan. Majoriti pempuan di dunia mahukan yg terbaik utk majlis pernikahan diorang. kecuali jenis solehah yang sangat kuat akan pegangan agama. diorang jenis tak kisah asalkan majlis walimah tu ikut betul2 syariat so tuhan akan bg berkat. tapi berapa ramai je yg solehah diantara berjuta pempuan di malaysia ni? aku pun tak mengidamkan wanita solehah sbb aku sendiri pun xsoleh. asal baik dgr kata sudah.

    Skrg ni paling sengkek duit nak kena ada utk majlis kawin pun 20K. mcm aku, aku yg keluarkan semua belanja sebab fiance aku pun tak berduit. so semuanya di atas bahu aku. kalu di ikutkan mau aje aku nak wat cara simple., tapi kena pikir. kita idup di zaman Barang Naik. Suma barang mahal. bukan zaman 80 an. katakan lah ko tolak pelamin fotographer segala mak nenek bagai.. kos masih lagi tinggi bhai. Untuk majis kenduri makan + sewa kemah je dah 5K. haa tu belum campur barang kemas + hantaran sbg hadiah kpd bakal isteri.

    Mcm ni la hidup pd zaman sekarang, segala galanya mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpela.. anggap je emas tu sbg hantaran kpd isteri sbg pelaburan dia.. skuran2 nya emas tu pelaburan. tp harga yg berpatutan dgn kemampuan ler...

      Padam
    2. selamat pengantin baru tengah malam.

      Padam
    3. Takan tengah malam je? lol

      Padam
    4. tengah mlm menangis seorg diri mengenangkan dosa

      Padam
  7. Masa aku kawen dulu,sgt simple sbb mak ayah aku tanak peduli pun apa org nk kata.Even aku ada degree,mak ayah aku x letak hantaran,terpulang kat laki aku nk bg baper.Laki aku ckp dia mampu RM5K jer,kalo nk lebih dia suh tunggu lg 2 thn.Mak ayah aku x kisah,janji kawen.No pre wedding photo shoot,gambar kawen pun pakai kamera sdr,baju nikah beli kat Nilai x sampai RM100 kos,x pakai mak andam,kenduri pun biasa biasa ajer takde DJ karaoke bagai,kompang pun xder,pelamin pun xder.Alih alih org mengata mcm mcm,kedekutlah,berkira lah,tak ikut adat lah,apa lah.
    Yg menyusahkan ialah bila kita dengar cakap org sekeliling.Walhal diorg mengata sebulan dua ajer,pastu diam lah.Yg nak teruskan hidup kita jugak,samada nk dibebankan hutang kawen ataupun tidak.
    Alhamdulillah,dgn decision parents aku,segala urusan dipermudahkan.Seminggu sblm majlis,ada kawan ayah aku sedekah beras dua tiga guni walhal kitorg mampu jer nk beli.Ayah aku xnak ambik duit dr tetamu ms salam,diorg tetap gak bagi kat aku,hadiah katanya.Lepas setahun nikah,kami dh mampu beli rumah sdr.
    Kita sbg masyarakat,tak usahlah mengata kalo pengantin buat sederhana dgn anggapan keluarga pengantin kedekutlah,apa lah.Yg kita plak,takyah pikir sgt lah pasal cakap cakap org.Lantak lah nk ckp apa pun.
    Bukan masalah nk jadi solehah dgn ceritakan bende ni,tp pointnya,ramai pengantin nk buat besar besaran sbb fikirkan,"Nanti apa plak org kata?".
    Dah sampai masa kita ubah mentaliti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku senang je kalao orang mengata. aku akan pikir/cakap "Korang ke yg jaga makan minum aku nak membazir2 utk korang? Kira aku bg makan/kenduri pn kira bersyukur la sbb yg tu mmg nak bagi tetamu makan. ktorang sanggup korbankan (duit) di bahagian ktorang (pengantin) sbb nak bg tetamu makan at least sedap2 la skit. kalo korang nak sponsor, meh la bg duit sorang rm5 ribu."

      peduliik je ape orang nak kate. bukan dorang yg nak kawin dgn kiter atau nak sara kehidupan kiter lepas kawin kang. padahal parents kiter takde nak kate ape pn atau takde nak lebih2 pn. ptuih!!

      tp yg penting kena habis duit kt tetamu dulu la bg dorang makan... tp tup tap tup tap pn kena habis skuran2 nya rm5 ribu... huhuhuhuhu

      Padam
    2. Sama la dan Alhamdullilah Arwah Bapak Mertua aku memahami. So takda la minta bukan-bukan. Wife pun ok sama-sama kongsi carik barang beli etc. Salinb bantu membantu. Mas kawin memang kena save le. Kena tunjukan komitmen kita. Tu baru nak kawin dah kawin banyak lagi komitmen kena buat dan tunjukan.

