Ahad, 14 Oktober 2018

5 Bongkar teknik penipuan online scheduled payment

Kita biasa dengar kes peniaga online menipu pembeli di mana selepas pembeli membuat pembayaran duit ke dalam akaun penjual, penjual pun terus hilangkan diri dan tukar nombor telefon. Tapi macam mana kalau peniaga adalah jujur tapi pelanggan pula adalam scammer?

Pelanggan bagi je bukti resit pembayaran melalui email atau Whatsapp kepada penjual, kita pun dengan yakin dan selambanya terus pos barang. Sekali bila check balik akaun, duit tak masuk. Dulu orang edit resit tu pakai Photoshop, tapi cara tu ambil masa, perlukan kemahiran dan senang nak trace penipuan resit tu.



Tapi sekarang, tak perlu pakai Photoshop, tak perlu edit resit, pakai je online banking macam Maybank2u pun dah boleh keluarkan resit yang asli tanpa kita pindahkan duit satu sen pun, dengan menggunakan cara, teknik atau kaedah "Schedule Payment" atau "Future Payment".

Sebab masih ramai yang kurang faham tentang isu online banking "Schedule Payment" atau "Future Payment", ni aku kongsikan sebuah video dari team Hypoxia Syndicate, diorang buat live demo untuk membongkar teknik macam mana scammer buat scam atau penipuan atas talian menggunakan teknik ini.

Btw ini bukan tutorial nak jadi skemmer yang berjaya ye. Tutorial ini dibuat untuk memberitahu dan memberi kesedaran kepada korang macam mana untuk mengelakkan dari terkena scam ini.


Berikut adalah posting asal dari FB Hafifi Hafidz yang memulakan pendedahan tentang teknik scam ini.

TEKNIK PENIPUAN PEMBAYARAN ATAS TALIAN

1. Buat SCHEDULED PAYMENT

2. Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang
Contoh : Pembeli beritahu akan bank in hari ni 9 Oktober 2018. Tapi masa pembayaran atas talian dibuat, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oktober 2018.

3. Ini bermakna penjual akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oktober. Bukan 9hb Oktober.

4. Selepas selesai transaksi, resit akan di 'screenshot' dan pembeli tersebut akan hantar resit tersebut kepada penjual sebagai bukti pembayaran.

5. Disini masalah bermula, resit yang pihak bank keluarkan sama dengan 'normal transfer'. Tiada cacat cela. Tiada langsung mengatakan transaksi ini adalah SCHEDULED TRANSFER.

6. Paling tak menyenangkan atas resit ada perkataan SUCCESSFUL.

7. Penjual terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun.

8. Bila pembeli dah dapat 'tracking' number barang, dia akan batalkan SCHEDULED PAYMENT tersebut.

9. Makanya melopong penjual berkenaan bila mana barang dah di pos.

10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 Oktober resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 9 Oktober. Tapi duit tak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT boleh di batalkan pada bila masa sahaja.

11. Lagi haru ialah walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa-apa amaun yang dia nak.

12. Tanpa perlu batalkan transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem semak baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal.

13. Maka seronoklah penipu dapat barang tanpa perlu buat bayaran.

SEMAK AKAUN SELALU!




P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.






tags: cara teknik tutorial scam scammer penipuan pembayaran atas talian future online transfer scheduled payment banking maybank2u  

5 ulasan:

  1. Ok..nasihatt yg baikk..semoga seriously lebih berjaga2 lps nii..kikiki..😄😄😊😊😆😄😃🤗🙃🙃

    BalasPadam
  2. Nak lagi selamat kenalah buat urusniaga jual beli barang kat laman shoppe terus. Takdenya nak buat schedule payment bagai...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.