Jumaat, 13 Disember 2013

31 Segmen Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 5

[ULASAN DI UPDATE SECARA LIVE] Persaingan semakin sengit, minggu ni tinggal 11 peserta sahaja lagi. Minggu lepas tema Parodi namun kebanyakan peserta pilihan tidak memenuhi tanda aras penonton. Minggu ini tema adalah bebas, so aku harap akan ada kejutan2 menarik di samping tidak membuat lawak ulangan minggu2 sudah.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tema Minggu 5 - Bebas

1. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO)


SYJ buka gelanggang dengan menjadi perompak ada gambar Fasha Sandha. Antara punchline seperti pakai topeng muka sendiri, awek ikut merompak, perli Erma Fatima bayar saman Rebecca Nur Islam pakai duit 5 sen tapi kena censored, last2 rupanya diorang  rompak rumah Jejai sempat bahan Nora Danish.

Rating juri: 3 bintang

2. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Tauke pergi hospital hantar bini dia sakit. Sekali doktor mohawk keluar dengan stetoskop panjang gila. Tanya2 macam mana keadaan bini dia tak jawab. Agak lama jugak Yus takde dialog, sampai la loceng bunyi, Tauke tanya macam mana bini dia, doktor cakap dia kena penyakit karbon dioksida. Hahahaha gila betul.

Rating juri: 3 bintang

3. WALA (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Buat sketsa datang rumah member bapok, ada lawak tangga Mr. Bean dan juga punchline2 lain yang tak dijangka. Siap menangis kat sofa TV tak hidup. Overall memang lawak.

Rating juri: 4 bintang

4. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Shahrol jadi bangla annoying gila datang rumah Ajak nak jual carpet. Banyak punchline yang lawak dengan dialek banglanya, nyanyi lagu Saleem, siap Ajak pun tergelak. Memang kelakar.

Rating juri: 4 bintang

5. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LMAO)


Kumpulan Saywho jadi hantu pergi persidangan hantu ada toyol, sundal bolong dengan pocong. Bagi aku ni persembahan terbaik Saywho sebab aku boleh lawak dengan punchline2 seperti hantu kak Limah atap bocor, pocong duduk Pocong Perdana kat belakang IOI dan lain2 lagi.

Rating juri: 3 bintang

6. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL)


Nabil buat lawak ulangan bangla jual burger. Bangla tu Astro amik keje jadi pengacara rancangan Sembang Teh Tarik ganti AC Mizal jadi Sembang Burgeteh. Ada la punchline yang lawak tapi lambat sampai. Bukan tahap Nabil yang sebenar dan aku harap dia jadi diri dia sendiri lepas ni.

Rating juri: 3 bintang

7. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)


Kumpulan Bocey buat parodi rancangan Primadona iaitu Primadolah, kali ni untuk lelaki sahaja. Pengacara dia Encik Tar, jalanraya diturap semula. Selebriti jemputan klon Malek Noor iaitu Malek Yes dan Sapok Biki yang dah bersara jual nasi lemak. Banyak puncline lawak macam penyu, goyang lemak dan lain2.

Rating juri: 3 bintang

8. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA)


Zero juga buat lawak ulangan pak guard, kali ni beli kereta baru. Ada adegan bawak kereta pakai gps. parodi iklan KLMUC, lawak bahasa Inggeris Bukit Bintang mountain meteor dan lain2. Cuma aku tengok diorang agak kelam kabut, berebut siapa nak cakap dulu.  

Rating juri: 2 bintang

9. BOBOI (Laugh-O-Meter: HAHA)


Boboi buat lawak luahan perasaan sarkastik tak boleh keluar dari penjara sebab diorang tak dibenarkan tarik diri dari MLM2013. Habis semua diorang bahan, AC Mizal dan juri2. Macam psiko pulak dah aku tengok.

Rating juri: 3 bintang

10. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO)


Sketsa sembang 3 orang kawan bujang yang duduk serumah. Jep tak kerja, Shuib baru kena buang kerja. Ada punchline yang lawak, cuma kebanyakannya lawak2 spontan Jep bahan Rahim dan Shuib takde function.

 Rating juri: 3 bintang

11. COMEY (Laugh-O-Meter: LOL)


Suhaimi kena jaga orang tua kat rumah2 orang tua. Orang tua tu tipu lumpuh sebab tertelan duit 5 kupang. Last2 nak nyanyi lagu hotel California sampai pecah kerusi dan gitar. Bagi aku kurang berbanding minggu2 lepas. 

Rating juri: 3 bintang

Peserta yang tersingkir: ZERO

Kesimpulan: 

Minggu ni kebanyakannya memang best dan lawak. Mungkin sebab tema dia bebas so semua peserta lebih bebas untuk mencari dan mengeluarkan idea. Namun aku agak kecewa bila ada peserta yang membuat lawak ulangan seperti Nabil dan Zero sebab elemen kejutan dah hilang. 

Sekarang ini kalau ikut undian, kumpulan Sepahtu menggungguli kedudukan no. 1 daripada awal lagi. Tapi kalau diukur dari segi prestasi, kumpulan2 lain seperti Shiro, Jambu, Bocey, Wala dan SYJ juga sebenarnya berpeluang untuk menang sebab persembahan diorang juga lawak2 belaka malah kadang2 lebih lawak daripada Sepahtu. Berbeza masa Maharaja Lawak 2011, kumpulan Sepah memang sangat konsisten dan sangat lawak malah berjaya mengetepikan peserta favorite iaitu Jozan.

