Selasa, 20 Januari 2015

20 Perlumbaan Kedua Sang Arnab dengan Kura-kura

Sang Arnab berasa sangat malu. Kekalahan di tangan Sang Kura-kura mencabar kredibilinya. Tiba disarangnya, dia terus berfikir. Fikirkan sebab lain mengapa dia kalah. Hanya satu konklusi hinggap di kepalanya. Dia kalah sebab dia tidur. Jika dia tidak tidur, pasti dia menang.

Kehormatan spesisnya tercabar dek kekalahan itu. Dia mesti memperbetulkan persepsi itu. Kura-kura sepatutnya di pandang sebagai lembap! Tidak putus asa merupakan sikap yang sia-sia. Di dunia ini, keturunan merupakan segala-galanya.

Sang Arnab merancang dan merancang. Setelah berpuas hati dengan perancangannya, dia keluar dari sarangnya dan pergi mencari Sang Kura-kura.


Kesan kekalahannya seminggu nan lalu masih terkesan. Setiap haiwan yang terserempak dengannya pasti menyindir. Tidak pun memberi senyuman yang sinis.

Ini membakar lagi hati Sang Arnab yang sudah panas. Dendam kekalahannya mesti di balas. Tahulah kamu nanti langit tinggi rendah!

Sang Arnab ternampak Sang Kura-kura yang sedang dikelilingi oleh haiwan lain. Termasuk Raja Rimba. Ini peluang baik. Sang Kura-kura pasti tidak dapat menolak.

Dengan langkah yang gagah, dia menuju ke arah mereka. Egonya tercalar dan dia tidak boleh menunjukkannya.

Sang Kelawar yang nampak kehadiran Sang Arnab terus berkata,"Aku ingat kau tak akan keluar dari sarang seratus tahun lamanya. Bukankah lebih enak tidur di rumah?."

Haiwan-haiwan lain terus tertawa.

"Kau masih muda. Tapi kalah kepada Sang Kura-kura yang berusia 100 tahun. Bagaimana boleh macam tu?" Kata Sang Rusa pula.

Haiwan-haiwan lain terus tertawa.

Dengan muka merah padam, Sang Arnab mencabar Sang Kura-kura,"Wahai Kura-kura! Aku cabar kau untuk perlumbaan sekali lagi! Di hutan belantara tanpa saksi, aku pasti kau menipu di dalam perlumbaan tempoh hari!"

Sang Kura-kura menoleh perlahan-lahan. "Mahu pusingkan kepalapun berkurun lamanya. Bagaimana aku boleh kalah dengannya? Pasti dia menipu!"

"Aku cabar kau Kura-kura untuk berlumba di kawasan lapang. Di mana semua akan menjadi saksi!" Sang Arnab meneruskan cabarannya.

Haiwan-haiwan lain mula berbisik. Ada yang merasakan kata-kata Sang Arnab ada benarnya. Ada juga yang menyanggah.

"Aku terima," balas Sang Kura-kura. "Aku cadangkan kita berlumba di Bukit Keras. Dari puncak ke kaki bukit sebagai permulaan dan penamat. Di situ kawasan lapang seperti kau mahukan. Ramai boleh hadir menjadi saksi."


Sang Arnab berfikir sejenak. Bukit Keras diliputi batu batan dari kaki hingga ke puncak. Cukup lapang untuk ramai menjadi saksi. Perlawanan menuruni bukit memberi kelebihan kepada dirinya. Sang Kura-kura memang bersedia untuk kalah!

"Aku terima!" balas Sang Arnab.

Maka kecohlah perkabaran perlumbaan kedua itu. Seluruh rimba menuju ke Bukit Keras.

Sang Arnab mendaki Bukit sambil memikirkan jalan yang akan diambilnya. Laluan yang di pilih haruslah bebas dari batu batu keras. Bukit yang amat curam itu pasti memberi kelebihan kepada dirinya! Kawasan lapang yang tidak terlindung membolehkan dia melihat di mana Sang Kura-kura berada.

