Khamis, 7 April 2022

0 Benda paling seram kena tindih waktu tidur

1. Benda yang paling aku seram adalah mengalami sleep paralysis atau kelumpuhan tidur, atau yang biasanya orang melayu cakap kena tindih waktu tidur.

2. Sleep paralysis ini adalah keadaan di antara tidur dan sedar. Orang yang kena ni dia tahu dia sedang tidur, tapi dalam masa yang sama dia rasa sedar dengan persekitaran sekeliling.

3. Dia perasan kalau ada orang lalu lalang atau dengar suara orang bercakap kat sebelah. Yang menggerunkan adalah, dia tak boleh bergerak dan tidak berupaya untuk bercakap, seolah-olah badan jadi lumpuh.

4. Otaknya cuba memaksa diri untuk gerakkan anggota badan, tapi badan tak mau dengar kata. Mulutnya cuba untuk bercakap dan menjerit, tapi suara langsung tak keluar.

5. Lebih menakutkan apabila ia turut didatangi halusinasi seram dan ngeri seperti terasa ada lembaga hitam muncul dan terdengar suara kanak-kanak kecil.

6. Biasanya sleep paralysis berlaku apabila seseorang tidur dalam kedudukan melentang atau dada menghadap ke atas, jadi bila kena itu yang rasa seperti ditindih. Punca sleep paralysis ini biasanya sebab kekurangan tidur.

7. Nak dijadikan cerita, semalam waktu rehat tengahari aku baring lah kejap kat surau ofis. Al-maklumlah masa bulan puasa ni selalu kurang tidur sebab malam tidur tak awal mana, tapi bangun kena awal untuk sahur. Nak tidur balik lepas Subuh tak boleh sebab nak kena pergi kerja lepas tu.

8. Jadi bila rasa mengantuk ingat nak rehat-rehat kat surau ofis. Tapi tu lah, bila terlelap tu tiba-tiba terkena sleep paralysis. Lama jugaklah aku rasa cemas dan ngeri, sebelum aku berjaya paksa untuk sedarkan diri.

9. Last aku kena benda ni tak ingat bila, tapi masa zaman sekolah dulu aku selalu kena kat asrama terutama bila tidur waktu siang.

10. So lepas ni aku dah tak berani nak tidur siang baring. Aku tidur duduk sandar kat kerusi sajalah.

Baca artikel lain berkaitan tidur dan mimpi:


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: false awakening lucid dream sleep paralysis bangun pagi jaga sedar tidur mimpi palsu kena tindih punca


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.