Ahad, 7 Januari 2018

3 Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa

Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa,  amboi, amboi!

Antara bait-bait lirik lagu Amboi nyanyian Altimet yang aku paling ingat, malah ia kena sangat dengan masyarakat kita pada hari ini. Cuma yang lagi teruk bila orang yang tak pernah pergi usrah malah ilmu agama tak tinggi mana pun, terus maki, menyindir, mengecam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mufti dan juga ulama terutama apabila para agamawan ini mengeluarkan kenyataan yang menyentuh minat dan hobi mereka.


Baru-baru ini Mufti Wilayah Perseketuan mengeluarkan kenyataan atau Bayan Linnas tentang hukum memakai kostum atau cosplay yang menjadi trend para peminat anime di Malaysia termasuk umat yang beragama Islam menyebabkan terdapat sebahagian peminat anime dan cosplay marah dan triggered.

Sebelum itu juga Mufti Perak pernah menegur perbuatan umat Islam yang menghadiri acara penghormatan terakhir kepada artis K-Pop SHINee, Jong-hyun yang membunuh diri dengan aktiviti membawa belon dan lilin, bersedih dan menyanyi beramai-ramai, namun telah dimaki dan diselar oleh segelintir peminat K-Pop terutama peminat perempuan yang masih muda.

Itu isu yang baru, tapi memaki dan mengecam mufti ini bukan benda baru. Dari dulu lagi, asal benda yang diminati disentuh oleh orang agama, terus triggered dan rasa nak marah. Masa mufti keluarkan kenyataan berkaitan Pokemon Go, peminat Pokemon marah. Bila agamawan cakap pasal hukum melukis, pelukis marah. Bila ada mufti fatwakan vape haram, penghisap vape tegar melenting. Bila mufti fatwakan rokok haram, penghisap rokok tegar marah.

Asal minat atau kegemaran kita ditegur, terus panas. Bangkang pula cakap, kenapa sibuk tegur minat kami? Kenapa tak tegur benda lain? Peminat cosplay cakap kenapa tak tegur perokok? Peminat KPop cakap kenapa tak tegur rancangan TV maghrib tu? Perokok pula cakap kenapa tak tegur pemimpin makan rasuah?

Diorang ni tak faham, bila orang menegur sesuatu benda, bukan bermakna dia membenarkan sesuatu yang lain. Dia mungkin tak tegur sebab pernah menegur sebelum ini atau tidak tahu akan perkara itu. Lagipun biasala orang menegur ikut isu semasa. Kita pun ambil tahu sesuatu perkara tu pun bila benda tu menjadi isu semasa, dah viral. Kalau tidak, kita pun tak peduli atau tak tahu pun.

Dia macam ni. Mufti ada autoriti untuk mengeluarkan kenyataan dan fatwa, menegur atau menasihati berkaitan apa-apa sahaja yang berkaitan agama dan umat Islam di negara kita berdasarkan ilmu dan kuasa yang mereka ada. Malah yang dia cakap tu pun benda asas dalam Islam je pun, macam jangan dedah aurat, lelaki jangan kostum perempuan, jangan membazir, jangan riak, jaga batas pergaulan dan sebagainya, yang tak perlu mufti cakap pun kau sebagai orang Islam patut dah tau boleh ke tak boleh, haram ke tak haram.

Kalau kau orang tak suka, cuba bahas secara baik. Tak perlu maki, kecam dan marah. Mereka bagi kenyataan berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah, kau bagi kenyataan kau berlandaskan cacian, carutan dan kata-kata kesat.

Apa ni?

Mereka itu mufti kot. Kalau mak bapak korang nasihat, atau tak support kau orang punya minat pun, kau takde pergi maki hamun mak bapak korang pun kan?

Lagipun sebagai seorang umat Islam, kau terima jelah yang kebanyakan minat kita tak selari dengan ajaran Islam dan cara hidup muslim sejati sangat pun. Anime tu banyak je unsur-unsur menyimpang. K-Pop tu sama je boleh mengkhayalkan. Main game ni ada je mudaratnya. Tengok filem dan TV pun banyak yang benda yang tak elok. Dengar lagu tu pun sama je banyak je unsur lucah dan negatif.

So kalau orang bagi nasihat terutama dari sudut agama, kau diam dan terima jelah kalau kau takde ilmu nak bahas, sebab kalau kau marah ke, tak puas hati ke, setuju ke, akhirnya kau tetap buat jugak. Kau bising ni pun sebab bila minat dan hobi kau ditegur. Kalau minat dan hobi orang lain yang kena tegur, kau buat bodoh je, malah kau tambah tibai lagi kalau kau tak suka minat orang tu.

Agamawan ni cuma menjalankan tanggungjawab mereka untuk membuat garis panduan dan mengingati masyarakat sahaja. Kau nak ikut atau tidak, terpulang. Agama tiada masalah, mufti tiada masalah, agamawan tiada masalah, yang bermasalah adalah kau yang terlalu fanatik dan taksub pada minat kau sampai meletakkannya atas dari agama.

Sebab akhir sekali, kau tanya lah diri kau, mana yang lebih utama? Islam atau minat kau?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: mufti kenyataan cosplay cosplayer anime haram kpop mati bunuh diri upacara lilin menyanyi sajak vape rokok fatwa 

3 ulasan:

  1. Amboii.. kalau semua orang rasa dia la paling betul orang lain je salah, susah la macam ni

    BalasPadam
  2. ttg isu cosplay ni.
    sbnrnya mutfi dah bagi penjelasan melalui satu link (lupa link dia), dia tak ada marah seperti digambarkan akhbar malah memberitahu lebih mendalam ttg hukum cosplay.
    tapi akhbar metro ni, tau lah sengaja cari sensasi, org (cosplayer) ni pada mula tak tau ada link penjelasan sebenar.
    cuba komen sikit ttg akhbar zaman skrg, isu gosip dan sebagainya mostly like “sampah”. itu sbb org skrg lagi melebih membaca berita melalui phone drpd membazir membeli surat khabar.

    cosplayer (bagi yg muslim), dah lama tau ttg pembatasan untuk memakai costume (sila rujuk kpd senior cosplayer).
    buat lowcost, handmade (jahit), lambang “cross”, diubah kpd “+”, mereka ni 2,3 kali fikir sebelum pakai, malah sebelum buat, mereka tengok details design costume terlebih dahulu.

    -fem

    BalasPadam
    Balasan
    1. Link Bayan Linnas ada kat artikel tu boleh klik. Tak dinafikan ramai triggered lepas akhbar Metro laporkan benda tu keesokan harinya, tapi sebelum tu still dah ada yang triggered dan tak berpuas hati juga pada mufti. Dan artikel ini bukan sekadar isu cosplay tu sahaja, tetapi adab kita dengan mufti dan juga keutamaan antara minat dan agama. Lepas ni mungkin dia akan bagi kenyataan pasal minat orang lain pula, siapa tahu? Nanti orang tu pulak triggered.

      Dan pasal akhbar sampah tu, tak perlu dah nak komen lagi sebab sebelum2 ni pun tulis banyak artikel pasal tu, tak perlu ulang dah nak ulang benda2 sama banyak kali.

      - Tajuk berita sampah menghasilkan pembaca sampah
      - Berita bertaraf sampah media arus perdana
      - Cara media mendidik masyarakat menjadi gila seks
      - Lapor berita yang sahih bukan putar belit
      - Kebebasan media = kebebasan fitnah?

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.