Ahad, 21 Julai 2019

1 Bahaya aplikasi FaceApp yang anda tidak tahu?

1. Sejak kebelakangan ini ramai orang main aplikasi FaceApp balik untuk ubah gambar muka sendiri jadi tua. Selain dari tua, ia juga boleh ubah muka jadi senyum, muda dan tukar jantina. Trend apps ni dah macam Beyblade pulak, pernah popular beberapa tahun lepas, tapi tiba-tiba sekarang dia jadi popular balik.

2. Namun dalam kegembiraan orang menggunakan apps tersebut, timbul kontroversi berkaitan privasi dan keselamatan apabila berdasarkan terms of service apps tersebut, gambar anda akan diupload di storan Cloud dan mereka berhak menggunakan imej anda untuk apa jua aktiviti tanpa royalti sampai bila-bila. Kontroversi ini dibangkitkan oleh laporan media dari US seperti Forbes, CQ dan TechCrunch.


3. Persoalan pertama, kenapa ramai orang nak edit gambar muka mereka menjadi tua? Satu kerana untuk suka-suka, satu lagi kerana nak tahu bagaimana lebih kurang rupa mereka bila dah tua nanti sebab yelah, mana tahu tak sempat nak tua dah jalan dulu.

4. Kedua, adakah memang apps ini bahaya kerana telah menceroboh privasi anda? Ya memang benar, begitu juga dengan 1,001 apps yang ada di Google Play Store dan juga Apple Apps Store.

5. Tahukah anda, saat anda memiliki telefon bimbit dan mendaftar talian telefon, data peribadi anda sudah pun dipegang oleh pihak ketiga iaitu syarikat-syarikat telco. Kemudian apabila anda memiliki telefon pintar Android atau iPhone, mempunyai akaun media sosial seperti Facebook dan Instagram, anda sudah tiada lagi privasi.

6. Bila anda mendaftar akaun Google atau Apple ID untuk didaftar ke telefon pintar Android atau iPhone anda, mereka sudah pun mempunyai akses kepada segala jenis maklumat yang anda simpan dalam telefon pintar anda seperti direktori telefon, gambar, video, mesej dan sebagainya.

7. Bila anda menggunakan aplikasi navigation seperti Google Maps dan Waze, malah tanpa anda menggunakan apps tersebut pun, segala aktiviti pergerakan dan lokasi anda mereka tahu dan rekod segala maklumat tersebut. Rumah anda, tempat kerja anda, ke mana anda selalu makan, semua mereka tahu.

8. Bila anda mahu install apps seperti Facebook, Instagram, WeChat dan sebagainya, biasanya ia akan meminta kebenaran atau permission untuk membuat panggilan, mengakses kamera, storage dan sebagainya, dan anda pun tekan Yes, secara tak langsung anda dah bagi apps tersebut untuk membuat sebarang capaian ke telefon anda.

9. Mungkin dalam terma dan syarat mereka nyatakan mereka akan merahsiakan data peribadi anda dari pihak third party dan sebagainya, tapi itu semua sembang. Kalau mereka jual maklumat anda pun bukannya anda tahu. Tahu-tahu anda dapat banyak panggilan scam, terima macam-macam iklan di emel anda, anda terima macam-macam iklan di Whatsapp dari nombor yang tidak dikenali dan sebagainya.

10. Orang US ni fobia dan paranoid sangat dengan aplikasi FaceApp tu bukan apa, sebab apps tu dibangunkan oleh Wireless Labs, sebuah syarikat Russia je. Cuba kalau apps tu syarikat US yang buat, mereka takkan kecoh pun. 1,001 syarikat US dah pegang maklumat kita, kita tak peduli pun, tapi 1 syarikat Russia pegang maklumat kita, kita sikit punya gelabah. Sama la dengan produk China pun, tengok US sikit punya menggelabah cakap ada spy lah apa lah sampai ban telefon Huawei dulu.

11. Tak perlu FaceApp pun, kita sebenarnya dah sedekah berlambak-lambak gambar kita kat Instagram dan Facebook. Kat Facebook tu kita punya pemurah bagi gambar, sampai algorithm Facebook pun dah kenal dan cam muka kita. Itu sebab bila kawan kita ada upload gambar ramai-ramai yang mengandungi gambar kita, Facebook terus bagi suggestion untuk tag akaun Facebook kita kat wajah kita dalam gambar tu, sebab dia dah simpan pun algorithm wajah kita macam mana.

12. Jadi kalau ada pihak nak guna gambar anda untuk buat jahat, edit video DeepFake ke apa, mereka tak perlu susah-susah pun guna FaceApp anda, sebaliknya mereka boleh guna je lah gambar anda dari Facebook, Instagram, Google Photo, Dropbox, iCloud, Samsung Cloud dan segala mak bapak apps yang ada dalam telefon anda.

13. Kalau betul-betul nak jaga privasi, tak nak orang tahu maklumat kita, tak nak nombor telefon dan emel kita dijual kat pihak ketiga, tak nak orang simpan gambar kita, tak nak US tahu lokasi kita kat mana, jangan pakai smartphone, aku sarankan jangan ada akaun media sosial, jangan ada Internet, jangan ada akaun bank. Kalau setakat dengan tak guna FaceApp, baik tak payah.

14. Lagipun kalau anda ni seorang ejen atau perisik rahsia, atau orang kenamaan, atau selebriti, atau John Wick, atau seorang individu yang sangat penting yang sentiasa dicari, diperhati dan dipantau pergerakannya oleh organisasi besar atau rahsia seperti CIA, FBI, MI7, KGB, MEIO, Illuminati, Kingsman dan sebagainya, logiklah anda ada perasaan paranoid yang melampau.

15. Tapi kalau anda sekadar seorang anggota masyarakat biasa yang tinggal di apartment, kerja dari 8 hingga 5, hujung minggu keluar jalan-jalan dengan keluarga, hujung bulan balik kampung halaman melawat ibu bapa dan ulang rutin yang sama, guna je lah aplikasi apa yang anda nak. Kalau anda check in location sekali pun, paling tidak kawan, jiran atau stalker anda je yang pedulinya pun. CIA, FBI, KGB apa semua tu tak peduli pun lah kat korang.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.


https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: bahaya aplikasi apps faceapp yang anda tidak tahu privasi rahsia keselamatan 

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.