Isnin, 18 Disember 2023

0 Buasir Otak TV telah mencapai 100,000 Subscribers!

1. Bermula pada 25 Ogos 2019, selepas 4 tahun 3 bulan 24 hari, sebanyak 1340 video dihasilkan, alhamdulillah, macam tak sangka harinya tiba jua, pada 18 Disember 2023, akhirnya channel Buasir Otak TV mencapai 100K Subscribers.

2. Bila dapat 100K subs ni, perasaan aku macam baru habis SPM lepas 5 tahun kat sekolah menengah, atau baru habis degree lepas 4 tahun kat universiti. Malah boleh kata nak dapat 100K subs tu sebenarnya lebih susah dari nak dapat degree.

3. Degree ni kita usaha belajar, buat assigment, siapkan projek, jawab exam, kalau kau buat dengan baik selama 4 5 tahun tu, dengan rezeki Allah, akhirnya dapatlah kau degree. Kunci kejayaan kau hanya bergantung pada diri kau sendiri.

4. Berbeza dengan media sosial ni, kalau nak capai suatu target, kau kena usaha buat video dan berharap ramai orang tengok dan support. Sebab untuk capai target, ia bukan bergantung semata-mata pada usaha kau buat video, tapi lebih bergantung pada sokongan dari ramai orang.

5. Dengan rezeki Allah, jika ramai orang support kau, kau dapatlah capai target. Ada orang baru buat 10 video je, tak sampai sebulan dah boleh dapat 100K subs sebab rezeki videonya viral. Tapi kalau tak ramai yang tertarik nak tengok video kau, buatlah 10,000 ribu video pun belum tentu dapat capai apa yang kau target.

6. Jadi, ya. Terima kasih yang masih bersama sepanjang journey aku buat channel Youtube.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: buasir otak tv 100k 100000 subscribers silver play button


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.