Sepanjang seminggu pengasingannya, dia bukan duduk sahaja. Dia berlatih dan terus berlatih. Menguatkan kakinya. Memakan ramuan yang dapat memberinya lebih tenaga. Tidur yang cukup sebelum tiba hari ini.

Kedua-duanya mengambil tempat masing-masing. Sang Arnab memilih tempat yang berdekatan laluan yang dipilihnya. Memudahkan dia mengelak batu batan di hadapannya sehingga ke kaki bukit.

Sang Kura-kura memilih untuk bermula di sebuah batu besar. Di hadapannya terdapat batu yang lebih kurang besarnya. Memang jarak ke kaki bukit lebih pendek namun pasti sukar bagi Sang Kura-kura untuk memanjat setiap batu itu. Pasti dia akan kalah. Kura-kura memang dijadikan bukan untuk berlari.

Sang Arnab tersenyum.

Raja Rimba bersedia untuk memulakan perlumbaan. Setelah satu ngauman yang kuat diberikan, bermulah perlumbaan itu. Bersoraklah haiwan-haiwan yang hadir.

Sang Arnab terus memecut. Kemahirannya ditonjolkan. Dengan pecutan penuh, dia masih dapat mengelak batu batu besar di bukit itu. Dia menoleh, Sang Kura-kura masih berdiri di batu tempat permulaan perlumbaan. Sang Arnab tersenyum lagi.

Di atas batu itu, Sang Kura-kura memerhatikan kepantasan Sang Arnab. Memang dia sangat pantas.

Sang Kura-kura sudah bersedia. Dia melompat dan memasukkan kepala dan kakinya ke dalam cengkerangnya. Tatkala dia jatuh di batu yang pertama, terus dia melantun ke bawah. Dan setiap batu yang dilanggarnya lantunannya semakin laju.

Sang Arnab menoleh lagi ke belakang. Sang Kura-kura sudah tiada di batu permulaan. Dia mencari-cari Sang Kura-kura.

Terkejutnya bukan kepalang! Dia melihat Sang Kura-kura melantunkan badannya dan telah pun mendahului dirinya. Ketika dia baru separuh perjalanan menuruni bukit itu, Sang Kura-kura sudah sampai di kaki bukit sambil dikeremuni binatang lain untuk meraikan kemenangan Sang Kura-kura.

Sang Arnab memperlahankan langkahnya. Kekalahan keduanya di tangan Sang Kura-kura meluluhkan jiwa....

Haiwan-haiwan lain melambung-lambungkan Sang Kura-kura. Merayakan kemenangannya. Mereka menoleh mencari Sang Arnab di tengah Bukit Keras. Kelibatnya sudah tiada...


20 ulasan:

  1. Sy tak setuju dgn cerita ni.
    Adakah melantun@melompat sama maksud dengan lari?
    dikira bijaksana memikirkan jalan asalkan menang.
    Matlamat tak menghalalkan cara.
    Atau sy yg tak faham cerita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa arnab lumba lari dgn kura2 dulu pun cuma arnab yg berlari, kura2 berjalan je... apa ada hal? kalau nk kata matlamat x menghalalkan cara, cerita sang kancil tu pn sama sbb suka menipu bntg lain utk kepentingan sendiri, tp dilabel sbg bijak

      Padam
    2. kalau baca balik artikel kat atas... tak de pulak bgtau "lumba lari"... yg ada cuma.. "perlumbaan".... cuba baca dan hadamkan betul2... kalau tak hadam.. tu yg kena buasir otak tu....

