Rabu, 25 Ogos 2021

0 Akhirnya 50,000 Subsribers selepas 2 tahun

1. Alhamdulillah, hari ini 25 Ogos 2021 genap 2 tahun channel Buasir Otak TV (BOTV) wujud. Hari ini juga, channel BOTV mencapai 50K Subs. Milestone lain adalah 10M Views dan 400 Uploads.

2. Channel BOTV bermula dengan video-video animasi komedi dan komik, kemudian diselitkan juga dengan animasi motivasi, seram, isu Palestin dan kini dikembangkan lagi dengan content gaming terutamanya Roblox.

3. Sasaran audien asalnya adalah golongan belia dan dewasa, kini lebih ramai budak-budak terutama yang mahu turut serta bersama-sama bermain game Roblox secara Live. Audien dari Indonesia juga sudah mula hadir, impak dari siri animasi Palestin VS Israel.

4. Sepanjang 2 tahun ini, banyak benda tentang Youtube yang telah saya belajar, kebanyakannya dari pengalaman dan pemerhatian sendiri, serta perkongsian tips-tips dari sifu-sifu Youtube seperti BroJep, Cikgu Ulwan dan Izuan Bakar.

5. Cuma apa yang saya pasti, nak dapatkan Subscribers yang banyak tiada formula, panduan atau teknik yang tetap. Ia bergantung kepada video yang kita hasilkan, konsistensi, timing yang betul dan juga paling penting, tuah. Oh, Sub4Sub memang takkan berkesan ya. Di peringkat permulaan mungkin ya, tapi tidak untuk jangka masa panjang.

6. Ada orang dapat begitu banyak Subs selepas lebih 10 tahun buat Youtube seperti DD Chronicle. Ada orang dapat banyak subs lepas satu videonya viral seperti Veveonah M. Ada orang dapat 50K Subs tak sampai 6 bulan seperti Dr Adam Zubir.

7. Dalam bidang animasi juga, ada satu channel ni namanya Lil Lizat, saya ingat lagi 8 bulan lepas saya komen kat channel dia ucap tahniah untuk 1,000 Subs. Masa tu channel saya dalam 15K subs kot. Hari ini, channel dia dah hampir 150K subs.

8. Dalam bidang gaming pula, ada satu channel namanya GameOnzz. Bulan Jun lepas channel dia baru 2K Subs. Selepas 2 bulan sudah 60K Subs. Channel saya perlukan 2 tahun untuk capai 50K Subs tapi dia cuma mengambil masa 2 bulan.

9. Begitulah lumrah hidup. Perjalanan dan rezeki setiap orang tak sama. Ada yang cepat, ada yang lambat, kerana setiap orang ada garis masa yang tersendiri.

10. Saya juga perhatikan jika seseorang itu sudah ada nama di platform lain seperti TikTok dan Instagram, channel Youtubenya juga lebih cepat mendapat sambutan kerana mereka sudah ada ramai audien di platform lain, cuma tinggal nak ajak audien mereka itu menyokongnya di Youtube pula.

11. Walaupun kini sudah semakin banyak channel yang dulunya di bawah kini sudah mengatasi BOTV, tetapi saya tidak cemburu malah berbangga dengan mereka. Saya suka tengok lebih ramai orang berjaya. Dulu mungkin kita adalah inspirasi mereka, tetapi kini mereka pula adalah inspirasi saya.

12. Pada awal-awal dulu saya selalu buat video pendek dalam bawah 2 atau 3 minit. Kemudian durasi video animasi saya makin panjang dalam 5 ke 8 minit tapi mengambil masa 3 dan 4 hari untuk disiapkan. Kini saya tukar lagi strategi buat animasi pendek bawah 3 minit supaya saya boleh buat video setiap hari untuk kekalkan konsistensi.

13. Channel BOTV juga pernah dua kali mengalami isu dengan Youtube. Pernah diberi amaran kerana terlalu banyak menulis komen sehingga dianggap spam. Dulu saya selalu komen kat channel orang lain dan juga membalas semua komen di channel saya, tapi sejak diberi amaran itu, saya hanya komen atau balas komen bila perlu sahaja.

14. Selain dari itu Youtube juga telah memberi Limited Ads kepada animasi Palestin VS Israel kerana seperti yang sedia maklum, Youtube lebih pro kepada Israel. Jadi untuk episod-episod seterusnya saya stopkan sahaja iklan di siri tersebut.

15. Perkara lain juga yang saya belajar adalah kita kena perlu wujudkan hubungan atau connection rapat dengan audien. Dengan cara itu audien akan rasa dekat dan senang dengan kita. Salah satu caranya adalah dengan membalas komen mereka, buat Live Streaming di mana kita boleh berhubung terus dengan audien, bermain game bersama mereka, membuat Giveaway dan sebagainya.

16. Seterusnya adalah persaingan. Walaupun kita sendiri rasa kita tak nak bersaing dengan sesiapa, tapi lama kelamaan kita akan merasai persaingan tu terutama jika kita mempunyai kumpulan audien yang sama. Seperti contoh, kita rancang nak publish video atau buat Live pukul 5 petang, tapi dalam masa yang sama ada 5 channel besar yang turut sama publish video atau buat Live pukul 5 petang.

17. Disebabkan itu views kita pasti akan berkurang pada waktu tersebut kerana lebih ramai audien yang akan pergi ke channel besar untuk menonton video atau Live mereka. Jadi mahu tak mahu kita terpaksa mengalah dan tukar waktu publish dan Live, melainkan kalau channel kita dah cukup besar lah.

18. Dari segi pendapatan Youtube pula, ia memang 100% bergantung pada Views bulanan. Saya pernah merasai pendapatan Youtube RM50 sebulan, pernah juga sekali merasai dapat RM3K sebulan. Channel yang ada banyak Subs tapi Views rendah akan dapat bayaran revenue yang rendah, begitu juga sebaliknya.

Jadi itu sahaja yang saya nak kongsikan untuk kali ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong. Terima kasih juga kepada yang sudi baca sampai habis. 

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak kartun pencapaian subscribers views uploads tubebuddy tutorial tips teknik perjalanan kisah channel youtube 50k 50,000 2 tahun anniversary years

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.