      Percaya satu je kalau niat baik, Isya'Allah tuhan akan tolong permudahkan.

      Kalau nak kawin susah dah kawin lagi susah banyak cabaran dan halangan kena tempuh.

      Padam
  8. betul la ckp ko noob...zaman skrg pompuan sume nk mewah2..padahal xpkir mase depan nnt ssh kalo nk bayar hutang mase kawen nt... kawen nk mewah, hantaran ape sume da 20k abes...tu xtrmasok bnda laen lg..kalo da ade sume bnda xpe, ni rumah kereta pon sewa lg.. lmbt2 kawen karang jd maksiat pulak...mak bapak skrg perlu lebih fikir anak2, jgn kalo dorg nk kawen awl, korg halang..janji Allah tu pasti, sape berkahwin akan di tambahkn rezeki, dapat anak, rezeki lagi... Allah tentukan sume..percaya jela kt Allah...kawen awl tu bgos..tp mentaliti org pompuan skrg sgt narrow...sume nk mewah...lelaki jkg kena tggung...pyh la cm tu... kawen ala kadar je..jnji dpt berkat n restu...

    BalasPadam
  9. Yang penting kawin sebab bukan ditetapkan oleh UMNO-BN. Ikutlah kawin cara PAS. NEscaya si lelaki mampu untuk kawin sampai 4 isteri.

    BalasPadam
  10. kalo laki tu kaya pn, aku taknak hantaran rm20 ribu, tp nak maskawin rm20 ribu. boleh menyimpan di masa akan dtg. sbb hantaran ni lebih kepada barang2 barangan ek. bukan wang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada duit hantaran juga hantaran berupa barang

      Duit hantaran ni ada bagi awal kat keluarga perempuan sebagai persiapan ada juga yang bagi masa rombongan perkahwinan.

      Padam
    2. Ko mintak Mas Kawin mahal sebab Mas Kawin tu 100% milik Isteri :)
      Selagi Suami tak bagi dia tak boleh sentuh ko.

      Padam
    3. kenape? kalo duit/barang hantaran bukan 100% milik si isteri jugak ke? maskawin atau duit hantaran, yg penting kalo isteri tu bertimbang rase, mmg dia akan bg keluarga die duit tu utk cover skit duit blanja kenduri.

      Padam
  11. Kalau dah takde duit tak payah kahwin. Jadi je bujang terlajak atau andartu. Bukan masalah pun. Insyaallah di syurga nnt adalah pasangan untuk kita. Jangan ikut nafsu sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rugi takda keturunan lol

      Padam
    2. Ye setuju. anak2 harta yg xternilai. Bila kita mati
      nanti doa anak2 akan mejadi penyelamat
      dari fitnah kubur.

      Padam
    3. Anak ni macam investment sebab kalau tak didik betul2 jadi blood sucker drag ke neraka pulak kat akhirat nanti

      Kalau betul didikannya boleh jadi penyelamat insya'Allah

      Padam
  12. hantaran aku, aku yg tetapkan sendiri, aku guna untuk bayar walimah sebelah aku (parents aku tambah sikit). bapak aku tak bg letak banyak sbb tanak susahkan pihak lelaki. yg lain (baju/mekap/photoshoot) beli & bayar sama2 di samping parents sponsor mana2 yg mereka mau sponsor. photoshoot pun amik member tunang aku so dapat harga murah giler untuk pre-wed(ni membe tu yg nak buat) + walimah dua2 pihak.

    mende ni mudah je, buat la sama2. kalau ada yg buat loan tu pun bayar la sesama,tak la rasa berat sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat pengantin baru hime s.

      setuju dengan kamu. benda ni memang mudah jer sebenarnya. cuba tengok kondisi berikut:

      lelaki kaya aka ada duit bertemu mertua yang berduit=mudah

      lelaki biasa-biasa bertemu mertua biasa-biasa(nafsu biasa)=mudah

      lelaki miskin bertemu mertua miskin(nafsu miskin)=mudah

      yang susah:

      lelaki biasa(nafsu biasa) bertemu mertua kaya(nafsu kuda)=susah

      lelaki biasa(nafsu biasa) bertemu mertua biasa(nafsu kuda)=susah

      lelaki miskin(nafsu biasa) bertemu mertua miskin(nafsu kuda)=susah

      dan...etc...

