Khamis, 7 Januari 2016

19 Penjawat awam usah guna media sosial sesuka hati

Seorang kakitangan awam dilaporkan menghadapi masalah berikutan posting di Facebook yang menyentuh mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu didakwa menerima surat tunjuk sebab selepas menulis bahawa azam tahun barunya adalah supaya perdana menteri dan isterinya "sedar diri".

Selain itu kakitangan itu juga meminta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan agar tidak asyik membuat "lawak bodoh".

Gambar hiasan
Surat tunjuk sebab yang telah banyak tersebar di media sosial tersebut menyatakan posting Facebook itu boleh menyebabkan persepsi negatif dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu boleh mencemarkan reputasi KEMAS, kerajaan dan perkhidmatan awam.
Baca selanjutnya di laporan Malaysiakini.

Berikut adalah post yang ditulis oleh kakitangan awam tersebut:


Berikut adalah keratan surat tunjuk sebab tersebut:


Dinyatakan kelakuan tersebut boleh dikenakan Tindakan Tatatertib di bawah Perkara 4(2), Perkara 19(1) dan 19(2) Bab D: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Berikut adalah Perkara 4(2):


Berikut adalah Perkara 19(1) dan 19(2):


Oleh kerana kakitangan awam terikat dengan peraturan2 seperti ini, bagi aku macam ni jelah. Nasihat aku kepada penjawat awam yang ada akaun media sosial Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Tumblr dan lain2 tu, tak perlulah nak tulis sangat hal2 berkaitan politik mahupun kerajaan, apatah lagi post2 yang mengutuk, memaki, menghina atau melawakkan pemimpin2 kerajaan.

Kita pun sedia maklum kebebasan bersuara kat Malaysia ni setakat mana sangat, tambah pulak pekerja gomen ada macam2 peraturan yang telah ditetapkan oleh majikan korang iaitu pihak kerajaan. Kalau korang kutuk pemimpin2 korang kat Fesbuk dah tentu diorang tak suka dan boleh ambil tindakan kat korang, sebab diorang ada kuasa sedangkan korang ni sekadar ikan bilis.

Jangan sampai benda2 hal remeh temeh disebabkan posting kat Fesbuk korang kena diambil tindakan dan boleh dibuang kerja. Tak payahlah nak sembang hal2 politik sangat, tambah2 lagi post kat Fesbuk masa waktu bekerja. Buat hal sendiri sudah, pasal2 politik ni biarlah orang selain pekerja gomen je yang jadi keyboard warrior sembang kat Fesbuk. Kau buat kerja kau sudah, jaga diri, jaga keluarga, jaga anak bini, jaga periuk nasi sendiri.

Sebab bila kau dikenakan tindakan, paling tidak kisah kau viral, lepas tu ramai2 bantai kerajaan, pastu tak lama kemudian isu tu senyap dan kau pun dilupakan untuk menanggung hukuman kau seorang diri. Apa2 yang terjadi, kau tanggung sorang2. Para keyboard warrior lain takkan tolong kau pun, pemimpin2 pembangkang takkan tolong kau dan keluarga kau pun, dan kau takkan diangkat dan dijulang sebagai pejuang keadilan dan bangsa pun.

Kalau kau tak suka sangat pun dengan parti politik yang sedang memegang tampuk pimpinan kerajaan yang sedang kau bekerja sekarang, masa pilihanraya nanti pangkahlah mana2 parti yang kau suka. Kalau kau tetap nak bergiat aktif dalam politik jugak, berhenti jadi penjawat awam dan kau boleh berkempen dan maki pemimpin politik tiap2 hari kat FB kau sebab dah terikat dengan peraturan majikan kau.

Dan daripada kau dok mengutuk majikan kau tiap2 hari kat Fesbuk sampai boleh menimbulkan kontroversi serta kemudaratan kepada diri kau sendiri, apa kata kau gunakan jawatan dan kepakaran kau untuk berkongsikan perkara2 yang bermanfaat kepada orang lain, seperti beberapa doktor kerajaan yang selalu berkongsi tips dan hal2 berkaitan kesihatan, ustaz kerajaan yang berkongsi tentang hal2 agama dan dakwah, pegawai tadbir yang berkongsi hal2 berkaitan polisi dan prosedur kerajaan seperti prosedur nak buat kad pengenalan, prosedur nak mohon bantuan daripada jabatan kebajikan, cara untuk membeli rumah PR1MA dan sebagainya.

