Namun bagi seseorang yang beragama Islam, ada 3 jenis pekerjaan yang kita harus tahu dan faham.
1. Pekerjaan berkaitan agama
Pekerjaan yang berkaitan agama ini hanya boleh dilakukan oleh penganut agamanya sahaja. Seperti contoh pekerjaan yang berkaitan agama Islam hanya boleh dijawat oleh orang muslim sahaja. Orang yang bukan Islam sudah pasti tidak boleh bekerja dalam bidang ini.
Antara contoh pekerjaan yang mempunyai perkaitan rapat dengan agama Islam adalah ustaz, ustazah, imam, bilal, mufti, guru tahfiz, tahfiz, pendakwah, pegawai agama dan yang sewaktu dengannya. Pekerjaan seperti ini bukan sahaja berkait rapat dengan agama Islam dan hal-hal ukhrawi, malah ia sebenarnya membawa imej agama Islam itu sendiri.
Maka orang Islam yang memilih pekerjaan ini, mahu tidak mahu, suka atau tidak, wajib menjadi baik, mematuhi peraturan agama dengan sempurna serta menjaga akhlak dan menunjukkan keperibadian yang mulia.
Orang yang bekerja dalam bidang ini memang langsung tak boleh tak menutup aurat, tak menjaga akhlak, mengeluarkan kata-kata kesat, maki hamun sana sini, mencabul anak murid dan melakukan lain-lain keburukan.
Bayangkan seorang ustazah mengajar di sekolah tak pakai tudung, atau seorang ustaz kantoi berkhalwat di hotel, atau seorang imam mengaku dan memperjuangkan gay, atau seorang pengetua sekolah tahfiz ditangkap kerana meliwat anak muridnya, mesti kita akan rasa marah dan jelek.
Setiap kesalahan yang dilakukan oleh orang yang bekerja dalam bidang agama bukan sahaja tak boleh diterima masyakat, malah ia akan membawa kemarahan orang Islam yang lain serta mengundang kebencian orang beragama lain, kerana secara tak langsung ia telah mencalarkan imej agama Islam itu sendiri.
2. Pekerjaan biasa yang tidak berkait dengan agama
Pekerjaan biasa yang tidak bersandar kepada mana-mana agama adalah bebas dijawat oleh penganut semua agama. Orang Islam dan orang bukan Islam boleh melakukan kerja-kerja tersebut, seperti contoh guru, jurutera, doktor, polis, ahli politik, peniaga, pegawai kerajaan, pensyarah, arkitek, petani, nelayan, pemandu teksi, posmen dan lain-lain lagi pekerjaan yang biasanya berkaitan dengan perkara duniawi.
Malah jika penjawatnya orang Islam tetapi dia tidak mengamalkan ajaran dan cara hidup Islam seperti seorang doktor wanita tidak menutup aurat, seorang pensyarah tak rajin solat, seorang peniaga tak puasa dan sebagainya, secara teknikalnya ia masih boleh diterima dalam masyarakat walaupun mungkin ia tidak ada nilai di sisi Tuhan.
Namun bagi orang Islam, asalkan pekerjaan biasa ini tidak melanggar syariat, membawa kebaikan kepada masyarakat, mengekalkan kepatuhan pada ajaran agama Islam serta diniatkan ikhlas kerana Allah Taala, ia akan menjadi suatu ibadah yang ada nilai ganjarannya.
Walaupun pekerjaan ini tidak berkait secara langsung pada agama, namun dari sudut agama dan nilai moral, penjawatnya masih dituntut untuk melakukan tugas dengan amanah, telus, cekap dan baik tanpa ada sebarang unsur negatif dan salahlaku seperti rasuah, pecah amanah, cuai, lalai dan sebagainya.
Jika penjawat pekerjaan ini melakukan kesalahan, ia akan memberi impak yang besar kepada pelaku namun tidak memberi imej yang buruk kepada agama pelaku, kerana jenis pekerjaannya tidak terikat dan mewakili mana-mana agama.
3. Pekerjaan berkaitan maksiat
Pekerjaan yang secara nyata dan terangnya berkaitan perkara maksiat dan haram di sisi agama adalah sangat dilarang untuk dikerjakan oleh Islam, seperti contoh pelacur, GRO, bartender kelab malam yang menjual arak, penjaga kasino, penjual nombor ekor, pekerja kilang arak, pekerjaan yang mewajibkan penjawatnya dedahkan aurat serta berpakaian seksi dan mencolok mata dan sebagainya.
Pekerjaan-pekerjaan seperti ini biarlah orang bukan Islam yang lakukan. Sebagai orang Islam, elak dan tinggalkan sama sekali untuk bekerja dalam bidang ini. Walaupun kau cuba nak lakukan pekerjaan tersebut dengan mematuhi panduan agama, ia tetap salah dan haram. Contohnya seorang perempuan kerja kat kelab malam hidang arak tapi pakai tudung, kau rasa masuk akal?
Banyak lagi pekerjaan lain yang lebih baik dan mulia yang kita boleh lakukan daripada melakukan pekerjaan yang berkaitan maksiat dan haram. Biarlah rezeki yang kita dapat sedikit di dunia, asalkan kita tak muflis di akhirat kelak.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.
tags: jenis pekerjaan berkaitan agama biasa maksiat haram halal
BalasPadamJya mata ne, koneko-tachi chan~😜😝😜😝😜😝🤑
Ada orang senang kerja di pejabat
Pergi pagi pulang jam lima tepat
Ada yang kerja makan gaji, dia tak suka
Dia lebih senang berniaga, niaga, niaga, niaga
Niaga, niaga, niaga
Kerja, kerja, kerja (2x)
Kolar, kolar biru
Aku pekerja kolar, kolar biru
Mesin dan jentera jadi, jadi temanku
Aku pekerja kolar, kolar biru
Aku tak senang kerja di pejabat
Berpakaian rapi dan bertali leher
Biar debu dan bahang meresap di kulitku
Aku lebih senang menjadi aku, aku, aku
Aku, aku, aku
Kerja, kerja, kerja (2x)
Kolar, kolar biru
Aku pekerja kolar, kolar biru
Mesin dan jentera jadi, jadi temanku
Aku pekerja kolar, kolar biru
nak bisjut?
BalasPadamBisjut kepala bapak ko. Lahanat
PadamNoob, kau tolong delete komen si pesakit jiwa nak bisjut, boleh?
BalasPadamBiarlah..dia xganggu ketenteraman pun..
PadamBabi noob delete komen aku
BalasPadam-anon bisjuit-
Anon kepala bapak ko. Hanat
PadamNak suruh aku delete upah bisjut dulu.
BalasPadamNak royi.??
Royi kepala bapak ko. Hanat
Padam