Jumaat, 24 Mei 2024

0 Change your circle kawan golongan profesional

1. Ada yang berpandangan kita perlu change circle kita berkawan dengan orang pandai golongan profesional seperti Prof, Dr, Ir, Ts, contractor, banker, lawyer dan engineer, baru rasa pentingnya orang-orang ini dalam kehidupan kita.

2. Pada aku tak salah nak berdamping dengan orang-orang pandai, supaya kita boleh belajar banyak ilmu dan ubah diri kita. Yang aku rasa kurang wajar bila disaran untuk "change your circle". Yang sepatutnya kita bukan kena "change circle" tapi "expand circle". Lainlah kalau circle lama kau tu tak bermoral, penjahat dan penjenayah, itu memang la kena change.

3. Kita nak berkawan dengan orang-orang pandai, tak semestinya kita kena tinggalkan circle kawan-kawan kita yang lama dan yang biasa-biasa. Lagipun, bukan mudah nak masuk circle "somebody", jika kita pun hanya sekadar "nobody", apatah lagi "stranger" pada mereka.

4. Bayangkan, adakah sesiapa sahaja boleh masuk mana-mana pejabat Prof di universiti hanya untuk berkawan, atau PM mana-mana Dr. ajak berkawan? Aku yakin tak akan dialu-alukan, melainkan ada urusan penting, atau kau juga seorang "somebody".

5. Adalah lebih baik kita kekal dan jaga persahabatan kita dengan circle sahabat zaman sekolah, zaman kolej, universiti, tempat kerja, kejiranan, circle yang mempunyai minat yang sama dan sebagainya, terutama yang dekat dengan kita, sebab mereka inilah yang sentiasa ada tika susah dan senang.

6. Kau rasa kalau kau tengah dalam kesusahan, contohnya motor rosak tengah jalan, circle mana yang boleh kau harapkan untuk tolong kau? Circle Prof, Ir, Dr semua tu ke, atau circle biasa-biasa kau? Silap-silap kawan kau kerja gomen golongan bawahan yang boleh datang tolong kau.

7. Bukanlah nak cakap circle golongan profesional ni tak boleh tolong kau, tapi biasanya mereka ini sentiasa sibuk dengan urusan tugas profesional mereka, payah nak tinggalkan kerja semata-mata nak tolong kau.

8. Lagipun kalau kau ingat semua Prof, Dr, Ir, Ts tu pandai serba serbi, kau silap. Tak nafi mereka memang book smart, pandai dalam bidang akademik dalam aliran mereka, namun dalam street smart tu mereka kurang pengalaman.

9. Tapi dalam bidang kerjaya yang memerlukan kemahiran praktikal, kadang kau akan jumpa orang yang takde kelulusan tinggi pun, yang sangat low profile, yang tak suka menonjol, namun sebenarnya dia lah permata yang sangat pakar dan hebat dalam bidang dia.

10. Kesimpulannya, tak payah lah nak memilih-milih kawan sangat nak tukar circle ke apa. Kawan je la dengan semua orang, tapi make sure ada circle yang kau betul-betul boleh rapat, yang boleh kau gelar sahabat dan brotherhood.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: change your circle kawan golongan profesional ir ts dato dr prof


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.