Diskriminasi dalam sektor pekerjaan terutama di syarikat2 swasta terhadap graduan dan pekerja melayu bukanlah suatu yang asing dan baru di Malaysia. Malah sudah menjadi "open secret" bagi syarikat yang dimiliki oleh tauke2 cina atau syarikat multinasional yang dipegang oleh orang cina secara terang2an hanya mahu mengambil orang cina sahaja untuk bekerja dengan mereka seperti kebiasaannya tertera di dalam iklan2 kerja kosong.
Malah pada tahun 2012, seorang pensyarah cina UKM telah membuat kajian mengenai diskriminasi majikan cina memilih warna kulit dan bangsa dalam sektor swasta.
1. BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.
2. Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.
3. Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
4. Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi di pegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.
5. Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.
6. Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.
7. Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan cina.
8. Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.
9. Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.
10. Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.
11. Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.
12. Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.
13. Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat cina dan calon cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum cina.
14. Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.
Sumber
portal berita UKM. Lain2 artikel yang berkaitan:
Sebenarnya, diskriminasi kaum dalam pekerjaan bukanlah satu rahsia lagi di Malaysia ini, malah ia bukan kerana semata2
kaum melayu dan bumiputera ini tiada kualiti seperti mana yang pernah ditulis oleh Tun Mahathir.
Kebanyakan majikan cina lebih suka mengambil pekerja cina, begitu juga dengan majikan melayu, dan juga majikan india. Semua orang lebih suka dan rasa selesa untuk bekerja dengan bangsa masing2.
Namun, majikan kaum lain selain kaum cina tidak terang2an mengiklankan yang mereka mahu pekerja melayu sahaja, atau india sahaja, kerana mereka tahu jika mereka meletak syarat sedemikian akan ada bangsa lain yang menjerit dan menjadikan isu betapa diskriminasinya majikan tersebut.
Akan tetapi berbeza dengan kebanyakan majikan cina, mereka secara terang2an meletakkan syarat seperti "Cina sahaja", "Chinese only", "Able to speak mandarin" dan sebagainya di dalam iklan kerja mereka. Itu belum masuk isu
pekerja muslim yang tidak dibenarkan pakai tudung atau
menunaikan ibadah seperti solat.
Adakah ini bukan suatu bentuk diskriminasi pada kaum lain? Adakah kaum cina yang katanya bencikan perkauman sedar akan perkara ini dan akan menegur diskriminasi tersebut?
Kalau ya pun nak ambil pekerja cina sahaja, tak perlu lah letak syarat2 seperti pada iklan pekerjaan. Jika ada bangsa kaum lain hantar resume, tak perlu lah panggil mereka temuduga so takde siapa pun tahu yang majikan itu diskriminasi atau tidak.
Aku ada banyak kenalan melayu di dunia sebenar dan maya yang ultra-melayu yang anti-cina, aku juga ada banyak kenalan melayu yang lebih terbuka dan anti-perkauman. Jika ada isu2 berkaitan perkauman di media2 sosial, kenalan2 melayu yang anti-perkauman ini akan memberi komen mengenai anti-perkauman malah jika terdapat isu yang melibatkan individu dari kaum lain, mereka hanya mengecam individu tersebut dan mempertahankan kaum individu tersebut walaupun mereka sering dilabel sebagai pengkhianat bangsa dan sebagainya hanya kerana mereka berprinsip yang salah hanya individu dan bukannya kaum mereka..
Namun, untuk menghapuskan isu perkauman dan menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang harmoni untuk didiami oleh pelbagai kaum, usaha daripada orang melayu sahaja tidak cukup. Tidak cukup jika sekadar orang melayu sahaja yang mempertahankan kaum lain apabila kaum lain dicemuh. Kaum lain terutama orang cina yang anti-perkauman juga perlu mempertahankan kaum lain seperti melayu dan india apabila mereka berhadapan dengan orang2 dari kaum mereka sendiri yang rasis.
Jangan kata kaum cina tiada yang rasis, dengan diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan sahaja pun dah membuktikan kewujudan orang cina yang rasis. Oleh itu, aku harap kaum cina yang anti-perkauman ini juga akan turut menegur, menasihat dan menyampaikan mesej anti-rasis ini kepada bangsa mereka sendiri terutama apabila terdapat rakan atau kenalan sebangsa mereka yang mengeluarkan kata2 atau komen yang rasis dalam bahasa cina, memandangkan orang melayu tak tahu bahasa mereka. Jangan bila bangsa korang kutuk melayu, korang pun hanya diam sekali atau join sekaki kutuk juga.
Dalam setiap kaum pasti ada ramai orang yang rasis dan membenci kaum lain, itu benda yang kita tak boleh lari. Ada melayu yang benci cina, ada cina yang benci melayu. Maka kita melayu, cina dan india yang anti-rasis dan tidak bermentaliti jumud ini sama2lah menegur dan mengingatkan orang sesama bangsa akan betapa buruknya sikap perkauman dan betapa pentingnya hidup bersatu padu dalam sebuah negara sebagai rakyat Malaysia.
Baca lagi "
Walau beza kaum dan agama, darah tetap sama merah".
tags: diskriminasi pekerjaan kerjaya kerja terhadap graduan mahasiswa melayu sektor swasta kajian ukm professor iklan kerja kosong cina chinese only malay graduates