      Padam
    2. Yea betul mecha nafsu dari hati bukan la sebab orang sekeliling tapi sebab nak puaskan hati jadi la alasan orang kampung la keluarga la itu dan ini.

      Tu yang orang cakap nak jaga hati.. Hati mertua hati mak bapak hati semua orang yang seksa dan merana hati sendiri kena tangung hutang

      Padam
    3. ahaha memang susah kalau kne 3 yg last tu..all the best untuk korang sume

      Padam
    4. mak aku ada cerita dulu.. ada org kat kampung aku, dia tak letak hantaran. then laki tu langsung tak bagi hantaran.. cuma mas kawen je. kesian kenduri org tu. yelah, org kampung aku tu pun bukannya orang berada.

      kalau kat selangor nak buat catering, almaklumlah, bujang2 n anak dara skrg pemalu dah semuanya. jarang nak nmpk muka time kenduri, termasukla aku dulu (atau name singkatnya pemalas). haha. kalau catering satu kepala rm8 kalau sekali dgn pelayan. then korg kire la if jemputan korg 500orang,kali dengan 2 sebab bawak pasangan. So tetamu yang dijangka dtg 1000orang. 1000xrm8 dah rm8000. tu baru bab makan.. belum lagi kemah, doorgift, blabla

      senang cite kalau dah jadi mak bapak, bersedialah simpanan untuk anak2, bukan je simpanan belajar dorg, tp simpanan utk tlg support sikit kenduri kawen dorg jugak.

      -p-

      Padam
    5. kakak dan sepupu aku kawin pun tak letak hantaran. tapi suami sepupu aku tu bayar rm13k. berdasarkan apa ma aku cerita, mak sedara aku topup rm30k dan aku pun faham yang sepupu aku tu anak perempuan tunggal dorang. majlis buat di dewan cina pada sebelah malam. siang buat di kawasan kediaman. takda live band, cuma ada dj, set karoake untuk orang kampung.

      kalau rm8000 tu memang standard cikai sangat dan aku pun faham kondisi zaman sekarang. set bilik pengantin, alat mekap, persalinan 2-3pasang, barang kemas, siapa nak bayar?

      Padam
    6. amik restoran senang, full set excluding pelamin n baju pengantin for 1000 pax = RM8500.

      Padam
  13. betol kata noob.. sy menjadi mangsa kerana permintaaan keluarga.. nak serba serbi grand.. skit2 duit..kalo dpa nak huloq xpa gak,ni sat2 nak duit bayaq itu nak bayaq ini..kalo buat kenduri kecilan dpa kata takut org kampung kata pengantin terlanjur..hantaran kena rm10ribu sbb ada diploma dan keja gomen... buat pinjaman rm30k utk kawin tak termasuk wang hantaran pihak laki..sekarang merana krn hutang kawin yg kena tgg 20tahun.. kadang2 bukan sbb bakal pengantin tu demand..tp family pengantin tu yg nak jaga standard sbb dpa 1 kampung kenal..kena la buat grand2 padahal sekupang pun dpa tak bg.. sedih2

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan terlalu sedih dan kecewa. anda bukan anak melayu pertama.

      Padam
    2. kasihannya -__- apalah mentaliti macam ni

      Padam
    3. Tengok juga family ada jenis request bukan-bukan. Takda nak hulur satu sen pun. Masa aku nak kawin dulu ada la pakcik aku sugest sewa bas semua sebab aku kawin ngan orang utara boleh pergi bukit hitam sekali. (Dalam hati nak hantar aku ke nak pergi shoping)

      Aku bengang aku cakap je maaf aku takda duit nak sponsor bas kalau boleh hulur takpe. Terus dia diam. Kadang permintaan melampau-lampau ni tak boleh dilayan sangat lain la kalau ko kaya raya.

      So kalau mampu buat kalau tak minta maaf aje la. Ala manusia sehari dua bising lepas tu lupa. Bukan hati semua orang boleh jaga dan kita puaskan.

