2. Kemudian ramai guru turut berkongsi cerita betapa ramai pelajar sekolah rendah terutama di kalangan darjah 4 - 6 sudah pandai menghisap vape. Ada yang turut membawa vape ke sekolah dan telah dirampas guru apabila dibuat spot check. Malah ada cikgu yang turut berkongsi ada murid membawa vape di asrama sekolah menengah, dan ia lebih sukar dikesan berbanding rokok sebab baunya wangi seperti buah-buahan, boleh jadi bau perfume.
3. Sejak dari dulu lagi sekolah-sekolah di Malaysia telah melancarkan kempen Benci DARIH. DARIH adalah akronim kepada Dadah, Arak, Rokok, Inhalan (hisap gam) dan HIV (AIDS). Akan tetapi sejak vape sudah mula wujud dan bertapak di muka bumi, kempen Benci DARIH telah menjadi DARVIH, di mana Vape turut disenaraikan di dalam kempen tersebut.
4. Namun setakat itu sahajalah kemampuan pihak sekolah dan guru, iaitu membuat kempen, memberi ingatan, amaran, spot check, mengambil tindakan tatatertib dan sebagainya. Selebihnya ia adalah terletak di tangan ibu bapa sendiri.
5. Walaupun bukanlah kemestian, namun kebiasaannya anak-anak adalah cerminan ibu bapanya. Jika ibu bapa suka baca buku, anak mudah terpengaruh untuk baca buku. Jika ibu bapa suka main game, anak mudah terpengaruh untuk suka main game. Jika ibu bapa merokok, anak lebih mudah terpengaruh ikut merokok. Jika ibu bapa hisap vape, anak lebih mudah terpengaruh hisap vape. Jika ibu bapa kuat mencarut, anak lebih mudah terpengaruh mencarut. Jika ibu bapa tak sembahyang, anak pun akan ikut tak sembahyang.
6. Jadi sebelum ibu bapa salahkan orang lain kerana mempengaruhi anak anda hisap rokok dan vape, tengok diri sendiri dulu. Adakah anda pun hisap rokok dan vape? Adakah anda dah bagi cukup ajaran dan didikan pada anak-anak? Adakah anda kenal kawan-kawan anak? Adakah anda tahu aktiviti dia di luar rumah? Adakah anda tahu dia pergi mana dengan motor Ysuku yang anda belikan untuk dia pergi sekolah?
7. Di kawasan rumah aku sendiri ramai budak sekolah rendah/menengah naik motor lepak ramai-ramai kat pondok lepas tu hisap rokok atau vape. Ada yang pernah hisap rokok dan vape sejak darjah 1 lagi, sebab seisi rumah hisap. Bapak dia hisap, abang-abang dia hisap, mak atau kakak dia tak tahulah. Aku tak rasa mak bapak dia tak tahu, cuma aku rasa mereka pun tak kisah. Dari pengalaman kawan-kawan aku pun, ramai juga yang hisap rokok seawal sekolah rendah dan menengah, sebab bapak mereka hisap rokok jadi bapak dia pun tak kisah dia nak hisap rokok.
8. Tak boleh ke kau kawal anak kau dalam tempoh 17 tahun ni, kalau mereka nak merokok ke hisap vape ke, sekurang-kurangnya tunggu umur mereka 18 tahun, atau lepas mereka dah kerja dah boleh cari duit sendiri? Rokok dan vape dah lah bukannya murah. Tak tahu lah kalau kau kaya nak mampus sampai boleh subsidi anak-anak beli rokok dan vape.
9. Jadi kalau pihak sekolah beria-ria nak didik anak orang, tapi mak bapa sendiri tak peduli hal anak, tak guna. Anak langgar peraturan, hisap rokok, hisap vape, jadi samseng, buli orang, nak bercinta, melepak merempit, malas belajar apa semua, mak bapak tak kisah. Lepas tu bila masyarakat makin teruk, dah besar anak tak jadi orang, disalahkan pula orang lain.
10. Kalau kau tak nak bentuk anak kau jadi manusia, jadi orang yang berguna dalam masyarakat pada masa akan datang, apa point kau buat anak?
TAMBAHAN
11. Malah lepas baca luahan cikgu-cikgu tentang adanya murid yang menghisap rokok dan vape, lepas tu bila diberitahu ibu bapa mereka (yang mungkin juga penghisap rokok dan vape tegar) ada yang tak kisah dan jawab acuh tak acuh, "Oh hisap vape je pun, ingat apa tadi", jadi aku ingat macam ni je lah.
12. Setiap ibu bapa yang hantar anak pergi sekolah kena bagi surat yang menyatakan mereka tak kisah anak mereka hisap rokok, vape dan ponteng sekolah. Jadi kalau anak mereka kantoi buat benda tu di luar perkarangan sekolah, pihak sekolah takkan ambil tindakan apa-apa, atau dalam erti kata lain, pergi mampus anak kau nak jadi apa.
13. Tapi kalau murid yang takde surat pengecualian ibu bapa tu kantoi, sekolah akan ambil tindakan disiplin dan panggil ibu bapanya. Sekolah hanya akan ambil peduli pada murid yang ibu bapanya peduli sahaja.
14. Yelah, buat apa sekolah, cikgu terhegeh-hegeh nak ambil peduli hal anak orang, kalau ibu bapa dia sendiri tak peduli pun anak mereka nak buat apa nak jadi apa. Buang masa, buang tenaga. Ramai lagi murid lain yang cikgu boleh fokus untuk dididik.
15. Tapi kalau anak kau kacau budak lain seperti buli, gaduh, abuse, mencuri, gunakan ugutan untuk pengaruh budak lain buat benda yang melanggar peraturan, yang tu takde kompromi. Tak payah pukul tak perlu rotan, buat laporan polis pastu tendang je terus keluar dari sekolah.
Baca juga artikel berkaitan:
- Hisap vape nampak bangang bila sudah jadi trend
- Budak sekolah merokok gambaran masyarakat sakit
- Sikap buruk anak2 bermula dengan ibu bapanya
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.
tags: sikap anak cerminan ibu bapa orang tua budak sekolah rendah hisap rokok vape kantoi maksud darih darvih
semoga lebih rmai org akan sedar keburukan dari kebaikan..bukan sekdar hnya mahu puaskan nafsu merokok tu je
BalasPadam