Sebenarnya aku berharap peserta2 MLM2013 ni dapat baca pandangan2 aku kat sini mengenai persembahan2 mereka seperti Nabil dan Sepahtu. Jambu aku tak kisah sangat sebab diorang agak konsisten untuk MLM2013 ni. Nabil dan Sepahtu perlu cari balik aura mereka seperti dulu, jika tidak akan jadilah macam Boboi yang dulunya ramai yang masih ketawa dengan lawak2 mereka namun sekarang semakin senyap sepi dek kurang sorakan dan sokongan.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 5:

1. WALA (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
2. SHIRO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 4 bintang)
3. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 3 bintang)
4. JAMBU (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating juri: 3 bintang)
5. SYJ (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
6. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
7. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating juri: 3 bintang)
8. COMEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
9. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating juri: 3 bintang)
10. BOBOI (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 3 bintang)
11. ZERO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating juri: 2 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: GuaTVDotCom | Blog Maharaja Lawak Mega 2013
Laman rasmi MLM2013: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2013 2012 mlm tonton full video jambu jozan sepahtu nabil shiro boboi saywho peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri pak nil aznil haji nawawi azwan ali hattan video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu kedua minggu-5

31 ulasan:

  1. xde live streaming ke?

    BalasPadam
  2. HUH??? : Tak lawak langsung,
    jangankan nak gelak, sakit hati
    lagi adalah.

    BalasPadam
  3. jambu rotflmao? pffft!

    BalasPadam
  4. Bagus tengok senarioB

    BalasPadam
  5. Ulasan yang telus dan baik :-) thanks atas ulasan dan video tu en psychic zero..walaupun kumpulan zero, terkeluar, harap psychic zero tak..kehkehkeh..

    minggu ni semua makin kelakar la..dah tak ada Big 3 lagi..Wala, Shiro, Bocey dengan SYJ makin konsisten..Jambu je Big 3 yang agak konsisten, Nabil kureng sikit sebab dia ulang balik lawak bangla+shiro dah main watak bangla dulu..Sepahtu makin menurun berbanding masa dia orang kalahkan Jozan dulu..Rahim macam tak serasi je..nampak macam kesian jugak asyik kena bahan dengan Jep..hope Big 2 ni ada peningkatan..

    Kesian jugak tengok Boboi..lawak dah makin kering+agak psiko sikit persembahan malam ni..

    Susah beb nak buat orang gelak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jep nampak mcm trtekan je. Agaknya psl tu dia sampai ckp rahim xde function. Compare msa maharaja lawak, sepah ni kira mcm underdog je. Tp dlm MLM, ramai org ada high expectation utk sepahtu bgi lawak yg terbaek. Mmg preasure wo!

      Padam
  6. speatutnya bocey 1st 2nd wala 3rd shiro

    BalasPadam
  7. boboi sunguh2 nak kluar, pelik tul

    -Oyen-

    BalasPadam
  8. eh.. naper Zahid Komedi xdicalonkan ?

    BalasPadam
  9. x sempat tengok malam tadi....hurmm...bnyak rtflmao ye......

    BalasPadam
  10. noob, sapa firdaus rasidi tu?? ko ke?? hahaha......

    BalasPadam
  11. bg yumida sendiri, bocey terbaik. rentetan isu nak tarik diri boboi, pun nampak kelakar dlm joke diorg. even terkandung mesej sindiran. sepahtu pun bez, rahim kurang menonjol.

    BalasPadam
  12. Maybe Maharajalawak kena tukar brand. Tak boleh pakai brand 'rajalawak, maharajalawak' lagi dah..
    Kalau tak, orang akan tetap undi Sepahtu, Jozan, Nabil je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud dia..kalau pkai artis dari astro lg ramai peminat dari artis tv3..artis tv3 bocey status champion pon kurang peminat...artis astro wala bru champion..peminat ramai

      Padam
  13. kenapa la bocey xpernah dapat 4 bintang?? padahal terbaik.. juri ni pilih bulu betul la. dah la ulasan juri semua xbest. xde pun juri yg bagi komen membina

    BalasPadam
    Balasan
    1. astro msti la jaga artis dorang..

      Padam
  14. jambu tak best lah . apelah yg lawak sangat jambu tu. harap dia femes je, sebab tu ade org gelak. cuba kalau die x femes dan buat lawak camtu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju bos..aku cuba nk gelak tp xgelak..shiro yg aku minat biase2 tu pulak aku gelak gila2

      Padam
  15. bocey tiap-2 minggu best. cuma tk popular. dato' slalu bgi 2 atau3 bintang utk drg. klau jambu, sepahtu, shiro mcm bgituuu je dia bagi 4bintang -..-

    BalasPadam
  16. bocey ptt 4 bintang...

    BalasPadam
  17. Shiro patut jadi juara..tolongla peminat sepahtu..kalau anda benar2 memang peminat sepahtu undila bila rasa dorang betol2 perform..barula betol2 pencinta sepahtu..ni tengok lawak dorang pon rase sakit hati..part x lawak pon orang gelak..amende ni woiii..selamatkanlah pelawak yang jarang ada kat malaysia ni..

    BalasPadam
  18. Kau nie buyers laaa noob. Zero ok what daripada jambu yang macam orang gila aku tengok. Tiap2 minggu lawak sepesen je takde improvement langsung. Patut bagi zero lebih banyak masa lagi sebab dorang ada bakat ditambah pulak dengan muka dorang yang memang lawak tue.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ni buyers dgn biased pun x reti nak beza, noob dgn psychic zero pun tak reti nak beza........alahai kesian

      Padam
  19. jambu kau ckp best..nampak sgt kau minat jambu..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.