      Padam
    4. sama la mkck aku.. time sepupu aku kawen kat kelantan.. beriya dia suruh tempah bas.. pastu sepupu aku minta tolong hulur sorg rm30 je sekepala.. tu pun mkck aku berkira.. suruh kite sediakan kemain.. dia nak hulur rm30 pun tak nak membantu. last2 senak sedara yang lain je yg join. dia dok rumah diam2. wakaka

      -p-

      Padam
  14. Mungkin sebab sekarang dah bebas longar boleh dating couple takda sapa halang.. tu pre-wedding pun bleh peluk2 cium etc. Bukan je yang duduk luar dari keluarga yang ada mak bapak pun mak bapak bagi atas nama kebebasan kununnye..

    Nak kawin buat apa kalau dah boleh buat semua apa yang orang kawin buat.. bepeluk bercium beromen sesuka hati. macam kat barat duduk serumah macam laki bini ada anak pun selamba je.. kalau mungkin ada kesedaran anak dah besar baru nak register. Kat Malaysia kawan aku Chinese pun sama tak kawin tetapi sama-sama jaga anak diaorang.. Ada juga yang dah mengandung abru nak register..

    Bagi orang moden yang takda agama kawin hanya proses undang-undang juga insuran bagi mendapatkan tuntutan kalau berlaku apa-apa kelak.

    Bagi Agama pula perkahwinan bukan sekadar perlindungan tetapi menghalalkan apa yang tidak halal bagi lelaki dan perempuan tu dalam Islam ada aurat muhrim dan bukan muhrim.. dah kawin tiada aurat antara suami dan isteri ko nak belek setiap lekuk isteri ko pun takda hal, isteri nak belek setiap lekuk suami pun takda hal dah takda batasan aurat. Selain menjaga ketulenan susur galur keturunan juga sahsiah.


    BalasPadam
    Balasan
    1. masa aku kecik dulu cuma ada pra sekola. sekarang baru tahu ada pra perkahwinan. agak ketinggalan juga aku ya.

      ini mesti budaya dari nona dan melodi.

      Padam
    2. budaya dari mereka lepas itu diporpularkan di media massa tu yang rakyat marhain pun terikut-ikut sebab nak rasa seronok.

      Hati yang seronok sekejap lebih penting dari hati yang merana lama sebab kena bayar hutang :)

      Padam
  15. masa student

    makcik2 : bila nak kawen?

    masa dah kije

    makcik2 : bila nak tamat zaman bujang?

    dah kawin

    makcik2 : bila nak ada anak?

    dah ada anak 1

    makcik2 : bila nak tambah anak?

    dah tambah anak

    makcik2 : asyik beranak je bini ko tu..


    abes tu nak buat macam mana baru makcik2/org kampung ni puas hati?nak mengata je!

    (cerita rekaan yang realiti)

    BalasPadam
    Balasan
    1. meh aku tambah selepas 20tahun kemudian
      makcik 2: bila nak dapat menantu?
      makcik 2: bila nak dapat cucu?
      makcik 2: bila nak tambah menantu
      makcik 2: bila nak tambah cucu? (lelaki/perempuan)

      kite: bila makcik nak mati?

      haha

      Padam
    2. Takda pulak makcik tu tanya bila nak pergi Haji pulak ye?

      Padam
    3. makcik tu tanya je, xde pon kata salah... org yg dengar tu je pk negatif, sbb xdapat apa yg dia nak

      Padam
    4. Dah asik jumpa makcik tu tanya bukan2 agak menjengkelkan rasanya

      Padam
    5. anon 11:54, kite bukan Tuhan untuk menentukan BILA kite akan memperolehi sesuatu yang kite tak pasti or future.

      Padam
    6. mmg lumrah manusia utk bertanya semua tu. senang citer jawab jer la kalo rezki ada, adalah.. tp kalo dia potpet2 gak lepas tu smpai mcm nak perli atau provoke, haaa yg tu mmg nak kena ahh cili mulut tu..

      Padam
  16. Semuanya sbb adat melayu...yg dah masuk sikit unsur org putih, org cina, org india. 1 Malaysia katakan..kaya dgn adat

    Sbnarnya kawin ni simple..just perlu follow rukun nikah yg 5 je. Tp yg lain2 byk pulak ditambahnya mcm seperti rukun nikah lain plak mcm hntaran, cincin, kenduri, photografi etc.

    Kalau bab sembahyang, yg 5 pun payah nak buat x termasuk amalan2 sunat. Secara jujurnya, amalan kawin adat Melayu ni lebih kpd menunjuk2. Kalau x menunjuk2..rasa2 kos kawin simple je. MEreka kata diaorg mampu nak buat semua 2 n xde niat nak menunjuk2...tp trg2 lg bersuluh yg maysrakat tgk mereka menunjuk2 dgn kemampuan mereka ada.

