1. Cerita AI vs Artist ni sampai bila-bila takkan habis. Aku tak nak bash AI tools sepenuhnya sebab aku juga guna AI. Ya, memang AI banyak sangat membantu.
2. Aku kerja IT kadang-kadang kena buat programming. Aku boleh je nak buat programming sendiri tapi lambat la nak siap. Jadi aku selalu minta bantuan ChatGPT, dengan sekelip mata je boleh siap, walaupun tak sempurna dan ada coding yang perlu dibaiki.
3. Tapi kalau orang tanya atau kagum, aku cakap je aku guna ChatGPT. Aku nak ambik kredit pun malu. Dia yang hebat, bukan aku. Aku cuma mengarah dan edit je balik.
4. Jadi ya, aku tak bash AI. AI cuma tools dan teknologi. Aku cuma bash orang yang terlalu mengagung dan glorify AI, yang anggap diri dia artist, yang anggap janaan AI tu karya epic masterpiece, yang rasa hasil janaan tu dia yang cipta.
5. Cuma dari sudut psikologinya, aku faham kenapa mereka macam tu. Prompter ni kebanyakannya takde bakat pun dalam bidang seni. Sejak kecil dia tak pandai melukis, tak pandai main muzik. Minat tu mungkin ada, tapi takde bakat atau tak pernah nak belajar dan berlatih mengasah bakat.
6. Itu yang bila tiba-tiba ada AI yang boleh buat semua tu dengan hanya sekadar taip-taip sahaja, mereka tiba-tiba rasa dah ada shortcut untuk jadi pelukis, jadi pemuzik. Itu yang berianya lain macam. Mereka mahu rasa diiktiraf dan diterima sebagai artist, perlukan validation dan perhatian dari manusia. Dulu mungkin cemburu tengok pelukis hasilkan karya buat konten dapat follower, sekarang tiba-tiba mereka pun rasa dah boleh buat konten sendiri semudah ABC.
7. Tapi sebab mereka asalnya bukanlah orang seni pun cuma hanya sekadar normies, itu yang banyak benda mereka minta AI generate pun sangat entah apa-apa, cringe, exaggerate dan over sangat tak rilek. Dia macam boomer atau sesetengah millenials hantar stiker ucapan Selamat Pagi, share video TikTok mengarut dan mesej berantai palsu kat group Whatsapp. Macam tu la cringenya. Belum lagi yang takde otak guna AI generate imej untuk fitnah, hina orang, tunggang tragedi dan musibah untuk dijadikan konten.
8. Tambah lagi cringe bila benda yang AI janakan untuk mereka tu diklaim itu karya dia, dia yang hasilkan, sampai beria letak watermark, nak kredit copyright bagai. Orang lain rembat, marah. Kalau benda lukis sendiri kena rembat page-page besar, wajarlah marah. Benda janaan AI, mana ada copyright. Hadap je la.
9. Cuma mereka ni pun sedar, mereka cuma fake artist, artist jadian, nak guna title artist tak layak pun. Itu yang mereka come out dengan title prompter, yang mana title tu sendiri pun aku rasa macam cringe dan delusional. Prompter, prompter. Cakap pengguna AI sudah.
10. Orang suka taip prompt AI, rasa entitled as prompter. Orang suka search kat Google, takde pula klaim title searcher. Benda sama taip-taip je pun. Siapa-siapa pun boleh buat dan belajar. Tak perlu bakat yang tinggi. Learning curve tak susah mana.
11. Manakala orang seni yang mengiktiraf janaan AI ni pula biasanya semata-mata lebih kepada nak clout je untuk dapatkan populariti dan pengaruh sebab dia tahu kat situ sarang normies. Majoriti normies bukan tau apa pun pasal seni. Asal tengok cantik dan sedap di mata, diorang follow je.
12. Ya, aku pun buat imej guna AI. Aku pun buat lagu guna AI, lirik je aku tulis sendiri, tapi semua tu sekadar untuk benda peribadi, bukan untuk komersial atau bisnes, hatta untuk dibincang bersama normies.
13. Sebab aku tau benda yang aku buat tu syok sendiri, hasil janaan AI tu pun banyak cacat cela dan ada yang cringe. Benda-benda syok sendiri ni, malu la nak expose sangat.
14. Nak berdiri sebelah-sebelah orang seni ni pun rasa malu, rendah diri dan loser sangat. Bagi la 100 tahun pun untuk aku cuba belajar melukis atau main muzik, aku takkan boleh sampai tahap mereka.
15. Jauh dari sudut hati memang aku teringin sangat nak pandai melukis, pandai main muzik dan cipta lagu, tapi aku memang takde bakat dalam seni, tangan pun keras. Jadi guna AI adalah guilty pleasure aku. Dah la takde bakat, tak mampu pulak nak hire orang seni hasilkan karya. Pathetic. Loser. Aku la tu.
16. Malah seni yang AI hasilkan ni tak akan pernah sama level dengan hasil tangan manusia. Contohnya, AI mungkin boleh hasilkan lukisan illustrasi atau video pendek beberapa saat, tapi takkan dapat hasilkan komik yang baik atau video panjang untuk drama/filem/animasi.
17. Sebabnya hasil AI ni tak konsisten dan banyak buat silap, puncanya AI takde otak. AI adalah mesin, bukan manusia. Mesin tiada pertimbangan apa yang salah dan betul. Mesin takkan tahu apa yang dia buat tu silap, melainkan manusia cakap benda tu silap.
18. Walaupun manusia boleh bagi arahan pada AI untuk hasilkan sesuatu, tapi AI takkan dapat hasilkan sama macam apa yang sebenarnya kita bayangkan dalam otak. Jadi kita terpaksa terima sahaja apa yang AI janakan. Tiada freedom untuk berkarya berbanding jika yang manusia sendiri hasilkan.
19. Maka kalau ada anak-anak muda kita yang minat dan ada bakat seni, galakkan mereka belajar dan hasilkan seni sebenar. Jangan ajar pakai AI nanti muda-muda dah jadi pentaksub AI. Benda-benda seni pakai AI ni bagi jelah kat normies boomer dan millenials yang suka shortcut buat kerja.
20. Sekian sahaja karangan panjang yang ditulis sendiri tanpa bantuan ChatGPT. Terima kasih kerana sudi membaca.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: menjadi pengkarya seni jadian fake false artist delusi delusional poser dengan AI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.