Sabtu, 2 Disember 2023

0 Bahaya ID Digital Nasional (IDN) tanam cip dalam badan

1. IDN iaitu Identiti Digital Nasional (ID Digital Nasional) sedang hangat diperkatakan. Ada yang bahas dari sudut teknologi, dari sudut politik dan sebagainya. Tapi yang paling mencabar tahap intelektual bila orang kata IDN ni bahaya sebab tanam cip kat badan macam vaksin, gelombang 5G, konspirasi freemason new world order, agenda dajal, muslihat kerajaan nak kawal rakyat, manusia akan jadi robot kawalan jauh dan sebagainya.

2. Biasa yang cakap ni dari orang yang takde ilmu, atau orang yang tak percaya pada teknologi, yang percaya teknologi ni selalu dikaitkan dengan benda tahyul dan segala mak bapak nenek teori konspirasi, tapi hari-hari guna telefon, Internet, media sosial, TV, kereta, yakni teknologi juga. Terlalu banyak lambakan misinformation terutama kat FB dan TikTok yang dipost oleh boomers, gen x dan millenials, lepas tu yang gen Z dan gen alpha yang muda-muda ni pun percaya la buta-buta.

3. Benda IDN ni simple je. Setiap rakyat Malaysia ada kad pengenalan. Kau pun ada kan? IDN tu lebih kurang macam kad pengenalan la tapi versi digital. Kalau kau beratur kat kaunter JPJ nak renew lesen, dia mintak IC kau untuk pengesahan identiti. Tapi kalau kau nak guna sistem JPJ untuk renew lesen, kau kena la masukkan IDN kau sebagai pengesahan.

4. Wajib ada ke? Buat masa ni tak wajib. Tapi kalau lepas ni kau nak guna perkhidmatan online kerajaan contoh untuk renew roadtax ke, lesen ke, bayar saman ke, kena lah ada IDN ni untuk login ke sistem. Kalau kau tak nak guna sistem online lebih sanggup beratur kat kaunter, kau tak payah la ada IDN ni.

5. Sebelum ini, kalau kau nak guna sistem kerajaan A, kau kena daftar pengguna, create password. Bila kau nak guna sistem kerajaan B, kau kena daftar pengguna, create password. Makanya kalau ada 20 sistem kerajaan yang kau nak guna, kau kena daftar pengguna dan create password 20 kali. Kau create password pun mungkin berbeza-beza, lepas setahun terus lupa password mana nak kena guna.

6. Dengan IDN ni, dia macam kau daftar pengguna dan create password sekali je, lepas tu dah boleh terus login kat mana-mana sistem kerajaan guna ID dan password yang sama. Itu yang dipanggil SSO atau Single Sign On. Setakat ni nak guna kat sistem kerajaan dulu lah, lepas-lepas ni tak tau lah kalau boleh login juga ke sistem lain seperti online banking, online shopping dan sebagainya guna IDN ni.

7. Dia macam kau guna Google la. Kau daftar akaun Google sekali je, tapi kau boleh login kat semua produk Google dari Gmail, Google Drive, Google Docs, Google Forms, Google Chat dan juga sistem online lain yang ada button Sign in with Google. Sama je macam button Sign in with Facebook, Sign in with Apple, benda tu kita panggil SSO. Guna ID yang dah ada kat Google, FB, Apple, kau boleh login kat website-website lain tanpa kena register dan create password kat website tu.

8. Ada juga yang marah kat projek IDN ni sebab dia ingat tu projek PMX. Untuk pengetahuan korang semua, projek IDN ni dah wujud sejak 2018/2019 lagi. Kalau kau tengok kat channel Youtube MIMOS pun, video pasal IDN ni dah publish pada 5 September 2019. So projek IDN ni dah bergerak dibawah PM7, PM8 dan PM9. Mungkin sebab dah lama sangat melahu, baru lah PMX push untuk memperluas dan gerakkan projek ni cepat sikit. Ini bukan projek politik tapi insiatif dari Kerajaan Persekutuan sendiri dalam mempertingkatkan teknologi IT di negara kita.

9. Syarikat yang buat projek ni iaitu MIMOS pun bukan syarikat kroni mana-mana menteri pun. Projek ni bukan bagi kat kompeni-kompeni 2 ringgit baru proksi siapa-siapa. MIMOS ni syarikat milik kerajaan dah wujud sejak tahun 1996. Sebelum tu nama dia Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia tubuh tahun 1985. Benda-benda berkaitan teknologi mikroelektronik dan IT di Malaysia ni memang MIMOS la yang banyak buat R&D selain universiti.

10. Kat mana data IDN ni disimpan aku tak pasti, tapi dah tentunya di tempat kerajaan juga, kat MAMPU ke mana. Kerajaan ada akta dan peraturan berkaitan IT jadi mereka tahu lah apa yang betul apa yang salah. Kalau kau takut bila register IDN ni kerajaan akan ada data kau dan dapat track aktiviti kau... Hoi! Semua maklumat peribadi kau memang kerajaan ada la kat JPN sana. Kalau kau ada IC tu, kerajaan ada la data peribadi kau. Bukan kerajaan je ada, apa benda online yang kau daftar kat Internet ni, kebanyakannya semua dah ada data kau.

11. Kalau korang nak bahas dari sudut politik dan pentadbiran, tanya macam mana projek ni boleh dapat kat MIMOS, atau tanya tentang jumlah peruntukan yang diberikan, atau mungkin dari sudut teknologi macam keselamatan dan keterjaminan data, protokol dan teknologi SSO yang digunakan, data tu ada encrytion ke tak, software apa yang digunakan, ikut open standard ke tak, sistem ni boleh menyokong OS apa, kelajuan proses transaksi IDN dan sebagainya, bagi aku baguslah. Ini ada ke cakap suntik tanam cip kat badan ape benda?

12. Aku bukan pro kerajaan, atau pro MIMOS, atau pro apa-apa. Aku takde kepentingan pada mana-mana organisasi pun. Cuma aku sebagai orang IT rasa terpanggil untuk menjelaskan benda ni pada umum sebab aku dah terlalu baca banyak sangat post dan komen bodoh merepek merapu meraban kat FB dan TikTok yang tah apa-apa macam ditulis macam IQ tahap ayam, bukan sikit, ramai pulak tu. Yang post pun bodoh, yang duk percaya pun sama bodoh. Boleh tak orang yang nak buat konten tu tapis dulu IQ, kalau bawah 70 tu jangan bagi buat konten.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: bahaya idn id digital nasional tanam cip dalam badan freemason illmuniati new world order sso single sign on


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.