Khamis, 21 Januari 2016

24 Kelas membosankan salah pelajar atau pengajar?

Trend student unibersiti. Tempat saya lah. Hampir 4 tahun saya perhati.

Time lecturer mengajar, datang lambat, sampai kelas berborak sakan, main phone, layan ws, main COC, tak fokus. Habis kelas, dok komen, lecturer tu ngajar bosan, "Aku tak taw aku belajar apa doe! Pishang gila kelas dia!"

Time lecturer cakap nak bagi test@kuiz, masing2 kelam kabut mintak tips. Bila lecturer tak bagi, "Jangan salahkan saya la nanti kalau saya tak score." Bila bagi pulak, kelam kabut study yang tips tu, then "Eh yang ni tak pernah ajar pun?!" Part meniru@toyol etc. letak tepi dulu lah.

Sumber gambar

Time group assignment. Buat sebab nak kena buat, nak markah, sambil ngomel2, "ahh susahnyee laa. Kenapa la bagi assignment menyusahkan hidup sangat. Simple2 sudeyyy. 10% je punn." Tak nak buka hati langsung fikir jauh sikit.

Time final paling kelakar. Masa study week sambil lewa. Anggap biasa2. Esok nak exam hari ni baru kabut nak study. Sambil2 komen lecturer tak pandai ngajar then bagi soalan susah.

Hmm pelajar unibersiti. Pandang cermin kenang kita di mana. We such a spoil kids. Mengharap spoon feed setiap masa. Ada logik bila industri komen fresh grad kini tak ada kualiti. Sibuk nak komen korupsi negara, padahal dia korupkan diri sendiri saja tutup mata.

Situasi kita ni, suka fokus pada masalah. 10 kali meeting 10 kali lah bincang masalah. Tak nak bincang punca. tak nak bincang solusi. Tidak lah bermakna saya yang baik apatah lagi terbaik. Cukup untuk kita kenang. yang saya, awak, kita, sebenarnya....

LEMAH, MANJA, LEMBIK.
kesian mak ayah kita.
kalau lah depa taw kita macam mana kat sini. :'(

Luahan hati seorang pensyarah yang dikongsi dari FB Muhammad Amirul.


* * * * * * * * * *

Aku juga jangan kata masa universiti, kat kelas masa sekolah mengajar pun ada pernah tertidur sebab cikgu dan lecturer yang mengajar tu membosankan dan suara mereka macam boleh memukau aku untuk jadi mengantuk dan tertidur. Bukan aku sengaja nak tidur tapi kadang2 tu memang tak boleh tahan. Aku cuba kuatkan semangat untuk fokus dan tumpukan perhatian pun, tau2 kepala dah tersengguk2.

Cuma zaman aku dulu paling teruk pun setakat tertidur dalam kelas je lah. Main handphone, datang lambat, berborak, memang tak la sebab mungkin zaman aku tu takde smartphone lagi dan rasa hormat pada guru dan pensyarah tu masih tinggi, tak berani nak buat benda2 yang biadap dan kurang ajar ni. Dan walaupun sesi pembelajaran kadang2 agak membosankan, aku akan berlakon2 tumpu perhatian dan buat2 salin nota tapi yang sebenarnya tengah melukis atas kertas.

Study last minute, esok nak exam hari ni baru menggelabah nak bukak buku buat nota tulis toyol kecik bagai tu memang dah biasa. Cuma bila dah nak akhir2 semester baru aku berubah jadi rajin sikit belajar betul2 sebab dah menyesal pointer tak capai target. Nasib baik akhirnya dapat la jugak keluar universiti dengan result yang agak memberangsangkan.

Apa yang lecturer atas tu cakap memang betul, aku sendiri pun buat benda yang sama dan aku harap adik2 yang masih belajar sekarang jangan tiru perangai aku. Jangan tidur, berborak, main handphone dalam kelas, jangan datang lambat, hormat dan buat baik dengan guru atau pensyarah korang. Handphone tu kalau boleh offkan terus sebab boleh mendatangkan distraction atau gangguan. Masa dalam kelas tu jangan main2 tumpukan perhatian betul2 sebab kalau korang dapat tangkap dan faham apa yang korang belajar dalam kelas dengan sepenuhnya, korang tak perlu nak study lagi siang malam gila2 sebab korang dah faham.

Dan di sisi satu lagi, kita sebagai orang dewasa kena faham yang pelajar2 ni budak2 yang pemikiran diorang masih kurang matang dan suka main2, so bila mereka bosan dengan cara dan kaedah mengajar kita, tak boleh nak salahkan murid 100%. Ada je cikgu dan pensyarah yang jadi favorite dan disukai pelajar kerana cara mengajarnya bagus dan efektif, so sebagai pengajar mungkin kita sendiri kena nilai dan ubah cara dan kaedah mengajar kita agar ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan serta tidak membosankan. Paling tidak pun bagi ingatan dan buat larangan tutup telefon bimbit masing2 sewaktu kelas sedang berjalan, kalau kantoi bukak handphone akan dihalau keluar.

