Sabtu, 17 Ogos 2013

28 Pemimpin paling rendah diri dan berjiwa rakyat

Telah diketahui umum seperti yang dilaporkan di media dan blog2 bahawa Menteri Pelancongan dan Kebudayaan iaitu YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz telah melantik anaknya Nedim Nazri menjadi Pegawai Khasnya yang turut mempunyai talian pejabat dan emel rasmi kementerian namun seperti yang dilapor di sini dan sini, beliau sendiri yang membayar gaji anaknya, bukan kerajaan.



Beliau berkata ia adalah kementerian beliau dan beliau boleh letak nama sesiapa sahaja. Hak mutlak beliau sebagai seorang menteri untuk melantik kakitangannya tidak boleh dipersoalkan. Perdana Menteri DS Najib Razak pula mengatakan tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan.

Kalau dah Najib pun cakap macam tu kita nak cakap apa lagi. Biarlah dia nak lantik sapa pun kan, janji gaji dia bukan kerajaan bayar. Lagipun dia cakap Nedim tu tugasnya macam office boy dia sahaja, office boy yang naik Ferrari. Macam juga suatu ketika dulu kewujudan pejabat divisyen First Lady of Malaysia (F.L.O.M) di Jabatan Perdana Menteri seperti yang diakui sendiri oleh DS Nazri Aziz, so bila isteri PM pun dah ada pejabat sendiri, kita anggap jelah suaminya yang bayar segala gaji beliau bukan kerajaan yang bayar walaupun beliau layak tuntut elaun sebab memang tiada peruntukan gaji buat isteri Perdana Menteri.


Kalau tengok video interview DS Nazri di atas, seperti yang dipetik daripada kata2nya ketika ditemuramah:
"Of course he doesn't need to be paid, he got a lot of money, his father is rich, so I don't need the goverment to... why it's for you to find out lah"

"But I said I don't pleased anybody, I just pleased myself. If I'm happy that I'm make him my special officer, makes me happy, that's all its matter. The rest I really don't give a damn, I don't care what bloggers write about me, I don't care what journalist write about me, today I'm still a minister elected by a bigger majority in my constituencies."
Ramai orang yang sifatkan Menteri Pelancongan kita ini sebagai seorang yang angkuh dan ego dengan lagak perbuatan, tutur kata dan gaya hidup keluarganya terutama dari penyokong pembangkang malah dikalangan penyokong kerajaan sendiri ramai yang tidak berapa senang dengan Ahli Parlimen Padang Rengas ini. Dan tindakan beliau kali ini melantik anaknya menjadi pegawai khas yang sebelum ini banyak dikaitkan dengan isu2 seperti kehidupan sosial dan pergaduhan membuatkan ramai yang mempersoalkan kewajaran tindakan beliau termasuk blogger terkenal Mazidul Akmal Sidik dan Aku Peduli Apa. Tapi at the end, dia tak peduli pun apa pandangan orang lain termasuk blogger dan jurnalis, yang penting dia gembira.

Aku juga kurang bersetuju kerana pada pandangan aku kementerian tu adalah milik jabatan dan agensi kerajaan, bukan mana2 individu termasuk menteri. Lainlah kalau syarikat tu bapak kita punya, tak kisah la ko nak bawak masuk anak ke, bini ke, atuk ke, nenek ke, sapa2 je dalam kompeni. Dan kalau setakat office boy peribadi, tak perlu masukkan nama dalam website rasmi dan dia tiada kelayakan pun mendapat kemudahan seperti emel rasmi kakitangan kerajaan dan telefon pejabat.


Aku tak tahu anak Nazri ni yang mana satu dan berapa ramai, kat Internet aku search kejap Nedim, kejap Nadeem, kejap Nadim, ke atau orang yang berlainan? Yang aku tahu Nedim ni sekarang ada hubungan dengan Nora Danish, pernah ada isu pergaduhan dengan penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara, pernah dikaitkan dengan isu kereta Hummer milik Michael Chia serta macam2 lagi isu kehidupan sosial beliau yang aku takde selera nak letak gambarnya kat sini. Dan Papa Gomo dulu pernah tulis Nedim ni dah ada anak merangkap cucu Nazri Aziz, so kalau betul mungkin Nedim pernah berkahwin dulu sebelum berhubungan dengan Nora Danish. Tapi dengan sejarah2 dan isu2 hitam tersebut, maka tak hairanlah bila ramai yang mempersoalkan kelayakan anak Nazri Aziz menjadi seorang Pegawai Khas di sebuah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Harap beliau tidak cuba menerapkan budaya beliau dalam kementerian kerana pasti ramai yang akan membantah.

