Ya, kita semua tidak perlu dilantik menjadi pegawai duta kerajaan untuk menjadi duta. Kita semua adalah duta dan wakil kepada sesuatu kumpulan.
Kita adalah duta bagi negara Malaysia.
Kita adalah duta bagi negeri kita.
Kita adalah duta bagi agama kita.
Kita adalah duta bagi bangsa kita.
Kita adalah duta bagi syarikat/organisasi kita.
Kita adalah duta bagi parti politik yang diwakili dan disokong kita.
Kita adalah duta kepada sebuah kumpulan peminat kepada suatu hobi.
Kita adalah duta bagi universiti kita.
Kita adalah duta bagi sekolah kita.
Kita adalah duta bagi keluarga kita.
Sebab itu, jika hendak melakukan sesuatu yang negatif dan tidak baik, ingatlah yang kita semua sebenarnya adalah duta kepada suatu kumpulan masyarakat. Sedar atau tidak kita adalah wakil yang membawa nama setuap satu mereka. Buruknya kita, secara tidak langsung mereka juga turut menerima tempias.
Kita membuat buruk di negara orang, nama Malaysia yang akan buruk.
Kita membuat buruk di negeri orang, nama negeri kita yang buruk.
Kita menghina dan mengkeji agama lain, agama kita akan dipandang buruk oleh agama lain.
Kita membuat perangai hodoh dengan bangsa lain, seluruh kaum kita dilihat hodoh.
Kita tidak buat kerja dengan betul, seluruh syarikat atau organsisasi yang dipersalahkan.
Kita buat perangai tak senonoh dan memfitnah parti lawan, nama parti kita yang menjadi busuk.
Kita tunjukkan sikap poyo, satu kumpulan peminat dilabel sebagai poyo nak mampus.
Kita ditangkap buat maksiat ketika di universiti, nama universiti juga yang dapat malu.
Kita kantoi ponteng sekolah, nama sekolah kita juga yang naik.
Kita buntingkan anak dara orang, nama mak bapak dan keluarga kita juga yang tercemar.
So ingatlah, sebelum nak buat apa2 benda yang tak baik, ingat2lah yang kita ni adalah duta dan perbuatan buruk kita akan mencemar nama dan memberi kesan serta impak yang buruk terhadap suatu kumpulan masyarakat yang kita wakili. Begitu juga jika kita menjadi duta berbayar untuk suatu produk, hanya disebabkan sikap nokharom kita akhirnya dengan produk2 tu pun orang boikot.
Tapi itu pun kalau korang jenis fikirkan orang lain, tapi kalau korang jenis mementingkan diri sendiri dan tak peduli pasal orang lain, jangan korang mengaku sebagai wakil kepada mana2 kumpulan masyarakat. Tolong cakap dan akui sendiri yang perangai tahi korang ni adalah kerana korang sendiri memang tahi, bukan kerana kumpulan masyarakat yang korang wakili. Jika tidak, sila duduk saja dalam gua.
tags: kita semua adalah duta wakil kepada suatu kumpulan masyarakat negara malaysia negeri bangsa kaum agama organisasi syarikat jabatan kerajaan parti politik universiti sekolah keluarga produk
aku duta.....
BalasPadam"Islam is the way of life" tertampal di cermin belakang kereta.
BalasPadamBerjanggut, berserban dan berjubah putih.
Tapi.. merokok sambil memandu laju, tanpa beri signal, dan memotong di sebelah kiri.
contoh komen xfikirkan orang lain hehe2
Padampro0000oooooootttttTT!! Argh! Leganya
PadamKalau DOTA tu mcm mana yer..?
BalasPadamSo true.. jadi duta tak semestinya kena dibayar mahal2.. Dalam tak sedar setiap daripada kita ni adalah duta.. semoga kita semua dapat membawakan perwatakan yang positif ke mata dunia.. =)
BalasPadamRosmiza Ali Official Blog™
entry yg sgt bagus, tp entry2 yg bagus mcm ni la yg org xberminat nk baca & nk share. kalau artikel psl politik atau kontroversi laju je org komen & share... kejap je terus jd viral. ini salah satu perangai org kita jugak, lbh tertarik kpd benda2 yg xmendatangkan faedah berbanding benda2 ilmiah
BalasPadamaku biasa je share, tp xkn sbb aku share, so aku boleh bambu org yg xshare? mcm berkurang nilai keikhlasan berkongsi tadi tuh. huhu
PadamSenang cerita, sentiasalah buat baik daripada amik risiko buat perkara buruk...
BalasPadamwahh,kte sume duta negara.. P'kra nie nampak simple je tapi amat besar dan t'kesan dlm diri kte.. Kira cam identiti ke..kot..
BalasPadambetul tu, xpernah terfikir pun psl ni yg kita ni semua adalah duta yg membawa imej & maruah negara, bangsa & agama
Padamhaa anon yg suka merapu dan mengarut pun duta gak, duta kepada tanpa nama... proooooottttttttttttt ah legaaa~
Padamseriusly aku bukan duta pada sapa2 cuma duta pada diri sendiri heh
BalasPadamprooo00000oooottttttTTTt! Argh!! Leganya
Padambodo/racist gila classmate aduka generalize people mcm tu. dia termasuk dlm golongan yg sangka muslim are terrorist and black people are robbers.perkasa mana perkasa?
BalasPadamMy name is Muslim and im not a terrorist
Padam