Tapi itu semua untuk budak2 la. Kalau kau jadi pengajar kepada orang2 dewasa, kau dah tak perlu peduli dah semua tu sebab masing2 dah besar panjang. Macam aku pernah cerita dulu, aku pernah  mengajar dalam kursus2 komputer untuk pekerja, dan aku tahu yang datang kursus tu bukan semua berminat nak belajar pun. Rata2 ramai yang pergi kursus sebab terpaksa sama ada bos mereka suruh, nak habiskan bajet atau kena cukupkan KPI kursus.

Maka disebabkan itu sebelum mula kelas biasanya aku akan cakap:
"Siapa yang nak belajar, boleh tanya jika ada benda yang tak faham atau boleh beritahu jika kelas saya laju sangat. Bagi yang tak berminat nak belajar, kalau korang nak buat kerja sendiri, nak keluar ke atau nak balik rumah pun boleh dipersilakan. Saya pun tak nak ambil dan buang masa kamu semua lama2 kalau kamu memang tak nak belajar. Saya senang, uolls pun happy".

Dan last sekali, apa kejadah budak2 sekarang sebut bosan tu PISHANG? Apa kaitan buah pisang dengan bosan? Sebut je bosan tak boleh ke? Pishang teroxx la, fake relay la, ale uto la, karut2 je perkataan budak2 baru nak up sekarang.

Baca lagi artikel lain berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: kelas lecturer pensyarah cikgu guru pishang teroxx tidur main smartphone whatsapp chat borak datang lambat universiti sekolah

24 ulasan:

  1. salah kentut di tempat sepatutnya prootttt arghh lega~

    BalasPadam
    Balasan
    1. cibѧi sıяosʟı gѧy яupєnyѧ pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ ѧyѧm ѧpєяiҡѧ

      -peliaq83-

      Padam
  2. Aku time study dulu tak pernah la bawa toyol. kalau untuk ujian kecik2 tu, pernah la juga copy paste jawapan kawan dengan buat isyarat tangan. hahaha
    memang salah cikgu pun kalau kelas boring. kalau cikgu tu creative, ceria, confirm tak boring..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi ko penah prooooOott kan masa cikgu mengajar ? baik ko ngaku

      -sirosli-

      Padam
  3. bagi aku, tenaga pengajar yg bertanggungjawab. subjek sejarah contohnya, tolonglah jgn baca teks depan kelas. bertambah bosan. pensyarah pun sama, setakat baca slides/teks, mmg lah bosan. dulu aku masuk kelas psycho memang full house, walau kelas malam. sebab? lecturer cerita fasal psycho seks, wahahahah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmm...betul juga =o

      buasirotak.blogspot.com/2016/01/kelas-membosankan-salah-pelajar-atau.html?m=1

      Padam
    2. hai zilaloxx ... sy pun nak blajar jugak psl topik seks
      jom buat stady grup.

      -student gersang-

      Padam
    3. stady topik seks ni ada amali x? kalu ada aq pun nak join.

      -ayam aperika-

      Padam
    4. aku chenta padamu zyrarock

      -sirosli-

      Padam
    5. nak belajar, belajar je lah. klu takut bosan x payah belajar. sejak bila belajar wajib seronok? ko nk tuntut ilmu, ikut je la cara tok guru ko.

      Padam
  4. If you want something, you need to earn it. Kalau anda rasa pensyarah mmg membosankan...ckp awal2 ambik degree belajar sendiri, terus masuk exam sbb kalau masuk kelas pun serupa niat xnak belajar.

    Satu lagi, kalau anda masuk U tp nak disuap mcm kat sekolah menengah, anda silap besar. Masuk U maksudnya anda start berdikari....pensyarah dah mengajar dah cukup baik. Anda nak pensyarah tip top mcm anda idamkan...itu namanya anda byk sgt tgk drama melayu, semuanya perfect.

    Sy tgk byk budak berjaya dlm pelajaran sbb hardwork mereka...jrg dengar mereka yg excelent complain pasal pensyarah mereka. Ni baru pensyarah...belum bos anda nak bekerja yg ada 1001 ragam...this is life and we need to learn how to connect each other, not expect people understand you at this 1st place.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lecturer yg amat bosan. masuk kelas mcm kayu... pot2 pet2 bg talk kemudian habis klas balik. ko phm ke x itu ko punya pasal janji gaji mashyuukk. meluat aq.. mcm mana budak xtido. dah la pg2 mata ngantuk huhuhu..

      Padam
    2. Budak yg x layak masuk uni tp dpt masuk jgk sbb kesian atau budak melayu bumiputra yg masuk uni dgn kelayakan paling minimum mmg bnyk komplen. Spm ada satu dua A je dah dpt masuk uni mmg la susah nak pick up ape2 pun, malas membaca, malas belajar, repeat paper smpai sem 8. Sendiri bermasalah, salahkan pensyarah dan kawan2. Bagus kan?

