Khamis, 4 Oktober 2018

6 Punca utama pekerja berhenti dan cari kerja lain

Pekerja masuk dan berhenti adalah perkara biasa dalam industri pekerjaan. Dalam pekerjaan tiada seorang pun yang akan kekal. Walaupun seseorang itu setia bekerja dengan syarikat atau majikan yang sama dalam tempoh yang lama, hakikatnya suatu masa nanti pasti akan meninggalkan pekerjaan tersebut apabila sudah tiba umur persaraan atau meninggalkan dunia ini.

Namun apakah punca dan faktor utama seseorang pekerja itu mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan mencari kerja lain?


Biasanya mesti terlintas di fikiran kita bahawa gaji dan pendapatan adalah faktor utama yang membuatkan orang berhenti kerja. Bila kita rasakan duit gaji yang kita perolehi sikit dan tidak setimpal dengan kerjaya, kita mula mencari kerja di tempat lain yang menawarkan gaji lebih besar.

Hakikatnya, tidak. Faktor kewangan bukanlah punca utama yang menyebabkan seseorang itu berhenti kerja dan cari kerja lain.

Berikut adalah 6 faktor kenapa seseorang itu berhenti dan mencari kerja lain:

1. Ketua

Ya, bukan duit tapi ketua lah yang paling mempengaruhi tempoh perkhidmatan seseorang pekerja. Dapat gaji tinggi pun tapi kalau bos macam sial, asyik nak marah, kuat maki, sindir, malukan anak buah depan orang ramai, tak peduli anak buah, berat sebelah, pilih kasih, tak menghargai anak buah, pentingkan diri, klaim kredit seorang diri, bersikap diktator, asyik menyalahkan anak buah dan sebagainya, siapa boleh tahan? Tu belum lagi bos yang sampai tahap melarang anak buahnya yang beragama Islam untuk menunaikan solat fardhu dan solat Jumaat.

Sebaliknya kalau kita dapat gaji biasa-biasa pun tapi bos sangat baik, jaga anak buah elok-elok, anggap anak buah macam kawan, ada empati, toleransi, bertolak ansur, menghargai kerja, idea dan kejayaan anak buah dan lain-lain kebaikan sampai kita rasa susah nak jumpa bos macam ni kat tempat lain, mungkin kita takkan cari dah kerja lain.

Rugi kalau sesebuah syarikat atau majikan hilang pekerja-pekerja yang bagus hanya disebabkan oleh sikap buruk ketua-ketua dalam organisasi.

2. Orang sekeliling

Ini pun antara punca utama yang boleh membuatkan seseorang pekerja rasa nak sangat berhenti kerja dan cari kerja lain. Bos satu hal, rakan sepejabat satu hal juga. Kadang-kadang gaji dah OK, bos pun dah OK, tapi orang sekeliling pulak yang tak best. Sudah lah pemalas, kuat mengutuk, cakap belakang, batu api, tak hormat orang, suka sebar fitnah nak jatuhkan kita dan lain-lain sikap buruk. Elok-elok kita nak kerja, terus hilang mood disebabkan mereka-mereka ini.

Pekerjaan ni berkait rapat dengan happiness. Nak bekerja ni pun kita kena ada keseronokan bekerja. Kalau keseronokan bekerja tu hilang disebabkan bos atau orang lain, tu yang buat orang nak cari kerja lain.

Sebab tu ada orang kerja kilang gaji sikit pun tak kisah kerja lama-lama kat situ, sebab dia dikelilingi oleh orang-orang yang best. Bos best, rakan sekerja semua dah macam adik beradik. Kalau kerja tempat lain belum tentu dapat orang sekeliling yang best macam tu.