Ini tidak, tak habis2 asyik nak maki hamun orang sahaja. Serius, kau kutuk2 pemimpin kerajaan kat FB pun takkan mengubah apa2, lebih baik kita sendiri gunakan pengetahuan kita untuk buat sesuatu yang bermanfaat kepada orang ramai.

Kenapa? Rasa tak puas hati? Rasa dunia ini sangat tidak adil?

Ya, dunia ini memang tidak pernah adil, just accept it and carry on.




tags: penjawat awam kakitangan pekerja gomen kerajaan pegawai kemas dapat surat tunjuk sebab hina kutuk pm najib rosmah ahmad maslan facebook kak nedd dasar peraturan tindakan tatatertib

19 ulasan:

  1. mintak kerja gov alih2 dapat keje bukan gov haha2

    BalasPadam
    Balasan
    1. cıɞѧı sıяosʟı meyamѧr jadi XsıяosDah pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ mѧTmѧsєLѧň ,sıяosʟı , ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ & jıɞɞy яѧzѧҡ✌

      -Presiden KoTE( Kesatuan anOn Togel BanglaEsia)-

      Padam
  2. alahai...ramai..jer yang mintak gov...tapi tak ada rezeki..tapi bila dah di cop sebagai gov worker..tolong lah ikuti peraturan...mugkin ada yang guna untuk berniaga lagi...

    BalasPadam
  3. Kenapa pulak jadi mcm ni? Dah sampai masa kita perlu terbuka dlm hal ini,apatahlagi dlm hal memilih pemimpin,bkn nk mengata tapi dlm soal kebebasan bersuara kita jauh ketinggalan berbanding indon,kt indon boleh kritik pemimpin secara trbuka,berdebat secara terbuka, jauh meninggalkan mlsia, dan yg akhir sekali boleh kentut dmuka sirosli proooooottt arghhh leganya

    BalasPadam
  4. Jaga la nama company klw dah kerja kat company tu x kira swasta atw gov. Ko busukkan nama company sendiri sama mcm ko jahanam periuk nasi sendiri

    BalasPadam
  5. ლ(́◉◞౪◟◉‵ლ) Cıɞѧı ňooɞ ҡo Dєʟєţє ҡomєň ѧҡu ɞuѧţ ѧpѧ?

    BalasPadam
  6. Governments don’t want a population capable of critical thinking,they want obedient workers, people just smart enough to run the machines and just dumb enough to passively accept their situation.

    You have no choice. You have owners. They own you. They own everything. They own all the important land. They own, and control the corporations. They’ve long since bought, and paid for the Senate, the Congress, the state houses, the city halls, they got the judges in their back pockets and they own all the big media companies, so they control just about all of the news and information you get to hear. They got you by the balls.

    George Carlin

    BalasPadam
    Balasan
    1. What you talking about? I dont understand, because we eat tempe not burger, you know prooott? Proooott dmuka ko

      Padam
    2. Bila orang bagi komen yg bernas ada ja org bodoh yg bagi komen yg tak lawak..

      Padam
    3. korang ni dah kenapa main prooot2. igt syok ke proot kan org .. jilake.. proooot dkt muka anon prooot argh lega baq hang..

      -sirosli meyamar jd anon-

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Saya sebagai penjawat awam malu dan kesal dengan tindakan kakitangan tersebut, minta kerja jadi penjawat awam a.k.a kerajaan, tapi buat perangai dan maki kerajaan,puak-puak macam ni suka buat perangai dalam jabatan tapi yang buruk nama kerajaan walhal mereka ni penyokong tegar pembangkang, macam c.b.i,

    sekian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni dah kenapa biar la dia kutuk ke apa ke proooottt di muka mat maselan & najibun razak argh lega baq aanggg.

      -macai gomen-

      Padam
  9. Setiap penjawat awam terikat dgn perintah2 am.
    Tapi tidak terdapat garis panduan jelas tentang hak sebagai warganegara negara demokratik contohnya hak untuk cenderung pada mana2 parti politik,mengulas sesuatu isu sebagai rakyat bebas yang berhak menyatakan pandangan peribadi dgn cara yg tidak keterlaluan/bukan ugutan jenayah dsb.
    Sepatutnya sebagai sebuah negara demokrasi,ada garis pemisah antara pekerjaan rasmi( esp gov servants) dengan hak rakyat biasa yg bebas bersuara.
    Negara2 maju dh lama ada.
    Kita...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.