Sabtu, 16 April 2022

2 Apa salah budak basikal lajak dan pelanggarnya?

1. Untuk memberi pandangan adil terhadap isu pemandu yang melanggar budak basikal lajak, bagi aku kedua-dua pihak ada salahnya.

2. Bagi pihak budak-budak yang bermain basikal lajak di atas jalan raya besar tersebut pada jam 3 pagi, umum tahu memang mereka salah, atau lebih kepada salah ibu bapa kerana membiarkan anak mereka terjebak dengan aktiviti tersebut.

3. Kalau ikut undang-undang pun, ibu bapa boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara 5 tahun sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak di bawah umur yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak, tapi tak pasti kenapa mereka tidak dihukum. Mungkin kerana kematian anak-anak itu sudah cukup menjadi hukuman pada mereka.

4. Jika ditonton ulang tayang rakaman dashcam oleh pemandu lain beberapa tika sebelum kejadian berlaku, budak-budak ini memang tunggang basikal lajak dengan lajunya memenuhi lorong kiri dan kanan. Nasib baik lah dia bawa perlahan dan perasan ada budak main basikal lajak, jadi dia sempat perlahankan kereta.

5. Malang bagi pemandu yang melanggarnya pula, dia berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Mungkin dia bawa laju lalu tak sempat brek, atau mungkin dia bawa slow tapi tak perasan ada budak-budak basikal lajak atas jalan.

6. Cuma bila melibatkan kes kemalangan jalan raya, memang menjadi kebiasaannya orang yang langgar belakang akan salah. Kalau kereta langgar belakang kereta pun, walaupun mungkin kereta depan salah kerana brek mengejut, kalau ikut undang-undang, bagilah alasan apa pun, biasanya orang belakang juga yang akan salah sebab tak jaga jarak kenderaan.

7. Melainkan, orang yang langgar belakang kereta orang lain tu ada sesuatu yang boleh membuktikan yang kemalangan tu memang bukan salah dia, seperti rakaman video dashcam. Kalau takde bukti kukuh, orang yang melanggar memang susah untuk dibuktikan tidak bersalah.

8. Macam baru-baru ini tular video dashcam di Klang seorang lelaki Myanmar yang dengan sengaja melompat atas cermin kereta orang yang tengah bergerak, biasanya taktik untuk dapatkan pampasan atau insurans. Jika tiada bukti video dashcam tu, mungkin pemandu boleh dikenakan tindakan kerana melanggar pejalan kaki. 


9. Tak kira waktu siang atau malam, jalan raya adalah tempat yang sangat tidak dijangka. Waktu malam pun kat tengah jalan boleh jadi terdapat pekerja pembinaan jalan raya, gelandangan, kutu rayau, orang tua yang mengalami dementia, orang kurang siuman, geng basikal, kereta tengah berlumba, mat rempit berlumba, haiwan ternakan, haiwan liar dan sebagainya.

10. Sebab itu bila memandu, walaupun pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, kita kena tingkatkan tahap fokus kita kepada 200%, dan juga kena ada dashcam. Orang lain mungkin ada buat salah seperti bermain dan berlumba atas jalan raya, tapi kalau kita terlanggar mereka, itu dah jadi satu kesalahan yang lain pula. Malah kau terlanggar babi melintas pun, silap-silap kau yang salah.

11. Contohnya ada seseorang curi kereta kau. Perbuatan curi kereta itu adalah satu kesalahan. Satu hari kau nampak pencuri kereta tu, kau pun pergi langgar dia sampai mati. Tindakan kau itu tidaklah menyelesaikan kesalahan pencuri tadi, sebaliknya ia dah menjadi satu kesalahan yang lain untuk kau.

12. Maka kerana itu, pemandu yang melanggar basikal lajak itu dikenakan hukuman bersalah atas kecuaian memandu secara melulu atau merbahaya, apatah lagi kemalangan tersebut melibatkan kehilangan banyak nyawa. Walau bagaimana pun, dia masih ada peluang terakhir untuk buat rayuan di Mahkamah Rayuan. Namun, itulah takdir yang harus seseorang terima.

Sekian.

Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: geng budak basikal lajak langgar kerani mahkamah majistret tinggi bersalah langgar sam ke ting johor siapa apa salah kesalahan undang-undang peraturan perundangan jalanraya



2 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.