3. Persekitaran tempat kerja

Faktor seterusnya adalah berkaitan dengan persekitaran tempat kerja. Kalau tempat kerja tu best, nak pergi senang jalan tak sesak, tak kena tol, banyak kemudahan, ada Internet, ada air cond. ada kelab rekreasi dan sukan, selalu anjur acara seperti hari keluarga, sukan tahunan, annual dinner, ada tabung kebajikan, surau dekat dan macam-macam lagi tarikan dan kelebihan, pasti pekerja pun akan fikir dua tiga kali untuk pindah kerja tempat lain biar pun ditawarkan gaji yang lebih tinggi.

Malah pekerja juga akan mempertimbangkan jika dia pergi ke tempat lain, mungkin dia takkan dapat suasana kerja yang best seperti mana tempat dia kerja sekarang.

Cuba kalau tempat kerja jauh, nak pergi selalu jem teruk, lif selalu rosak, air cond takde, pantry takde, tandas jauh, nak pergi kafe kena berjalan 1km, pejabat bau busuk, tandas menjijikkan, kebajikan pekerja tak jaga, apa event pun takde dan sebagainya, mesti tak payah fikir dua tiga kali untuk cari kerja lain. Hari ni masuk kerja esok jugak rasa nak resign.

4. Tugas dan skop kerja

Punca seterusnya adalah tugas dan skop kerja. Ada orang bila dah terlalu lama dan biasa dengan kerjanya, dia dah malas nak pindah-pindah tempat kerja lain sebab dah berada di zon selesa. Padanya buat apa susah-susahkan diri nak kena belajar buat kerja lain pula sedangkan dia dah selesa dengan kerjanya sekarang.

Ada orang pula senang bosan bila dah terlalu lama membuat kerja yang sama lalu mahu mencari kerja lain untuk mendapatkan kelainan dan cabaran baru.

Ada orang nak cari kerja lain sebab tak tahan dengan beban tugas kerja sekarang terlalu banyak.

Ada orang pula nak cari kerja lain sebab kerja sekarang tak begitu banyak kerja dan skop kerjanya dirasakan terlalu mudah.

Pendek kata, bila bekerja tu kita bukan sekadar mahu duit semata-mata sebaliknya kepuasan dalam bekerja itu lebih utama.

5. Isu peribadi

Biasanya isu peribadi turut mempengaruhi keputusan seseorang untuk menukar kerja lain, malah ia boleh mengatasi kelebihan-kelebihan lain seperti pendapatan tinggi, majikan yang baik, ketua yang prihatin, orang sekeliling yang best, persekitaran yang menarik dan skop kerja yang memuaskan.

Seperti contoh seorang wanita yang sebelum ini bekerja dengan sangat kuat dan rajin, selalu balik lambat, sering kena kerja di luar, tapi bila dah berkahwin dan ada anak, dia mahu mencari kerja lain yang lebih sesuai dengan statusnya sebagai seorang ibu dan anak agar dia ada lebih masa untuk keluarga walaupun mungkin gaji yang diterimanya lebih sedikit berbanding sebelumnya.

Ada juga orang yang bekerja di luar negara atau di offshore dengan bayaran gaji yang sangat lumayan, namun sanggup mengorbankan gajinya yang besar dengan memohon kerja lain yang lebih rendah bayarannya namun berdekatan dengan kampungnya agar dia lebih mudah untuk menjaga orang tuanya di rumah.

Kerana pada akhirnya, kehidupan sendiri dan keluarga yang lebih utama dari mana-mana syarikat atau majikan yang ada dalam dunia ni.

6. Duit

Duit itu penting, namun jangan terkejut jika duit bukan alasan utama untuk orang mencari kerja lain. Memang kalau kita cari kerja lain biasanya gaji akan naik lebih banyak berbanding dengan kadar kenaikan gaji tahunan yang kita terima dari syarikat yang sama tempat kita bekerja.

Kalau setahun kenaikan gaji kita cuma 4% ke 8% di syarikat yang sama, kalau kita lompat kerja ke syarikat lain mungkin kita boleh dapat lebih 10% ke 15% dari gaji kita sekarang. Tapi bila dipertimbangkan dengan faktor-faktor lain, mungkin kenaikan yang kita dapat tu tak setimpal dengan kerja dan perbelanjaan kita selepas itu.

