Khamis, 9 Februari 2023

0 Menu Rahmah suatu kegagalan kerajaan

1. Menu Rahmah, suatu program galakan dari pihak kerajaan agar peniaga restoran menyediakan hidangan seimbang yang lengkap asas bernilai RM5.

2. Ramai orang melihat saranan ini baik kerana dapat membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup terutama dari aspek pemakanan harian.

3. Ada peniaga menyambut saranan kerajaan ini seperti Mydin yang menjual pelbagai juadah asas iaitu nasi putih, lauk ayam/ikan, sayur dan air mineral.

4. Ada juga orang yang menentang dengan mengatakan Menu Rahmah ini menekan dan membebankan peniaga kerana untungnya sangat kecil memandangkan harga kos bahan mentah tidak turun. Alah kalau kos bahan mentah turun pun, jarang restoran nak turunkan harga jualan jugak.

5. Malahan pernah juga terbaca komen yang mengatakan Menu Rahmah ini tidaklah membantu sangat kerana dia bawa 6 orang ahli keluarga dia makan, harganya RM30, kata RM5? Mungkin matematik beliau gagal masa sekolah dulu.

6. Pernah terlihat juga rungutan dari seorang peniaga nasi beriani yang berkata takkan dia nak kena jual nasi beriani RM5? Langsung tak untung malah makin rugi ada lah.

7. Ramai orang gagal faham yang Menu Rahmah hanyalah galakan, bukan paksaan. Peniaga nak ikut ke, tak nak ikut ke terpulang. Ia hanya satu pilihan atau option yang restoran boleh bagi pada pelanggan.

8. Bukan semua makanan kat kedai kau kena jual sebagai Menu Rahmah. Menu Rahmah hanya 1 jenis set paling murah. Kalau makanan yang harganya memang mahal, kau jual je la dengan harga macam biasa.

9. Macam mana nak buat Menu Rahmah tu, terpulang lah ikut kreativiti masing-masing, asalkan hidangan lengkap ada makanan dan air, cukup. Contoh, kau jual nasi lemak telur mata + teh O = RM5, namakan Menu Rahmah, setel. Kalau rasa nak untung lebih lagi, ayam ikan potong separuh. Cuma janganlah jual jajan + air gas lepas tu namakan Menu Rahmah. Hidangan seimbang, faham tak?

10. Kalau kau buka restoran nasi beriani tak mampu nak buat set Menu Rahmah, kau jual je harga macam biasa RM12 satu set nasi beriani ayam. Jangan risau, kalau orang memang nak makan nasi beriani, mereka tak kisah bayar RM12 pun sebab diorang tahu memang macam tu harga nasi beriani.

11. Malah Menu Rahmah juga sebenarnya boleh jadi pelaris kepada restoran kau. Mula-mula orang datang ambil set Menu Rahmah, lepas tu dia ternampak pulak lauk ikan patin tempoyak. Teringin punya pasal dia pun ambik lauk ikan patin. Jadi dia bayar RM5 + harga lauk ikan patin. Kan kau dah untung kat situ.

12. Kau anggap je Menu Rahmah tu macam set paling murah kat kedai kau. Macam Mekdi, dia sediakan pelbagai option. Kau nak beli set paling murah, ambik je set Mix & Match boleh dapat paling murah RM6.50. Kau nak makan benda lain kau bayar je la harga lain.

13. Ni Burger King pun dah buat set Menu Rahmah, boleh dapat burger paling basic + air mineral. Kalau teringin nak makan Whopper, bayar je harga Whopper.

14. Jadi kita tak payahlah serabut-serabut kepala nak merungut menentang bagai. Bukan susah sangat pun nak faham. Zaman PM Najib pun program macam ni dah ada dengan nama Menu Rakyat 1Malaysia dulu. Nak buat, buat. Tak nak buat, sudah. Simple. Jangan sebab atas dasar politik semua benda kerajaan buat nak ditentang.

15. Jadi kenapa kat tajuk cakap Menu Rahmah suatu kegagalan kerajaan? Ya itu cuma clickbait. Aku nak korang baca sampai habis.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: menu rahmah mydin burger king program inisiatif gagal kegagalan kerajaan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.