    Ingat, kawin/nikah 2 satu ibadah...ibadah yg x ikhlas (menunjuk2) x berkat, maybe x diterima juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko kawin ritu camne? melayu ni cakap jer lebih2..last dia buat..

      Padam
    2. Dah 1Malaysia Semua campur tu jadi rojak.. dari Cina India Budaha Hindu Kristian Bengali Jawa Bugis Siam.. hampri semua ada..

      Dari bunga mangar tepak sireh kek 7 lapis kenduri grand2 dan sebagainya.. Padahal kalau ikut islam 5 je rukun dia.. mas kawin kalau tak mampu cincin besi pun boleh bagi.. kalau tak mampu jugak ajar quran pun boleh jadi mas kawin..

      Padam
    3. Sy mmg dah kawin..mmg diikutkn hati, nak kawin cara simple je. Duit x perlu habis byk kat majlis, patut habis ke isi rumah nak dduk pas2. Majlis sy xde la grand sgt..sederhana je. Cume masyarakat Melayu xleh terima kawin secara simple...mesti ada persepsi negativ yg mengatakan kita kawin tangkap basah, laki miskin gile, kawin xde restu...dah menjadi adat resam kebanyakan Melayu kawin mcm yg selalu kita lihat.

      Just nak tunggu bila nak berubah persepsi kawin kelak. Setiap tahun semakin lama semakin byk kos2 kawin. Org dulu kain pun x mcm skrg.

      Padam
    4. aku rasa ok je la ko buat la majlis kecik ke besar orang pergi sama je makan keluar habis

      Mungkin sebab rasa masyarakat fikir padahal orang takda fikir macam tu pon.. saje je kena tipu dengan perasaan dan diri sendiri

      Padahal nak menunjuk saja.. Dalam hati ada rasa nak menunjuk maka timbul la pelbagai alasan kononnya masyarakat la apa..

      Salahkan orang jugak.. Sendiri tak mau mengaku salah

      Padam
  17. pendapat peribadi aku isu kawin mahal apa semua nih la kan, aku tak kisah dengan 22 rukun tambahan yang noob sebut tu asalkan ada duit. kalau sampai berhutang untuk kahwin, bagi aku, memang aku tak leh terima. ini pendapat masing masing.

    macam maza cakap, sepatutnya kahwin adalah mudah berbanding zina. tapi zaman skarang semua orang maklum nak zina lebih mudah dari kahwin.

    bab menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dengan status grand apa semua tu, aku tak kisah dan tak peduli. asalkan ada duit(ulang balik ke apa ni). since kahwin zaman sekarang bukan untuk ibadah sangat. lebih kepada untuk beromen secara halal, adat dan pesta keramaian.

    ok guys, ingat! yang penting=duit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betol3.. ornag sekarang banyak nak kawen untuk nak beromen secara halal. Aku rasa mentaliti tu sangat menghina kesucian dan tujuan perkahwinan yang sepatutnya.

      13 tahun kena kawen sebab dah gatal nak beromen?
      !@#$%^&*().. speechless. Tak tahu nak kata apa.

      Malas nak brain la benda camni.

      Padam
    2. Yea konsep yang salah.. Nak suruh anak kawin dan bertangungjawab tetapi keluarga/family sendiri dah tunjukan perangai tak bertangungjawab. Seksa anak/menantu dengan perkara bukan-bukan dilaur kemampuan mereka.

      Kalau family kaum keluarga bertangungjawab ambil tahu kedudukan pengantin kalau mereka tak mampu maka support la kalau nak buat grandstand sekalipun.

      Padam
  18. Apa pendapat anda bila jumpa wanita dan anda bersamanya anda luck...
    contohnye bila tgh cari parking senang dpt..
    bila shopping dapat discount..kadang2 hahaha...
    bila jmp hati senang je..
    Anda kesah ke semua ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. adakah wanita itu memakai thai amulet?

      Padam
    2. Ada juga yang jumpa awek hati gelisah yea? :)
      Kena belanja shopping lol

      Padam
  19. For me personally, I prefer a small wedding. Church and small lunch reception after that among close family and friends cukup la. Baju 1 pasang je cukup la. Tak perlu nak belanja beribu-ribu ringgit untuk baju. Tapi kadang-kadang pressure parents and saudara mara pula nak buat meriah sikit, dengan live band, meja untuk colleague parents lagi, photoshoot lagi, baju lagi etc2..

    tak buat nanti org ckp "dua-dua graduate, kerja engineer, nak buat majlis pun x mampu, jangan-jangan dah mengandung". Hoooiii mulut org ni berbisa kadang-kadang.

