Sabtu, 19 April 2014

19 Kenapa mesti wujud kawan makan kawan?

Kali ini aku rasa aku nak kongsi sekali lagi fasal kawan. Ya aku tahu memang akan wujud kawan baik. Tapi tahukah anda sesungguhnya yang tak baik pun ada dan lagi banyak. Contohnya, berkawan sejak sekolah kemudian dah habis sekolah dia ajak tengok wayang tetapi sengaja cakap kosong sekali dia cakap tunggu esok dan akhirnya haremmm tiada khabar berita. Haha itu kira biasa. Belum kawan yang suka main tikam belakang depan cakap lain belakang cakap lain. Jadi aku ciptalah lagu ini:


Tajuk: Makan Kawan



Agak-agaklah sebelum nak mengagak, Panggil aku gagak obes tidak kacak
Aku penyibuk aku buat semak, Bila kau yang berbunyi mesti kata lantak
Aku belum pekak bila jerit waktu borak, Kau yang berlagak tuduh orang lain batak
Kau bajet balak semua gadis engkau lepak, Nampak mak bapak sorok takut ditembak
Siapa yang kisah kalau kau kena sepak, Siapa yang kisah kalau kau kena sepak

Hidup orang lain kau sibuk mahu corak, Hidup kau sendiri macam kain koyak rabak
Alasan kau banyak disuruh kerja asyik tolak, Tapi semua kau nak kena puji kena sorak
Main tikam belakang kawan sendiri kau lanyak, Bila dah kantoi lari-lari mahu elak
Manusia akan angkat orang yang hidup enak, Tak tahu perut orang lain dah naik senak
Biar dia saja senang orang lain tidak, Semua benda dia sapu kata mudah sifat tamak

Kalau ikut hati mahu saja aku lunyai, Aku sedia tangan kaki siap untuk bantai
Jumpa perangai sakai hebah tengok hentai, Apa tak rasa malu letak muka atas lantai
Aku malas cakap kasar jadi ku berlembut, Malang kau belum sedar masih lagi ribut
Sebelum tersasar kau jadi tali barut, Waktu tu baru kabut hidup kau jadi kusut
Beringat kawan-kawan bukannya jadi lawan, Saja nak berlawan konon naik sawan

Baik jaga mulut sebelum binasa badan , Ditimpa kecederaan mahupun kemalangan
Sementara masih baik jagalah rakan-rakan, Janganlah prejudis amalkan kesamaan
Tambahkan kekuatan dengan kekitaan, Buang iri hati itu raja kejahatan
Kalau sakit hati saling menasihatkan, Bukan cakap terang kemudian buat bahan
Kawan sakit hati walau dia mendiamkan, Silap-silap kau keseorangan

Nah kan dah terlajak kata, Untuk kali kedua kau berpura-pura
Konon-konon alim tapi bermuka-muka, Itu namanya zalim pencetus rasa duka
Masih lagi mahu lihat orang lain duka lara, Suasana jadi hangat kau konon terpinga-pinga
Kau memang berbakat memporak-peranda, Pernah tak tengok kubur ataupun keranda
Waktu tu tiada undur bila ajal menjelma, Terlambat nak insaf tunggu melihat dosa

Lebih baik sekarang berubah jadi hamba, Hamba pada tuhan yang maha berkuasa
Nilaikan semula sifat yang engkau ada, Tukar sikit-sikit asalkan tak membuta
Terus terlena dengan mainan mayapada.
Kau.
Ayop!

-----------------------------


Aku tak tahu nak panggil ini artikel atau apa. Sebab aku menggabungkan kata-kata dan idea aku berlagu. Jadi aku harap kalau anda tak sudi dengar aku merepek berlatar belakangkan rentak boleh sahaja baca artikel atau telah menjadi lirik.

