1. Tengah trending kat TikTok, ramai bekas budak-budak kelas belakang masa sekolah yang sekarang ini dah kaya atau berduit sikit post video dan gambar dengan kereta mewah sambil menyindir dan merendahkan budak kelas depan dengan ayat-ayat seperti, "Mana semua top student? Dah jadi CEO ke tu?", "Budak-budak target sekolah tengah bayar PTPTN ke tu?" dan sebagainya.
2. Bila ada orang tegur posting tersebut, ada yang mempertahankan, "Habis tu top student je ke boleh bangga dengan kejayaan mereka?", "Biar lah diorang eksyen. Dulu top student tu eksyen boleh pulak?" dan sebagainya.
3. Penulisan ini bukanlah nak menghentam atau mempertahankan siapa-siapa, baik budak kelas depan, kelas tengah mahupun kelas belakang, cuma nak ajak kita berfikir, kenapa ia berlaku? Pernahkah kita cuba lihat dari perspektif semua pihak?
4. Pertama sekali, tak kisahlah kau budak kelas mana dulu, tapi kat media sosial ni kalau kau nak bangga ke, nak tayang kejayaan ke, nak tayang kekayaan ke, ikut suka kau. Orang suka ke tak suka ke, paling tidak dia cuma unfriends atau unfollow je. Tapi bila kau bandingkan kejayaan dan kekayaan kau dengan orang lain malah memperlekeh dan merendahkan orang lain pula, itu yang jadi masalah dan menimbulkan ketegangan.
5. Kenapa ada segelintir budak kelas belakang bila dah berjaya atau kaya terus rasa diri bagus dan pandang rendah pada budak kelas depan? Ia disebabkan dari zaman sekolah lagi mereka rasa bitter, insecure, cemburu, low self esteem, tidak dihargai terutama oleh pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan ahli keluarga. Mereka sering dipandang rendah, dipinggirkan dan dibanding-bandingkan dengan orang yang bijak oleh orang-orang dewasa pada zaman mereka sekolah.
6. Maka bila mereka dah berjaya dan kaya, mereka rasa mereka dah berjaya kalahkan budak kelas depan. Dan disebabkan rasa dendam, mereka lepaskan dengan menyindir dan memperlekeh budak-budak kelas depan yang rata-rata masuk universiti pinjam PTPTN dan kerja makan gaji. Mereka mahu kejayaan mereka diakui. Mereka perlukan pengiktirafan dari orang lain. Kalau boleh mereka nak budak-budak kelas depan ni jumpa mereka ucap, "Tahniah, kau dah berjaya kalahkan aku", baru mereka rasa puas. Mereka lupa yang kehidupan ni sebenarnya bukan satu perlumbaan atau pertandingan.
7. Sedangkan hakikatnya budak-budak kelas depan ni pun biasanya takde rasa nak bertanding pun dengan budak kelas belakang. Budak kelas depan cuma buat hal mereka sendiri je. Malah dalam diri mereka sebenarnya, lagi tinggi mereka belajar, masuk je SBP, MRSM, universiti, perasaan insecure tu makin bertambah sebab mereka akan jumpa lebih ramai rupanya orang yang lebih pandai dari mereka. Tambah lagi ibu bapa, makcik pakcik, abang, kakak, adik, cikgu, pensyarah, ramai orang dewasa letak expectation yang tinggi kat mereka. Mereka pikul banyak harapan orang menyebabkan mereka rasa semakin takut jika gagal akan kecewakan ramai orang.
8. Sebab tu setakat ini, tak wujud lagi trend kat TikTok budak kelas depan tayang kejayaan mereka sambil menyindir dan merendahkan budak kelas belakang. Sebab mereka dah ketahui realiti dan hakikat, yang kejayaan mereka bukanlah untuk dibuktikan pada siapa-siapa. Selalunya ia hanya demi memenuhi harapan orang terhadap dia sahaja, yang turut disertai dengan tekanan, pinjaman pelajaran dan kekecewaan.
9. Budak kelas belakang jarang tahu struggle budak kelas depan. Diorang nampak budak kelas depan ni happy je, macam takde masalah pun, jadi pula harapan orang dewasa, tapi sebenarnya tak seindah itu. Begitu juga budak kelas depan tak tahu struggle budak kelas belakang. Kadang mereka bukan tak pandai, tapi sebab tidak dapat peluang seperti budak kelas depan, seperti dari keluarga miskin, ibu bapa dah bercerai, bapak masuk penjara, pengaruh rakan-rakan dan masyarakat sekitar dan sebagainya.
10. Kadang-kadang budak kelas belakang anggap budak kelas depan ni eksyen, tak mau kawan dengan diorang. Tapi biasanya bukan sebab eksyen ke apa, tapi sebab path diorang tak cross each other. Kelas lain-lain, geng dan klik lain-lain, main sukan lain-lain, aktiviti masa lapang lain-lain, dah tu bila masa nak berkawannya. Tapi kalau budak kelas depan dan belakang tu jiran sebelah ke, tinggal satu taman main bola sama-sama ke, masuk kelab, unit beruniform dan sukan yang sama ke, mesti boleh berkawan juga.
11. Nak kata budak kelas depan ni masa sekolah hebat sangat pun, tak juga. Budak-budak yang berkuasa kat sekolah biasanya adalah budak kelas belakang, yang kuat, gagah, kaki sukan, yang ramai geng, school jocks. Budak-budak kelas depan ni biasanya buat hal diorang sendiri je, malah diorang la yang biasanya kena buli dengan budak-budak kelas belakang. Hakikatnya jarang sangat la budak kelas depan yang skema dan nerd ni nak buli budak kelas belakang.
12. Akhirnya, yang mewujudkan pemisahan budak kelas depan belakang ni orang dewasa. Yang meletak harapan tinggi pada budak kelas depan ni orang dewasa juga. Yang kata budak kelas belakang takde masa depan ni, biasanya orang dewasa juga. Jadi kalau budak kelas belakang dah berjaya dan jadi kaya ni nak lepaskan dendam dan perlukan pengiktirafan manusia, tujukanlah pada orang-orang dewasa yang dulunya selalu pandang rendah kat korang, bukan tuju kat budak kelas depan yang tak pasal-pasal. Mereka tak pernah cari masalah dengan budak kelas belakang, mereka cuma nak survive dalam haluan mereka sendiri. Asal boleh hidup dengan tenang buat hal sendiri pun dah cukup buat mereka. Sebab at the end, lepas habis je zaman sekolah, tiada lagi cerita budak kelas depan atau belakang, yang ada cuma kehidupan dewasa yang perlu ditempuh.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: budak kelas belakang vs depan tiktok trend school target harapan punca kenapa sebab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.