Seperti contoh kita bekerja di sebuah syarikat yang berdekatan dengan rumah kita dengan gaji RM2,000 sebulan. Nak pergi kerja cuma 10 minit, jalan tak jem, takde tol, nak makan tengahari boleh balik rumah, keluar pukul 8.15 pagi pun masih boleh sampai pejabat sebelum 8.30 pagi.

Sebab kita rasa gaji kita sikit, kita pun cari kerja lain dan dapatlah satu tawaran kerja dengan gaji RM2,500 sebulan. Tapi tempat kerja baru ni masa perjalanannya 1 jam, jalan selalu jem, nak kena lalu tol, makanan kat kafe mahal, nak kena keluar awal-awal pagi buta pukul 6 pagi untuk elak jam supaya boleh sampai sebelum 8.30 pagi.

Bila tolak itu tolak ini duit minyak, tol, makan dan sebagainya, perbelanjaan tambahan sebulan adalah RM400. So kita sebenarnya untung RM100 je dari kerja lama kita. Rasa-rasa berbaloi tak dengan duit, tenaga dan masa yang kita habiskan untuk kerja baru ini? Kalau gaji tu naik banyak sampai RM1,000 ke RM2,000 ke mungkin berbaloi.

* * * * * * * * * *

Akhir kata, kita kerja lah apa pun, yang penting kita gembira dengan kerja kita, gembira dengan apa yang kita kerjakan. Kalau kita tak happy dengan kerja kita, datang kerja pun stress, asal kat pejabat rasa macam nak maki orang, nak buat apa pun takde mood, buat kerja ala kadar, takde point kau kerja kat situ lagi. Kau sakit hati, orang lain yang kerja dengan kau pun sakit hati.

Lebih baik kau cari kerja yang lain yang boleh menggembirakan hati kau, sebab kita nak hidup bekerjaya ni bukan sekejap. Kita akan mula kerja antara umur 18 lepas habis sekolah; atau hingga umur 24 tahun lepas habis belajar di peringkat tinggi, lepas tu kau akan kerja selama 30 atau 40 tahun hinggalah kau pencen atau bersara. Takkan lah kau nak habiskan separuh hayat dan sisa-sisa hidup kau dalam keadaan yang tidak gembira?

Dan kepada majikan-majikan yang ada pekerja yang bagus, sentiasalah gembirakan hati mereka. Pekerja yang bagus ini adalah aset pada majikan, bukan khadam atau hamba. Mereka kalau dah tak suka, mereka bila-bila masa boleh blah. Majikan mungkin boleh cari pengganti, tapi nak cari pengganti kepada pekerja yang bagus ini macam satu taruhan. Kau sama ada akan dapat pekerja yang lebih baik daripadanya, atau yang lebih teruk.

Sebab tu penting untuk menggembirakan hati pekerja. Dia gembira, dia akan buat kerja dengan baik dan bawa banyak keuntungan pada majikan. Pekerja gembira, majikan pun gembira. Win-win situation.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.






tags: punca faktor pekerja berhenti kerja dan cari pekerjaan lain

6 ulasan:

  1. Aku kena kat no 2 tu.
    Orang sekeliling..bos dah boek,gaji dh boek,environment kerja dh boek
    Tapi disebabkan pakcik n kakak bawang bermulut2...awal tu boleh la tahan,makin lama makin melarat pula.
    Sampai pmpuan tu ada ckp skali, "ala si dia ni dh jadi permanent..lambat lagi la nk berhenti kerja.."
    CB !

    BalasPadam
  2. Hmm. Boss tu berlagak semua benda dia tahu kononyaa. Kita ni asyik nampak buruk je

    BalasPadam
  3. Semua ade dalam pekerjaan yang sekarang ni ... sigh.....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.