Pada masa inilah masing2 sanggup mengotorkan diri turun ke bendang. Kalau tiada kematian wakil rakyat di kawasan ini, adakah wujud program menanam padi bersama petani dalam jadual kerja tahunan mereka?
Ramai yang tiba2 sahaja mendapat durian runtuh. Bantuan sana, bantuan sini, peruntukan sana, peruntukan sini, pembangunan segera sana sini, masalah2 seperi jalan berlubang tiba2 terus diselesaikan.
Secara tiba2 sahaja ada yang sanggup tolong tukar minyak hitam motor.
Secara tiba2 sahaja semua orang bertukar menjadi baik hati siap sanggup buat kerja yang selalunya orang Bangla yang buat tolong isikan minyak motor
Secara tiba2 orang yang dah biasa naik kereta yang mempunyai pemandu sambil diiringi polis mahu naik motor tanpa helmet.
Secara tiba2 semua orang menjadi ramah mesra dan prihatin sehingga sanggup turun rumah ke rumah rakyat marhaen.
Secara tiba2, sekolah kebangsaan, sekolah agama dan sekolah cina dapat peruntukan dari langit.
- Muhyiddin umum peruntukan RM400,000 untuk Madrasah Mazahirul Ulum
- Kerajaan umum peruntukan RM1.3 juta untuk 13 sekolah di DUN Sungai Limau
- Muhyiddin umum RM1.8 juta untuk pembangunan sekolah Cina di DUN Sungai Limau
Kalau macam inilah budaya kita di Malaysia, tak hairanlah jika ramai yang berdoa agar wakil rakyat yang mewakili kawasan mereka cepat meninggal dunia agar secara tiba2 berlaku 7 keajaiban dunia, semua masalah setempat yang selama ini tertunda dan tertangguh dapat terus diselesaikan tanpa diminta pun.
Dan untuk pilihanraya kecil DUN Sungai Limau ini, sekiranya anda memang tak suka dengan janji2 palsu BN terutama selepas PRU13 dan mahu ajar mereka, undilah calon PAS. Tapi kalau anda tak sanggup ditekan dan tak mau pening2 kepala, undi jelah calon BN kerana Kerajaan Negeri Kedah sekarang pun memang dipegang oleh BN, so kalau mahu kesenangan dan kemudahan sepanjang penggal ini, undi jelah Barisan Nasional.
Selamat mengundi bagi yang mengundi di PRK DUN Sg. Limau.
tags: prk pilihan raya pilihanraya kecil sungai sg limau calon bn umno pas kempen
bila la wakil rakyat tempat aku ni nak meninggal??
BalasPadamhypocrite being hypocrite..
BalasPadamahmad maslan pun ada?hmm~
Typical politician Malaysia...politician mcm salesman, bila nak cari sales semua dia tolg...bila dah beli n kereta buat hal, xde mase nak follow up.
BalasPadamTp ramalan sy utk PRK ni PAS akan menang jugak, tp majoriti sikit berbanding PRU13.
Pahang menang!!!
BalasPadamkenapa aku dpt rasakan ni tulisan noob. si psikik cuma tolong paste je. Come back la noob. sejak kau xda plain83 dah xkomen dkt sini. si pipi merah pun sama kui3. tapi rajin plak ko menyemak dkt blog orang tinggal link mcm dulu..
BalasPadamDia kena buasir da....bagi dia rehat skjp
Padam