Jumaat, 10 Mei 2024

0 Aku tak suka nak ada masalah

1. Aku dari kecik ada satu sifat yang ada dalam diri aku sampai sekarang. Aku tak suka nak ada masalah.

2. Contohnya masa sekolah dulu selalu dapat nombor depan dalam kelas, tapi bukan la sebab aku ni memang minat atau suka sangat nak belajar pun.

3. Tapi aku belajar lebih kepada tak nak kena marah, kena bebel dengan mak ayah. Kalau result bagus, takde la kena. Nak minta apa-apa pun senang sikit.

4. Kat sekolah asrama dulu, tatkala member-member ramai fly, hisap rokok, buli orang, aku tak ikut join. Sebab kalau kantoi, akan kena marah mak bapak, cikgu, kena buang. Aku tak nak ada masalah.

5. Kau universiti pun, aku cuba dapat result bagus, siapkan assignment walau dapat ahli tidur, rajin jumpa lecturer, walau ada yang kata aku poyo ke kaki kipas ke, aku tak peduli, sebab aku tak nak timbul masalah.

6. Masa kerja pun, apa kerja yang diberi, aku akan siapkan. Nak kata minat sangat kerja pun tak juga, tapi sebab tak nak menyusahkan orang lain dan buat masalah dengan bos, officemate, anak buah.

7. Atas jalanraya, kalau ada kereta lain bawak kereta macam celaka, main potong line, aku takde nak kejar, hon-hon provoke bagai. Aku bagi je dia lepas dulu. Aku tak nak cari masalah.

8. Aku tak pernah pergi kelab-kelab hiburan, cuba benda-benda terlarang, buat benda-benda yang membahayakan, sebab tak nak ada masalah yang boleh bagi kesan buruk dalam kehidupan aku.

9. Di media sosial pun, aku elak dari post atau komen benda yang takde kaitan dengan hidup aku secara berlebihan atau sentuh sentiviti lebih-lebih lagi guna profile sebenar. Karang tak pasal-pasal kena dakwa, kena saman, kena viral, kena aib, kena serang. Takde masalah cari masalah.

10. Bab kewangan lagi aku control. Bil semua bayar on time, komitmen bulanan kena langsai dulu, cuba elak buat hutang, rancang bajet, hari-hari catat perbelanjaan, sebab tak nak ada masalah duit, masalah dengan bank, masalah api kena potong dan sebagainya.

11. Lagi aku takkan cuba rapat-rapat dengan perempuan, kat office ke media sosial ke, main chat tergedik-gedik, sebab tak nak tak pasal-pasal jadi masalah rumahtangga pulak.

12. Ya, tak dinafikan masalah tetap akan ada, tapi selagi dalam benda yang aku boleh kawal, aku akan cuba elak dari buat masalah.

13. Benda-benda ni bukan lah sebab aku ni orang baik, lurus, nerd ke apa pun, cuma itulah, motivasi aku sebab tak suka nak ada masalah.

 

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: tak suka ada masalah playsafe comfort zone


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.