    It's hard to please everyone.

    BalasPadam
    Balasan
    1. True. There are way more important stuffs to think about.. like where to buy houses. Where to settle down. What are the financial plannings after marriage. Marrieage should be a more fruitful life towards financial freedom and staiblity together as a husband and wife at the same time. Then future kids.

      SeriousLy? Living in debts due to marriage?
      Money(debts) will lead to financial problem and divorce sometimes.
      Lagi-lagi relationship yang weak. Haish..

      Even thinking about what to wear on the wedding pun dah pening.
      Ni nak pilih wedding planner, menu, flower, bla bla bla..

      Such a waste of time,money and energy.

      Padam
    2. sesekali untuk family apa salahnye kalau mampu
      kalau tak tak pahan le

      Padam
    3. tak pedulik pn kalo orang nak mengata telanjur la pebende la, hakikatnya dia tau ke kesahihan?? kalo die sndiri nk pikir cmtu (dan lg teruk lg, menyebar2 kan nya), maknanya dia dah memfitnah orang. lg teruk dr membunuh. eeee nauzubillah la orang2 mcm ni. asik nak dok mengateeeee jer. cube la pikir +ve skit yg org skrang ni mngkin nak berjimat dan buat ala kadar je taknak berhutang hanya sbb kawen. dah la smua barang naik harga, tp gaji tak naik2 pn.

      Padam
  20. pagi2 da sembang pasal kawen... adoi..

    baru2 ni sepupu2 guwa kawen kt siam..
    pastu mak die ckp..

    "la nape ko kawen kt siam.. ckp je la kt mak.. nnt mak tolong kn..kan skang da susah kne bayar denda la naik trun court la semata2 nak dafta kt cni.."

    ahahhaaa~~

    BalasPadam
  21. entry pasal ni macam pernah buat je noob.

    ko recycle topik lama ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 isu macam ni takkan ada expired date. walau hampir sama tapi kali ni bukan lagi semata2 pasal hantaran tapi aku lebih tekankan pasal isu trend dan budaya yang ada dalam sebuah perkahwinan moden sekarang yang semakin mengarut menyebabkan orang lain terikut2 dan juga isu kahwin kat siam sesuai dengan isu semasa sekarang yang sedang hangat kat internet.

      Padam
    2. noob, aku cadang ko cari awek yg sebatang kara atau anak yatim piatu.

      senang ko nak kawin; xde pressure dari family pengantin pompuan suruh buat itu dan ini serta membebankan poket ko.

      lgpun bagus jaga anak yatim. byk pahala

      Padam
    3. don't misunderstood me.

      aku paham keluh kesah ko pasal kawin.

      ini sekadar cadangan.

      jgn amik hati pulak

      Padam
    4. noob, isu ni takkan selesai selagi ko, aku dan bujang bujang di luar sana tak berkahwin kan?

      har har har

      Padam
    5. cuba fikir ni nak kawin dapatkan pahala pun susah

      macamana kat akhirat nanti kalau buat dosa masuk neraka sehari bersmaan seribu tahun..

      aduh seksa.

      Padam
    6. Korang ni bujang ka lol

      Noob orang kita lupe kalau dalam Islam kawinkan anak tu kewajipan mak bapak.. bukan kewajipan anak-anak jadi kalau boleh jangan susahkan anak-anak atau menantu dengan permintaan yang bukan2.

      Esok kita jadi ibu bapa sila bertangungjawab yea..


      Padam
  22. Hmm... aku kalau boleh, malas nak kenduri2.
    Register jer, pastu bbq bersama family baru.
    Announce dah kawen.
    Siap!

    Kawen gereja pun aku malas. Leceh.
    Saksi pun aku nak kawan sekelas aku.
    Tak perlu susah2 nak angkut pakcik makcik.

    aih.. kan senang kalau camtu jer.
    berangan la kalau nak dpt senang cm2.
    bese masa nak kawen ni makcik2 kakak adik dan segala kerabat la yang lagi excited melebih.
    malas sungguh nak layan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kawen ni, kena hebohkan kepada org ramai, sanak saudara, jiran tetangga, kawan2 untuk mengelakkan fitnah dikemudian hari. senang cite kite buat kenduri doa selamat untuk mengumumkan perkabaran baik tu. tapi macam tak sedap je kalau jamu org dengan makanan yang terlalu simple,org dtg jauh2, penat2 lapar, tempat makan yang tak berapa nak selesa, kerusi meja tak cukup sbb time peak hours, so kena berdiri dgn nasi pinggan penuh kat tangan. so macam mane tu? senang cite, korg kumpul la duit drpd skrg. menabung menjamin masa hadapan!