Dapat pengajaran, tauladan dan konklusi? Perkara sebegini memang banyak terjadi. Almaklumlah manusia ada pro dan kontra. Jadi pilihlah kawan yang tidak mementingkan paras rupa, harta dan kejayaan kita :)

Sumber asal dari blog Amir Khalis.




Artikel ini ditulis oleh salah seorang peserta GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan iaitu Amir Khalis dan telah dipilih menjadi salah seorang pemenang. Lagi 8 pemenang yang artikelnya yang bakal dipilih sebagai artikel pilihan akan disiarkan secara berperingkat seperti ini. Kepada pemenang, sila emel kepada saya di princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah wang tunai RM30.

Dan bagi yang kurang bernasib baik, jangan risau, walaupun anda tidak dipilih sebagai pemenang hadiah wang tunai RM30, tapi artikel anda beserta backlink juga bakal kami siarkan di blog ini sebagai tanda penghargaan kepada anda.




tags: pemenang contest gila 5 buasir otak artikel pilihan giveaway peraduan pertandingan ga post entry kenapa mesti wujud kawan makan kawan

19 ulasan:

  1. biasala... semua tu datang dari hati.. benda yang datang dari hati ni susah nak baik. kecuali diri sendiri..

    BalasPadam
  2. terima kasih Buasir Otak kerana memilih entri saya yang tak seberapa ini. Semoga menjadi pengajaran kepada semua :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, manusia mmg mcm2 jenis ada, berkawan perlu berpada-pada... btw congrats amir, nice entry ;3

      Padam
    2. tahniah bro...terbaik...!

      Padam
    3. Tahniah! Dpt rm30. Bleh g mkn piza/kfc/mcd/etc dgn kawan. Huhuhu

      Padam
    4. Dr mama ko dapat ilham tulis rangkap ni?anyway,nice entry 😎

      Padam
  3. sedap ke mkn kawan ni? restoran mana ada jual resepi mkn kwn ni?

    H▲²H△²H▲²H△²H▲²H△²H▲²

    BalasPadam
    Balasan
    1. made my day..haha...tp x payah la guna nama org lain...

      Padam
    2. ap ko tulis kt bawah uh? H^2O ? air ? water ? mineral water ?

      Padam
  4. Kadang2 kawan yang berstatus BFF tu la yang selalu tikam belakang.. :p

    BalasPadam
  5. Susah kn ? Ada kwn susah... Xda kwn..lagi susah... Hahah

    BalasPadam
  6. terpulang masing-masing. sendiri punya kawan sendiri ingat haha

    BalasPadam
  7. Yup.Memang ada kawan macamtu.Bila ajak tengok wayang macam2 alasan bagi.Tapi bila sorang kawan tu ajak kluar makan kat Vivo laju aje dia pergi.Trust nobody.

    BalasPadam
  8. Kawan x berapa rapat bagi aku lg baik drp kawan yg sama susah senang tp last2 khianat sampai terjejas periuk nasi aku. Tapi Tuhan itu maha kaya. Kerja habis di situ, aku dpt kerja lain. Skrg lagi byk rezki aku dpt kalau nk banding aku keje tmpt lama. Alhamdulillah.

    Geram geram jgk. Tp aku rasa 'kawan' aku ni sgt insecure dan buruk sangka x tentu pasal. Dia x boleh tgk org lebih dr dia jadi dpt peluang je, dia tikam belakang la. Padahal, aku xtau celah mana aku lebih dr dia padahal kerja lain2 wpun 1 opis. Lps kejadian tu, mmg aku lebih berjaga2 dgn kawan. Xde bff ke apa dh. Kawan2 biasa ramai la

    BalasPadam
  9. http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-05-19-01-2012_DatoBalia.pdf

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa kaitan benda alah ni dgn entry psl kawan ni?? harap boleh bg penjelasan

      Padam
  10. Istilah 'kawan' tu sendiri, pada aku, dah jadi murah sebab wujudnya manusia2 yg macam ni, tikam belakang...

    Tahniah Amir Khalis!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.