Tapi at the end, kita semua sebagai rakyat marhaen biasa tak boleh buat apa pun, hanya mampu menyalak sahaja di blog2 macam nih. Pemimpin dipilih melalui sistem demokrasi oleh rakyat yang dahulunya terpaksa merendahkan diri turun bertemu rakyat untuk menagih undi agar memilih mereka, namun bila sudah dipilih, tiada lagi sifat rendah diri, yang ada hanya sifat bongkak dan angkuh seolah lupa yang rakyatlah yang telah memilih mereka suatu ketika dulu. Seorang pemimpin seharusnya mendengar suara, komen, kritikan dan pandangan rakyat, bukan syok sendiri dan pentingkan diri. Kalau rasa diri sendiri sentiasa betul tak perlu dengar komen, pandangan dan kritikan orang lain, apa point jadi pemimpin? Mana pergi sudah jiwa rakyatnya?


Kalau anda rasa marah dan rasa nak salahkan sapa2, salahkan pengundi2 Padang Rengas kerana merekalah yang masih lagi memilih pemimpin mereka itu walaupun daripada dulu lagi sudah banyak isu dan kontroversi menghimpit DS Nazri ini, malah ramai orang UMNO sendiri merasakan beliau merupakan sebuah liabiliti kepada parti seperti di sini, sini, sini dan sini.

So lepas ni tolonglah, jangan la lupa undi lagi pemimpin2 macam ni, kita memang perlukan pemimpin2 yang kaya dan angkuh macam ni untuk memimpin negara. Orang2 macam ni lah yang paling layak untuk mentadbir negara. Mereka sahajalah yang mampu memperjuangkan agama, bangsa dan negara kita. Undi lagi, undi lagi mereka banyak2. Pastikan mereka akan kekal menjadi pemimpin untuk 10 20 tahun akan datang lagi.
Ya tahniah... tahniah... padan dengan muka kita semua.




tags: dato seri nazri aziz lantik anak sendiri jadi pegawai khas office boy naik ferrari nama website laman web rasmi kementerian pelancongan nedim nadeem nadim nora danish bercuti cinta hubungan minum arak sosial kelab malam perempuan gambar seksi kontroversi rasuah michael chia kereta hummer kondominium angkuh bongkak riak ego penting diri kaya raya nepotisme kronisme nepotisma kroni crony anwar ibrahim lim kit siang  

28 ulasan:

  1. ini memang WIN sarcasm
    dah kata orang"ingat pejabat ni bapak dye punya?"

    dye mmg buat macam bapak dye punya

    BalasPadam
    Balasan
    1. bapak2 jangan main...like father like son hahaha.

      Padam
    2. Kalau gaji dia bukan dari kerajaan pun tu semua berang pejabat email dan sebagainya sape punya? bukan kerajaan?

      Takpe tak bayar gaji dari duit kerajaan tapi dia dapat keistimewaan dan akses lebih dari pegawai kerajaan macamana.. leh pakai harta benda kerajaan sewenang-wenangnya..

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. last one, korang baca ni.

    PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

    http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/polisihr/perintah/BabD/P.U.%28A%29395/P.U.%28A%29395.htm

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. dah mcm celaka aku buat blog ko Noob, sorry la. anyway itu cerita penjawat awam. sorry utk Noob, readers, commenters sekalian.

    aku x de kutuk, aku x de hasut, aku just mention undang2 kerajaan je. pandai2 la kita pikir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha tau takut menghasut hohoho

      Padam
    2. Aku cuba check laman web JPA, dan ada Akta berkaitan penjawat awam atau sesiapa yg duduk posting dalam Jabatan, atau Kementerian. takkan sesenang gitu boleh employ anak sendiri.

