Pengarahnya, Paimuzi Yahya dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu berkaitan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam.
"Akta itu memperuntukkan mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
"Sebagai agensi penguatkuasa agama, pihak Jawi akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti serta keterangan yang mencukupi. Oleh itu Jawi meminta agar mereka yang terlibat tampil ke hadapan bagi membantu siasatan," katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut menyatakan kekesalan berkenaan dengan insiden tersebut.
"Perlakuan beberapa peminat tersebut dilihat melampaui batasan dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini," ujar beliau.
Perbuatan anggota kumpulan B1A4 mencium gadis tempatan ketika membuat persembahan pentas KL Live pada Sabtu lepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, telah menjadi 'viral' di media sosial.
Perbuatan itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan menulis dalam akaun Twitternya semalam: "Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark and handsome. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati.
Sumber Sinar Harian.
Tak dinafikan insiden gadis2 melayu dipeluk secara berjemaah oleh artis K-Pop di atas pentas baru2 ini agak memual dan memalukan umat Islam di Malaysia. Namun, aku kira, tidak perlulah sampai pihak berkuasa atau Jabatan Agama Islam mengambil tindakan dan menghukum gadis2 yang terlibat tu dengan denda atau penjara.
Aku kira, apa yang mereka dah lalui 2 3 hari ini di Internet, media sosial, media elektronik dan media cetak sudah cukup untuk menjadi pengajaran buat mereka dan orang lain terutama gadis2 melayu peminat K-Pop yang beragama Islam.
Paling tidak pun, Jabatan Agama berilah teguran, nasihat dan peringatan kepada mereka ini, dan kementerian yang berkaitan perlulah perketatkanlah lagi undang2 dan garis panduan bagi artis luar yang mahu mengadakan persembahan dan konsert di Malaysia terutama artis2 K-Poop dari negara Korea Selatan ini yang dilihat sering terlepas pandang walaupun diketahui umum mempunyai terlalu ramai peminat fanatik yang begitu menggila.
Ini kerana, jika Jabatan Agama menghukum dan mengambil tindakan juga kepada anak2 muda yang jahil dan mentah ini, aku kira, memberikan gambaran yang undang2 agama di Malaysia ini, amat tidak adil, kerana ia hanya terpakai, kepada rakyat2 marhaen dan tidak terpakai kepada golongan2 pemimpin, golongan bangsawan, orang ternama dan para selebriti yang turut pernah melakukan perkara yang sama, sama ada khayalak awam seperti di atas pentas, mahupun yang menjadi tontotan awam seperti di kaca2 TV, panggung wayang dan majalah.
Bukankah akta itu memperuntukkan mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan kesalahan, dan aku kira, seharusnya, dan sepatutnya, istilah "mana-mana orang" itu, terpakai, kepada semua orang, tidak kira status dan darjatnya, bukan begitu?
Namun, entah kenapa, kertas siasatan, tidak pernah pula, dibuka, terhadap orang2 seperti ini?
Jangan pula, ada macai yang akan berkata, ini tidak apa, kerana ia hanya ibarat, pelukan antara seorang ibu dan anak.
Kalau nak menjalankan suatu undang2, berlaku adillah. Jika tidak boleh berlaku adil, tak perlulah dilaksanakan secara berpilih2.
tags: gadis muda melayu kena peluk cabul cium artis kpop bana b1a4 baro atas pentas kena denda penjara hukuman jawi buka kertas siasatan tindakan romen artis pelakon pemimpin penyanyi rosmah mansor peluk lee chong wei shah rukh khan lcw srk berlakon filem drama melayu ifa raziah gegar vaganza
ye betul. Sangat tak puas hati, adakah cuma kerana mereka adalah gologan yang dikenali atau lebih tinggi berbanding org orang biase. ?
BalasPadamIni semua salah UMNO-BN yang membawa budaya K-Poop ke Malaysia!
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Padamprince noob leh remove tak message atas ni sebelum ada budak tekan
PadamGolongan artis sudah dapat imunisasi agama. Menghalang kreativiti artis adalah satu dosa memandangkan artis2 ini terbukti akhlak mereka sudahpun rosak. Mana ada artis yang baik akhlaknya? Artis nasyid pun ramai jadi sewel.
BalasPadamArtis malaysia kan dapat lesen besar.....semua benda leh wat atas dasar komitmen kerja...even sebelum ni pun nak tintet gelap mcm VVIP..sbb status mereka artis perlukan perlindungan......pasal LCW pun kak mah pun lesen super besar.
Padammacamana pulak masa LCW kena peluk sampei lemas turr....
BalasPadamMacai Dumno akan kate itu bukan peluk. Itu Big Mama bg minum susu utk tenangkan anak yg sedih hehe.. Jgn marah macai Dumno ek..
Padamdakwaan dan tuduhan terpilih.....rakyat biasa lu cari pasai lu sendiri tanggung
BalasPadamSETUJU.....end of comment.
BalasPadamSetuju. Kalau nak perangi, perangi semuanya...
BalasPadammana gambar rosmah peluk lee cong wei & shah rukh khan tu noob ko xmo masukkan ke?? jawi sila buka kertas siasatan
BalasPadamagaknya semua kena jadi macam kes cadbury kot, baru tetiba iklan coklat, isteri pakai tudung dan suami pakai kopiah.
BalasPadamaku cuba sampaikan hubungkaitnya, jika sampai maksudnya, baguslah.. hehe..
Betul pricns of noob.. Mmg filem camtu ptt dikenakan hukuman.
BalasPadamTp pmpn2 yg biar diri dicium tu pn ptt dirotan spye org yg bercium di khlyk umum lg..
Ntah Jakim nie, Ifa raziah dgn mamat mana live lagi kat tv peluk bagai mnx maaf teros setel, patot tu yang kene lebey sbb public figure..tang budak mana ntah baru nak bising sbb tau bole makan, x professional langsung..
BalasPadamDh nama pun malaysia, mmg mcm ni. Artis2, org2 kenamaan dilpskn. Rkyt marhaen akn dicari smpi ke lubang cacing utk dihukum
Padam