      Padam
    2. nak heboh, tempah iklan kat suratkhabar, billboard atau announcement bergerak mcm lori suratkhabar lama.

      nak free, heboh pakai facebook, twitter etc.

      jimat RM20k belanja kenduri

      Padam
    3. then akan ada lah yang komen perghhhh kawen langsung tak ajak aku.. langsung tak jemput aku... dan akan dapat la like beratus pasal kawen tak jemput.. masing2 meluahkan rasa kesal.. dammnnn

      Padam
    4. Aku tau kenduri tu untuk sumbat mulut dorang dengan makanan supaya tak fitnah aku jer. Dah makan takkan nak banyak ckp lagi kan? Tu jer motifnya. XD
      Hahahahah...

      Malas3.. aku nak 2 saksi.. keluarga terdekat jer.
      Orang tanya kenapa tak ajak. Aku nak jawab. aku miskin.
      Takde duet nak bagi org makan beribu-ribu. Bribu-ribu tu aku boleh buat downpayment rumah. Buat simpan untuk bakal anak-anak.
      taknak dorang amik PTPTN.

      Malangnya: Aku hanya boleh jawab camtu kat dinding jer.
      Realiti realiti realiti.

      Padam
    5. Aku dah buat ok je len beranak pinak takda sape kisah ah..
      Lepas kawin duduk la jejauh lol..

      eh wait.. kata takda bf lagi jadi bila nak kawen ni len?

      Padam
    6. memang takde. aku saje jer bising2.
      hahahaah... korang mcm kena troll kenapa?

      Padam
    7. lol saje nyakat :P

      Padam
    8. Apa syarat jadi saksi ko Len?
      kena pakai tuksedo ke? atau leh pakai seluar hawai je lol

      Padam
    9. Tak perlu.. pakai seluar hawai selipar jepun, pagoda malaya.
      Pun tak keash. umur 21 tahun ke atas dan waras.

      ;p

      Padam
  23. Sayangnya masyarakat sekarang lebih kepada invidualistik.

    Tengok budaya kampung juga kalau kat kampung aku ada orang nak kenduri ramai yang datang sedekah ada bagi beras ada bagi telur ada bagi sayur dan macam-macam la bagi mengurangkan beban tuan rumah. Bila kenduri ramai-ramai bergotong-royong memasang khemah memasak dan sebagainya. Dah jadi budaya kami saling bantu membantu.

    Budaya keluarga pun penting juga kalau ada saudara kawin semua pergi membantu walau jauh duit minyak kereta semua sendiri-sendiri la. Bila lagi nak bertemu dan berkumpul sanak saudara kalau tak masa ini.

    Ianya suatu yang positif kalau sama-sama saling membantu.


    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasalnya skrg.. dulu lain.. skrg lain. dulu kat kampung gotong royong.. skrg kat kampung pun katering. just sesetengah je yg masih rajin turun padang utk gotong-royong

      Padam
  24. Kalau bersenggama dulu baru nikah macam mana pulak tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. UAI cakap lepas nikah terus sengama pun tak boleh lol.

      Padam
    2. kalau nikah lepas tu x bersenggama langsung macam mana?

      Padam
    3. it's mend for joke lol :)

      maksudnye lepas nikah takan la nak terus sengama tungu la semua orang balik.. tak sabar-sabar pengantin ni :)

      Padam
  25. yang buat susah nak kahwin tu pasal permintaan yang bukan2... bunga hantaran laa..gubahan laa..nak sama kaler la, photo shoot pre wedding laa... bila kita nasihat, depa kata, elahhh time dulu2 memang semua tak ada..
    penting sangat ker storybook tu? penting sangat ke kad kahwin sampai nak pilih tema bergaduh2 bagai? last2 kad kahwin orang buang je dalam tong sampah... huk alah!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku kadang fikir gak kad kawin cantik mahal nak simpan buat apa buang macam sayang plak tapi akhirnya memang buang la.. lol.

      Mungkinkah ada orang yang simpan undangan perkahwinan orang ni buat koleksi lol.