      Kena faham, mana2 posting government kena go through JPA.

      Rupanya ada loophole.

      Suruhanjaya juga memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK). (Refer http://www.spa.gov.my/Portal/Latar_Belakang dan baca kt situ)

      itu loophole dia. itu sbb beliau boleh buat begitu.

      salah betul, masing2 punya view, aku berminat nak tau apa cara/kaedah dia boleh selamba buat mcm tu, sbb mmg ada Akta pun.

      kalau kau jumpa point dalam Akta tu against case ni, then you can say he;s wrong, menyalahi Akta, ayat itu lebih power sbb Menteri sekali pun tak leh against Law.

      Cuma dlm case ni, mmg Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ada bg jurisdiction kt Kementerian utk employ sapa2 dia nak, tanpa melalui JPA.

      tu citer dia encik Tanpa Nama. aku x berminat pilih side, aku berminat way dan cara je.

      Padam
  7. http://www.spa.gov.my/Portal/Latar_Belakang

    BalasPadam
  8. salam noob...i follow noob...

    BalasPadam
  9. Aku sgt setuju bahawa orang-orang yang mengundi kat Padang Rengas tersangat la bodonya. itu saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama pon padang rengas.. hape pon tak bley..beriboo riboo taniya kepada org2 padang rengas

      Padam
  10. abg botak sudah sampai.. hohoho

    BalasPadam
  11. nothing surprises me anymore... lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila ko nak isap kote aku plain.....

      Padam
    2. deknon, tuhan tak bagi kemudahan jari jemari kat manusia untuk menaip perkara lucah ^^

      Padam
  12. aku jarang mencarut sebab aku tak suka..
    tapi muka dan perangaai angkuh anak beranak ni macam ****..
    spesis2 bodoh ni patut dimandulkan sebelum menjahanamkan generasi depan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah sabar bero, puak2 tu kat dunia mungkin depa boleh terlepas, tp kat akhirat nnt akan kena jugak... kadang manusia ni mudah terlupa yg dia tu kerdil saja, diuji dgn kekayaan dan kedudukan yg tinggi skit, terus lupa akan mati, ingat forever nak tungkat dunia... kesian giler

      Padam
  13. Elected by cheating boleh la. Power abuse! Riak lh kt dunia ni, dont care dont care, nnti kt sana jawab lh. Allahukbar!

    BalasPadam
  14. Personally dia antara pemimpin BN yg paling sy x respect. Mulut yg agak lancang, senang cite kalau dia jd PM malaysia kelak, huru hara dunia dibuatnya....mcm ketua gengstar pun ada gak, geneg BOTAK.

    Selamat kembali bekerja.

    BalasPadam
  15. anak dia tak nak mohon SPA ke?


    Entry Baru Update 3saat Lalu : Lebih Besar Lebih Bagus

    BalasPadam
  16. ak yg botak selalu dh serba slh dah.... cekalak org tu

    BalasPadam
  17. noob,tak nak buat entry lagi ke pasal Nazri ni? terbaru dia menggelar Rafizi Ramli sebagai bodoh..dia siapa nak panggil org bodoh sesuka hati? seorang pemimpin yang baik,beriman dan berjiwa rakyat tidak sesekali akan menyelar orang lain sebagai bodoh..

    BalasPadam
  18. jika wujud spesis mcm noob sendiri yg teragak2 nak sokong pembangkang, masih mencari2 keburukan pembangkang, selagi itulah menteri2 BN ini tetap takkan berubah.. gua pun adakala tak suka beberapa tindakan pembangkang, namun gua belajar terima kerana perlakuan itu tidaklah seteruk tindakan menteri2 BN yg maha bodoh gini..

    walaubagaimanapun, itu pilihan masing2.. kalo kita pilih barisan parti yg bodoh, apa boleh kita buat?

    apapun gua harap noob hentikanlah merepek pasal politik2 bodoh dalam BN.. lebih baik bongkarkan keburukan pembangkang suaya ianya boleh diperbaiki.. BN ni sudah rosak dan perlu dibuang ke laut saja..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.