Ingat tak lagi, ada suatu masa dulu, kita sangat rapat?
Kita lepak sama-sama, bermain sama-sama, mandi sungai sama-sama, belajar sama-sama...
Masa itu kita memanggil antara satu sama lain dengan nama.
Masa berlalu...
Kau dan aku kini membawa haluan masing-masing...
Mengejar matlamat dan impian yang berbeza...
Punya komitmen dan tanggungjawab yang perlu dipikul...
Sibuk membina kehidupan sendiri...
Setelah 10 tahun kita tidak berhubungan, pada satu hari kau mengirim ucapan hari lahirku di Facebook...
"Happy birthday, bro"Kawan...
Walaupun hanya sekadar mesej di Facebook, aku gembira kerana kau masih ingat lagi padaku, walaupun hubungan kita tidak lagi seperti dulu...
Namun, aku sedar yang kini aku sekadar "bro" dalam hidup kau...
Kau tidak lagi memanggilku dengan nama seperti dulu kala...
Betapa masa telah mengubah perhubungan kita...
Dari kawan yang rapat...
Menjadi orang yang asing...
Tidak mengapa kawan...
Aku tidak marahkan kau...
Aku tahu, ia suatu yang normal...
Lumrah biasa dalam kehidupan...
Aku faham...
Masa itu tidak boleh diulang...
Aku, kau...
Manusia itu berubah...
Mengikut peredaran waktu...
Kenangan tentang kita pada suatu masa dahulu...
Akan aku semat dalam ingatan, sebagai sebuah memori indah...
Yang tak akan aku lupakan, buat selama-lamanya...
Terima kasih... bro.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: catatan coretan buat untuk kawan teman sahabat lama karib akrab bawa haluan masing bro
Setiap kenangan itu sentiasa segar dalam ingatan,
BalasPadamProoOotTtT d muka jibby chibai minyak naik
BalasPadam-GaynouTantei-
Untung lagi kalau masih dia ingat nak wish birthday, ada yang buat tak kenal terus je pun ada, sadis.
BalasPadamPaling sadis bila ucapan birthday pun dapat sebab notification dalam Fb dan member tu hanya taip 'HB, bro' je dekat wall.
BalasPadam