      Padam
    3. Kalau anda diberi peluang jd pensyarah pun akan jd benda yg sama. Pensyarah bukan mcm cikgu sekolah...kalau cikgu sekolah KPI dia ialah akedemik pelajar itu sendiri..tp pensyarah KPI utama ialah research n penyelidikan mereka terhadap fakulti/uni..mengajar bukan KPI utama..sbb 2 anda nmpk pensyarah x bersemangat mcm kat sekolah..habis dia mengajar budak degree, dia smbung kat bilik buat research/kertas kerja. Lagi excelent kertas kerja, lagi cepat naik pangkat/level.

      Padam
    4. budak yg tertidur tu jenis lembik, lemah dan pemalas. jd kerbau pendek lg bagus klu nk tido siang

      Padam
  5. time study dulu, sy lalui 2 situasi. satu, lecture yg sangat2 best dan kedua, lecture yg bosan yg amat.

    lecture yg best tu kelas english. kalau tgk luaran, mungkin ramai fikir kelas ni bosan sbb belajar bahasa kan... tapi, sy SALUTE dengan lecturer tu sebab PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN dia sgt2 SUPERB! superb kat sini sy rungkaikan:

    1. menggunakan English yg 'selevel' dgn kami (para student) dan campur2 dgn 'manglish'.
    2. penerangan dia sangat2 terperinci walaupun ada student tanya, apa beza WAS dan WERE dan dia menjawab smpi 1 kelas betul2 faham.
    3. lawak jenaka. kelas bahasa kami penuh dgn gelak ketawa dan ini membuatkan kami tak tidur dan segar bugar walaupun kelas berlangsung selama 2 jam!
    4. lecturer HAFAL SEMUA NAMA2 STUDENT DIA dan DIA BOLEH CAM SAPA YG DATANG DAN SIAPA YG TAK DTG (kat situ ada unsur caring) kalau sakit dia akan tanya kenapa sakit, etc.
    5. kalau student score sikit (time mid term) dia akan berusaha membantu smpi student tu boleh dpt markah yg lbh baik. kalau tak boleh jln juga, dia akn monitor next sem. tp setakat sy belajar, tak de sorg pun student yg repeat paper dia. semuanya score!

    BalasPadam
    Balasan
    1. andaikata lecturer (SIR MUHAMMAD) tu bc komen sy ni, saya doakan dia sentiasa sihat dan bahagia. jika dia sudah meninggal dunia, sy berdoa agar Allah membalas budi baiknya dgn ganjaran yg setimpal. aminnn...

      Padam
  6. sebab tu kita kena pilih coarse yang kita minat kat universiti. walaupun pensyarah yang ajar tu membosankan tapi kita masih boleh tumpukan perhatian sebab kita kita minat atau separuh minat dengan subjek yang ada dalam coarse tu. barulah istilah mengantuk, main hendphone dan sebagainya tu tak wujud.

    http://sayapejuangbahasa.blogspot.my/2016/01/inilah-manusia-jahil-yang-ramai-manusia.html

    BalasPadam
  7. Skrg masuk u bkn sbb nak blaja pn.. sbb trend jer.. sbb xnak duk ngn mak bapak.. sbb nak bebas.. nak blaja xde pn dlm kepala otak..

    BalasPadam
  8. kedua-dua perlu memainkan peranan...ya..lah kan kalo tenaga pengajar bersungguh-sunguh dan cuba tarik perhatin pelajar, tapi si pelajar mmg tak minat pada sesi kelas tak boleh gak...www.keladionline.com

    BalasPadam
  9. Nak blaja buat la cara nak blaja..
    Ni dok main game, dok bercouple, dok melaram dgn duit org lain, dok masuk skim cpt kaya MLM, dok merewang situ sini.. pakai keta moto xmo..
    Pastu duit habis, kata mahasiwa kebulur plak..

    Wtf..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama macam adik ipar aku, nak bagi motor tak mo.. katanya nak ambik lesen kereta. pastu mengadu duit belanjanya tak cukup. ngada2.. kita dulu berpanas tunggu bas, naik2 bas berdiri berhimpit2. dia sedap2 naik kereta, pastu cakap kebulur ikat perut. wak dia. belum apa2 dah biar papa asal bergaya. huh

      Padam
  10. Hari ini kita bersyukur~ hari esok tambahkan kesyukuran~ dengan nikmat~ pemberian Allah~ itu sifat seorang hamba~~

    BalasPadam
  11. pishang tu bosan ke..?? hahahahahahaha..... makin jahanam bahasa melayu skg ni... tak paham betul la... kenapa mesti nak tukar2 perkataan tu... hahahahaha...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.