      Padam
  2. lepas tu kura2 tu pun mati tak lama kemudian akibat kecederaan dalaman. Kemungkinan untuk kura2 bergolek/melantun ke bawah di bawah berbatu2 agak tidak releven jika bukit itu tidak terlalu curam. Dia akan terhenti melantun, Jika kecuraman terlalu tinggi, dia akan melantun sehingga ke bawah..tapi akan menyebabkan dia mati akibat lekanggan pada cengkerang dan kecederaan dalaman akibat impak yang diterima oleh badan dalamnya yang berkulit lembut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pepatah melayu ada mengatakan, biar mati asalkan menang

      Padam
    2. hahah.lau sampai mati baik tak payah menang. Tak cukup hebat la kalau kena mati baru boleh menang.

      Padam
    3. kemungkinan untuk kura2 itu mati ialah 0.098657664% jika dibandingkan dengan kebarangkalian untuk kura2 itu terus hidup akibat hentakan yang kuat pada otak kura2 tersebut...bahagian cengkerang kura2 yang berbentuk V ialah serap hentakan dan akan berlaku teori anomali yang mana kura2 itu tidak mati kerana kura2 itu umpama Neo / Mr. Anderson yang mati kemudian hidup semula kerana teori e=mc2 tidak terikat lagi dengan kura2 itu kerana "he is one with the universe". Sekian, terima kasih! Lagipun daya serap friction untuk cengkerang kura-kura itu bertahap 5.674 daya magnet kutub utara...konon-konon ilmiah sangat lah tu kan?

      Padam
    4. kura2 illuminati

      Padam
  3. Yg si arnab pun senggal..buat pertandingan turun bukit..kalau naik bukit sure kura2 kalah....

    BalasPadam
  4. xpecah ke cengkerang dia hentak dek batu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk anak kura2, memang boleh pecah dan mati. sebab tu anak kura2 terdedah kepada bnyak pemangsa sebab boleh pecahkan cengkerang anak kura2 tu. untuk kura2 dewasa, memang sukar nak pecah cengkerang tu sebab sangat keras. Tapi kura2 tu tetap akan cedera jika jatuh terhempas ke batu berkali-kali. terutama disebabkan hentakan yang mencederakan bhgian dalaman. Jika ada sedikit sahaja retakan atau lekangan pada cengkerang, kura2 tetap boleh sakit dan menyebabkan dia mati. serupa macam kita pakai helmet, kita hentak kuat2 dengan bata, walaupun kepala tak ada luka, tapi gegaran dan kecederaan dalam kepala tetap ada. tambah2 lagi helmet tu sampai pecah..lagi la teruk.

      Padam
  5. Bnyak unsur2 illuminati dan freemasonary dlm penceritaan ini. Wajar dielakkan dari dibaca oleh kanak2 yg belum baligh.

    BalasPadam
  6. Novel "Perlumbaan Kedua" karya Marwalis. Pernah jadi novel rujukan kakak aku ke sekolah.

    BalasPadam
  7. apa point aa citer goreng ni? untuk menipu orang ke? haha2 mustahil la kura2 tu guna cengkerang boleh tahan banyak kali hentak puihhh citer sembang lebat nipu je kuat cehhh :P oooo mungkin point dia orang yg citer ni belum tentu betul ke idak fakta dia sebb kdg2 citer gebang kuat mcm citer goreng tapi habuk pun tarak haha2 betul tak huraian aku?

    BalasPadam
  8. aku ada jawabannya ha ha ha!

    http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/01/richard-dawkins-yang-sangat-delusional.html

    BalasPadam
  9. Ooii..ooiii.....ni buku KOMSAS aku masa f5 penciplak betul lah Cerita Goreng ni...puiii..

    BalasPadam
  10. nk kira logik sbb hentakn pd kura2 leh sebabkn kematian dan kecederaan dalaman?
    dah tu apa logiknye kura2 berbual2 dgn arnab?
    binatang hutan meraikan kura2?
    binatang buat pertandingan lumba
    iron man lwan thor
    atromen lawan raksasa
    yg kita nk ialah intipati sesebuah cerita...ok
    paham ke tak paham
    pahang ke terengganu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.