      Padam
    2. orang2 yg simpan kad kawin org lain mesti forever alone...kesian

      Padam
    3. Eh ada orang simpan tapi tak semua dia simpan buat rujukan design etc ni biasa kedai cetak akd kawin lol.

      Padam
  26. aku nak kawen jimat ni rasa berat la... sebab ade certain benda kena beli walau nak ke tanak.

    entahla... ni la namanye adat yang ditambah-tambah :(

    BalasPadam
  27. serampang 2 mata... haha... baca sambil gelak2...

    BalasPadam
  28. anwar Ibrahim pun kawin Iari jugak?mmg la aku xkan undi pr lg,dh la isu air kt selangor pn xleh nk setel,yg merananya rakyat marhaen cm aku,nsb kerajaan pusat begitu prihatin nasib rakyat siap bg br1m kedua lg,ni dgr nk bg pulak br1m ketiga.mmg sgt berbeza dgn kerajaan pr.jom ubah sayangi selangor,yakini bn!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawasan pprt jer yang problem air. area tempat aku bandar sri damansara ok no hal. thanx umno sebab tak buat kacau kat sini.

      Padam
    2. sbb rumah ko ada air,ko buat xkisah & xpeduli? mcm tulah sikap sbnr org pr,hnya pentngkan diri sendiri & xpeduli org lain.tgk org lain susah buat bodo je,yg pentng aku senang.like cacai like boss,sama sahaja 2x5.anuar jg asyik pentngkn diri shj,sggup korbankn org lain yg penting dia dpt jd pm.dulu pn sanggup bw lari wan azizah kawin lari kat siam sbb mak bapak azizah xrestu.punyalah selfish & pentngkan diri.marilah sama2 kita ubah utk masa dpn yg lebih terjamin,sayangi selangor,yakini BN!!!

      Padam
  29. - Bila nk kawin?
    - bln 2,tahun bila tu tak tau lg..

    BalasPadam
  30. Heran bin ajaib.. mak aih..kawen smpai puluh ribu plus3x...ni ajran kitab mana..kawen hutang..pas kwen bhutang.. nk hntran mahal2..tpi pemalas..xpandai jaga baby..masak pon hampeh.. bab agama//emmm3x...salah siapa? -sky-

    BalasPadam
  31. akudlu pun ada amek prewedding, tapi aku memang dah decide awal2, segala benda merepeka yg ngada2 aku nak, aku buat atas kos sendiri la, bukan hubby yg bayarkan. same goes dengan baju sanding, segala apa2 yg mengada2, aku bayar pakai duit sendiri. sendiri mahu fikir, sendiri nak, sendiri usaha

    tapi aku suka cara makayah aku. duit hantaran dia suruh aku n bakal suami bincang dan tetapkan berapa. dan masa akad kahwin pun, wang hantaran tak dihantar dan tak disebut, tapi syaratnya, kena buat bank draft dan letakkan atas nama aku, tapi tak diletakkan dalam hantaran. tapi duit hantaran tu, parents aku tak amek. diorang kasi kitorang duit tu tuk mulakan kehidupan lepas kawin, rumah, etc. so ni yg bagi semangat lebih kat laki aku utk usahakan byk2 pasal dia tau, atleast kehidupan lepas kahwin dan ada simpanan sendiri.

    aku rasa, kadang2 belah perempuan yg mengada2 nak besar. dah la nak besar2, suruh si lelaki yg tanggung. tau pulak berkira bila pakai duit sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru tau ker pihak pengantin perempuan yang mengada-ngada? lol

      Padam
  32. Adat melayu kawin sgt mudah.
    .
    Sikap ujub dan riak manysia yg menyukarkan..

    difitnahkan keatas adat..

    adat sentiasa berpaksikan syarat.. yg lain2 itu hanyalah bid'ah yg nyata..

    BalasPadam
  33. tengok majlis tunang pun dah gah.huhu tunang ja kot. nak ada pelamin segala bagai.

    BalasPadam
  34. hehe ade betulnye semua pendapat di sini..

    BalasPadam
  35. rekomen kursus kahwin yg best & tak boring> http://www.kursuskahwin.webs.com/

    BalasPadam
  36. BETUL TU. BUAT APA KAHWIN DENGAN PEREMPUAN MELAYU, JOM KITA PAKAT CARI AWEK JODOH DI FILIPINA MACAM FATUL BAHRI.

    BalasPadam
  37. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.